Lagi beberapa tahun umur aku dah nak masuk 4series . Seram tak rasanya ? seram jugaklah sebab selama ni aku ingat umur aku baru masuk 21 tahun , tapi seram aku tu sekejap jer sebab awal-awal lagi aku dah buat persediaan awal untuk maintain kulit supaya masih anjal dan segar macam umur 20 ke 30an .
Nak jadikan kulit macam belasan tahun tu agak melampaulah , yer dak …? yang penting tak buat plastic surgery atau cucuk-cucuk semata nak maintain kulit jadi flawless dan glowing . **ehehehehe
Namapun manusia , maka kehilangan atau kekurangan nutrisi dan kolagen pada badan mesti akan berlaku mengikut peredaran masa dan usia . Oleh kerana kita tak mampu nak makan semua bahan asli untuk jaga keremajaan kulit , makanya….
Tadaaaaaaaa…… terhasil’lah produk MelloWhite .
Apa Rasa MelloWhite ?
Rasa dia ? Ohhh…aku suka rasa dia yang ada manis-manis masam buah , jadi nak consume pun tak takut nanti akan ada risiko kencing manis . **ekekekeke
Itu yang pertama . Keduanya bahan kandungan yang terdapat dalam MelloWhite mostly memang sangat diperlukan kulit sebab tinggi antioksidan yang kita semua tahu memang baik untuk melambatkan proses penuaan dan jadikan kulit kita awet muda dari dalam dan sekaligus menyerlah dari luar .
So , tujuan aku consume MelloWhite sebab aku nak dapatkan struktur kulit yang sentiasa nampak segar , anjal dan tona kulit yang sekata . Dahlah aku tak suka pakai mekap , makanya pandai-pandailah nak jaga dari sekarang .
Dan perubahan paling ketara yang aku nampak adalah kat muka , sebab aku dah perasan bila bangun pagi muka dah tak sembab macam kena tumbuk atau macam tersembam atas simen .
( tepuk-tepuk kulit ) Uiiiiiii nampak fresh gitttuuu . Sukaaaaaa tak ? ahahahaha

memang nampak muda kan …..? ahahahaha
Tu yang buat orang label aku adalah “kakak” kepada anak aku . Bukan aku perasan masuk bakul angkat sendiri ok , tapi ada orang ingat aku student U pun ada . Nak gelak tak sampai hati tapi takperlah . Orang dah puji kita terima sahaja dan cakap Alhamdulillah .

ni anak sulung aku namanya Merah …bukan adik aku yang orang selalu salah anggap
Apa Itu MelloWhite ?
MelloWhite ni bagi aku lebih kepada skin food iaitu pemakanan untuk kulit kekdahnya . Ia mampu mencerah/memutih , memberi kelembapan pada kulit , mampu memelihara dan memperkaya apa yang kurang pada kulit kita .
First aku tengok bahan-bahan dia dulu , sebenarnya melihat pada senarai bahan dalam tu’lah buat aku tertarik hati sangat nak mencuba MelloWhite ni . Sangat penting untuk kita tahu apa bahan yang kita akan ambik sebelum kita nak consume .
Antara Bahan Dan Manfaat Yang Terkandung Dalam MelloWhite
Ada pati delima , ubi bit merah , ekstrak buah zaitun , ekstrak bunga mawar , ceri acerola dan lain-lain seperti yang tersenarai dibawah.
Vitamin C : manfaat Vitamin C antaranya dapat mencerahkan kulit secara semulajadi dan meningkatkan paras gluta dan Vitamin E dalam badan . Saintis mendapati bahawa protien kolagen memerlukan Vitamin C untuk molekul mencapai konfigurasi yang terbaik .
Vitamin C juga bertindak mempertahankan keanjalan kulit dengan mencegah kolagen dari menjadi lemah dan mudah rosak .
Antara manfaat Vitamin C jika diamalkan ialah dapat membantu mencegah selsema , meningkatkan sistem imun badan membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi , menjaga kesihatan mata , menguatkan gusi dan mempercepatkan penyembuhan luka ( jika ada ) .
Buah Delima : kaya dengan Vitamin A , C & E juga kaya dengan antioksidan dan zat besi bagi melambatkan proses penuaan , membantu peredaran darah , boleh mengurangkan inflamasi , dapat membantu mengurangkan gejala anemia dan mempertingkatkan sistem imuniti .
Barli Hijau Organik : pembekal nutrien semulajadi yang mudah diserap tubuh badan seperti vitamin , mineral enzim , klorofil , asid amino dan juga antioksidan . Ia juga dimanfaatkan sebagai detoks , mengekalkan keseimbangan asid alkali dalam badan , meningkatkan stamina , memperbaiki sel-sel kulit rosak dan tinggi dengan antioksidan .
Ubi Bit Merah : kaya dengan nutrien- folate ( vitamin B9 ) , manganese , kalium , zat besi , vitamin C dan mempunyai sumber fitonutrien yang dinamakan betalain seperti sifat antioksidan , anti radang dan anti kanser .
Toksin yang terkumpul juga merupkan salah satu penyebab kulit menjadi kusam .Ubi Bit Merah juga berfungsi sebagai bahan detosifikasi yang dapat membersihkan toksin dari badan , memperbaharui sel kulit rosak , memberi nutrisi yang diperlukan supaya kulit menjadi sihat .
Ceri Acerola : antara sumber terkaya dengan Vitamin C , Vitamin A , Thiamine , Riboflavin dan Niancin . Ia mampu membantu kesihatan mata , mengekalkan metabolism badan , mencegah tekanan oksidatif dan merangsang pembentukan kolagen dalam badan.
Dengan kandungan antioksidan yang tinggi , Ceri Acerola mampu melindungi kulit dari ancaman radikal bebas sekaligus melambakan proses penuaan kulit . Ceri Acerola juga mengandungi pelbagai jenis nutrien untuk mambantu menghidrat dan mengekalkan kelembapan kulit .
Ekstrak Rose Petal :
Ekstrak Zaitun : dapat merendahkan risiko penyakit jantung , mencegah pengoksidaan Kolestrol LDL , mengurangkan keradangan , mengurangkan intensity atau tindak balas akibat alahan .
Alpha Lipoic Acid ( ALA ) : ia juga dikenali sebagai antioksidan universal kerana ia mempunyai antioksida yang kuat , dapat meningkatkan pemulihan otot selepas senaman , mengurangkan keradangan , mengurangkan komplikasi diabetes dan juga mampu menangkap dan melawan radikal bebas badan yang kuat dipersekitaran larut air dan juga larut lemak .
ALA juga mengitar semula Vitamin C dan gluta , mengecilkan liang pori , memudarkan garisan pada kulit dan membuat kulit semakin sihat dan cantik semulajadi .
L-Cytiene :
So , ternyata MelloWhite berfungsi untuk :
- Mencerahkan kulit
- Menghalus dan menggebukan kulit
- Memberikan tona kulit yang sekata & seimbang
- Melembapkan kulit wajah
- Mengurangkan cela
- Mengecilkan pori-pori kulit
- Mengembalikan keanjalan kulit
- Memudarkan bintik-bintik hitam
- Mengurangkan kedutan dan garisan halus
- Memberi nutrisi dan memulihkan struktur kulit
Cara Mengambil MelloWhite
Aku lebih suka bancuh guna shaker , sebab bila shake akan dapat bubble yang banyak dan sedap . Waktu aku ambil MelloWhite ialah waktu malam sebelum masuk tidur . Barulah badan dapat menyerap segala nutrisi dan vitamin dengan baik .
Amacam ? jelaskan ? kulit kalau dah cantik tu jagalah dari dalam mulai sekarang . Luar jaga , dalam pun mesti kena mau jaga . Jangan nak tunggu rosak keluar pigmentasi , jerawat bagai dan timbul garis-garis halus baru nak rawat .
Korang boleh rujuk FB #MelloWhite untuk lihat banyak lagi testimoni yang dah berjaya dengan mengambil MelloWhite sebagai makanan tambahan untuk kulit . Nak dapatkan pun senang , cuma hubungi pengedar dan ejen sah yang aku dah sertakan .
Yang pengedar nama Pak Ya tu dah ada bercucu gitu tapi nampa awet muda dan masih ganteng lorhhhhh .**ekekekeke
Apapun selamat mencuba .
Senarai Smart Merchant MelloWhite
Azian : Perak 019-4732120
Norin Faridah : Selangor 019-2195949
Norhana : Penang 012-4854942
Haslin : Selangor 017-6908322
Hezla : Johor/Selangor 016-2155875
Hj Ghazali : Penang 019-4793684
Yahya/Pak Ya : Johor 019-7610010
Sha : K/Lumpur 019-3421127
Nani : K/Lumpur 012-3004117
Zahariah : Putrajaya 016-6704240
Tel : +603-90565690 / HP : +6012-5261148
Peluang Jana Pendapatan Dengan MelloWhite Smart Merchant
Bagi yang berminat nak jadi sebahagian dari pengedar atau dipanggil Smart Merchant korang boleh beli dengan harga yang istimewa . Atau korang pakat-pakat beli dengan kawan , sambil guna sambil jual gitu . Bijak tak ? hahahaha
#MelloWhite
Wow.. Semakin berseri muka kak dilla..
Lelaki boleh minum x?
boleh jer afiq…tengok pakya tu haaa
Woowwww.. mak tertarikkk
Makin flawless laa kak long pasni..nanti org kata kawan anak plak hehe
Sedap kan , qaseh pun guna shaker haha byk buih2
bestnya..makin berseti lah nanti..
Wahhh awet muda gitu, menarik!
Muda remaja k.long
errmm.. macam menarik jer.. macam nak cuba jer..
Macam-macam khasiat MelloWhite ni ya. Paling menarik sebab tak ada pantang-larang dan sesiapa boleh minum sama ada perempuan, lelaki, dewasa, kanak-kanak bahkan perempuan mengandung boleh amalkan. Kiranya satu produk untuk seisi rumah. Jimat!
Yerlah, kakdila nmpk mcm sebaya ngn Merah
Seronoknya kalau dah berusia tapi maintain awet muda lagi…kehkehkeh
Wow. Memang Mellowhite terbaek.