Alhamdulillah , merasa jugak aku sekeluarga bersantai di salah satu resort di daerah Kuantan atas tiket blogger . Suasana saat melangkah masuk ke kawasan De Rhu Beach Resort ni juga cukup-cukup tenang dan damai .

Bila minda tenang jiwa pun tak kacau .

Pada asalnya aku tahu tempat ni pun dari kakak dan abang aku yang biasa berjalan ke Kuantan . Hampir 50% hotel dan resort disekitar situ diorang dah pernah pergi . Masa cuti akhir tahun hari tu pun aku ada call nak menginap kat situ tapi sayangnya semua bilik fully booked .

Huwaaaaa tak dapatlah nak syok-syok kat kolam situ , sebab kakak aku kata swimming pool kat De Rhu memang best .

Finally sabtu dan ahad lepas berjaya gak aku menginap kat situ biarpun semalam cuma . Bukan sahaja aku dapat bersama keluarga tapi dapat lepak santai dengan kawan-kawan blogger yang lain .

Sekali harung gitu .

Staff De Rhu Beach Resort Yang Friendly 

Bila pergi bercuti kemana-mana yang pertama aku mesti tengok ialah layanan para staf . Bukanlah sampai nak kena layan macam raja tapi bagi aku cukuplah muka staf sesebuah tempat tu ada hashtag FRIENDLY .

Bila staf layan pengunjung dengan mesra , aku rasa segala mak nenek kekurangan yang ada pun kau akan lupa . Tapi kalau staf layan ko cam acuh tak acuh , ada 7 bintang sekalipun ko mesti akan rasa cam nak kecam jer tempat tu . kan kan kan ?

Melangkah masuk ke De Rhu Beach Resort sahaja aku telah disambut dengan senyuman oleh staff yang mukanya tak pernah lekang dengan senyuman .

Kenapa aku cakap camtu ? sebab satu kejadian dekat De Rhu yang aku tak boleh lupa . Citer dia camni , lepas dinner semua orang balik ke bilik masing-masing termasuklah dd ngan anak-anak aku , tapi aku ngan team blogger aku ada sesi tradisi setiap kali Family Day .

Nak di jadikan cerita sesi tradisi pulak berakhir pukul 1 pagi . Aku pikir ada anak-anak aku yang tak tidur lagi , ketuk-ketuk pintu tak ada yang bukak , call phone dd tak angkat , call bilik pun tak angkat …ahhh sudahhh . Dahlah semua orang dah masuk bilik masing-masing , tinggal aku sorang yang masih mundar mandir depan bilik sebab tak dapat masuk  .

Lepas 5 minit mundar mandir baru aku dapat idea . Aku gi ke kaunter dan bagitahu masaalah aku . Dengan senyuman dia kata , takper dia buatkan aku kad baru supaya aku boleh masuk bilik . Alhamdulillah . Lega rasanya dapat kad ganti .

Padahal aku bajet mesti nanti dia nak suh aku ketuk jer pintu lagi sampai dd bukak . Rupanya dia ambik tindakan pantas dan tak nak menyusahkan pelanggan .

Itulah antara salah satu sebab hati aku terpaut dengan De Rhu , sikap staff yang ramah tamah dan membantu pelanggan tanpa banyak soal . Aku pun ada baca review kat Facebook pasal De rhu . Kebanyakkannya pun berkata hal yang sama seperti aku .

Tak sangka netizen pun memberi pujian positif tentang staff diorang yang friendly . Good job and keep up the good work . **ehehehe

Apa Ada Di De Rhu Beach Resort ?

Ok , sekarang kita tengok apa yang De Rhu Bech Resort ada dan dapat tawarkan kepada pengunjung-pengunjung sehingga korang juga akan jatuh hati walaupun ini kali pertama korang datang ke De Rhu .

Selain accomodation yang selesa dari superior , super deluxe , suite. Honeymoon suite pun ada juga disediakan khas untuk pengunjung yang nak berbulan madu di situ .

Masa first time aku tengok bilik “Honeymoon Suite” tu pun terus aku terasa cam nak booking barang semalam 2 jer . Tapi takperlah , next time kan boleh lagi . **ekekekeke

Semestinya di Honeymoon Suiete korang akan jumpa 2 ekor tuala yang romantik di hiasi bunga-bungaan seperti ini .

Bilik 

honeymoon suite untuk pengantin baru dan lama

Dewan / Bilik Seminar / Bilik Mesyuarat

Bagi aku De Rhu Beach Resort ada segala-galanya . Dari penginapan termasuk pelbagai fasiliti lain seperti swimming pool pelbagai saiz dan kedalaman , 10 dewan yang boleh digunakan serentak untuk pelbagai fungsi seperti , gathering , kursus dan seminar  dan paling cool ialah salah satu bilik mesyuarat yang ada fungsi kedap bunyi untuk private meeting gitu .

Kolam

Playground 

Gymnasium

De Rhu Resort juga ada menyediakan gymnasium bagi yang addict untuk work out walaupun semasa sedang bercuti . Bilik karaoke , PC online games dan pelbagai indoor sport . So tak akan pernah ada rasa boring bila berada disana .

Karaoke

Untuk pengisian rohani pula terdapat surau yang luas dan selesa di tempatkan di luar untuk digunakan dan juga berdekatan dengan padang .

Makanan 

Makanan yang disediakan pun sedap-sedap .

ATV Dan Riadah Pantai 

Petang-petang pula boleh berjalan menyusur pantai atau naik ATV serendah Rm12 untuk 5 kali pusingan di track yang disediakan .

Untuk sebarang pertanyaan mengenai ATV sila hubungi Wan di talian 012-9647050 .

Pakej Rehlah / Reunion Super Jimat

Ini berita baik untuk korang yang mana teringin nak buat reunion . Korang cuma perlu bayar Rm300 untuk sekeluarga ( 2 dewasa 3 kanak-kanak ) dimana korang akan dapat penginapan 1 malam , breakfast , lunch , dinner dan juga telematch yang akan di uruskan oleh pihak De Rhu .

Oleh kerana terlalu syok berada disana maka aku dan kawan-kawan dah merancang untuk menabung pakej hari keluarga di De Rhu Beach Resort sekali lagi pada tahun hadapan . Yeahhhhh !!!!

Maklumat Lanjut

Pendapat Peribadi 

Jujur aku katakan , De Rhu Beach Resort boleh dimasukkaan dalam senarai tempat bercuti dan dijadikan sebagai pilihan tempat-tempat menarik yang best , sangat selesa untuk menenangkan fikiran atau tempat bergembira bersama keluarga dan rakan untuk mengertkan kembali tali silaturahim .

Tunggu aku updet pasal apa yang aku dan kawan-kawan blogger punya aktiviti semasa family day berlandsung dalam entry akan datang .

Jumpa lagi !!!!

Antara Fakta Tentang De Rhu Beach Resort

Ada 162 bilik termasuklah

  • De Rhu Suite
  • Deluxe Room
  • Superior Room

Food / Beverage Banquet Hall / Restaurant

  • Bunga Raya
  • Rafellesia
  • Orkid
  • De Rhu Cafe
  • Cempaka Terrace
  • Prayer Room

Sport Facilities

  • Gymnasium & Space For Aerobic Activities
  • Indoor Badminton , Squash Court & Ping Pong Table
  • Futsal Court
  • Outdoor Tennis Court
  • Sauna ( Seperate Units For Male & Female )

Pool

  • Lagoon Pool
  • Wadding Pool
  • Terrace Pool

Cara Hubungi De Rhu Beach Resort

Website : De Rhu Beach Resort 

Alamat : DE RHU BEACH RESORT
152  Sungai Karang
Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.

Phone: +609 5579 00
Fax: +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my
GPS Coordinate: 3.924497, 103.369997

Facebook : De Rhu Beach Resort Kuantan

Instagram : De Rhu Beach Resort

Categorized in: