Aku tak taulah nak cakap camner lagi pasal dialog nih….adakah ini satu malapetaka kerana ketaksuban atau sejenis sindrom yang dipanggil GILER….
Aku tak peduli entry ni tak SEO , yang jelas lagi nyata tolonglah kembali kepangkal jalan . Tahu tak berapa lama Nabi Zakaria dan Nabi Ibrahim berdoa untuk dikurniakan zuriat ?? dan tahu tak yang mereka hanya bergantung harap pada Allah swt semata untuk urusan zuriat ..?
Aku faham apa itu usaha tapi usaha apakah yang kamu sedang lakukan ? apakah kau fikir dirimu sesuci Maryam …?
Serius aku tak dapat ketawa dan aku juga tak dapat nak rasa marah….yang ada cuma rasa sedih….sedih kerana saudara kita telah hanyut bersama ketaksuban yang akalnya ditipu syaitan .
Mulut melafazkan kurniaan illahi tapi hati percaya pada KAD SENTUH-SENTUH DAH MENGANDUNG….
Dan sebelum nak cakap aku persendakan mereka baik korang istighfar dulu….ni soal akidah jugak tau….kalau ada satu orang dah percaya tak hairan kalau dibiarkan lama-lama benda ni akan merebak dan membiak sehingga menjadi parah dalam diri saudara-saudara kita .
Ingatlah…syaitan adalah satu makhluk yang pandai menipu daya manusia .
Pada awalnya mungkin tak percaya , tapi bijaknya syaitan membisik ” kau kan usaha ” “orang lain pun cuba juga” “cuba jerlah manalah tahu betul ” kalau betul kau yang untung , kalau tak betul pun kau rugi sikit jer” dan so on dialog-dialog halus daripada syaitan .
Syaitan akan membenarkan kenyataan agar tipu daya mereka nampak nyata . Atas tiket USAHA maka diri kita sedikit demi sedikit akan mula terpesong tanpa disedari .
Aku memandang serius hal ni , kalau korang rasa aku over itu aku tak nak tahu . Yang aku tahu dan aku mampu pesan berhati-hatilah .
**aku bukan ustazah
Kisah Dan Doa Nabi Zakaria a.s Untuk Mendapatkan Zuriat
Di dalam Al-Quran ada diceritakan kisah Nabi Zakaria yang sudah tua dan isterinya yang juga lanjut usia dan mandul yang telah sekian lama berharap agar dikurniakan cahaya mata. Nabi Zakaria merasakan perlunya zuriat yang boleh mewarisi kenabian dan meneruskan jalan dakwah baginda. Walaupun sudah mencecah usia yang lanjut, Nabi Zakaria tetap terus berdoa dan bermunajat kehadrat Allah s.w.t. tanpa mengenal putus asa walaupun sudah mencecah usia lanjut.
“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Surah AlAnbiyaa’. Ayat 089.“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.”
Setelah sekian lama berusaha dan berdoa, akhirnya Allah s.w.t memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan mengutuskan Malaikat untuk menyampaikan khabar gembira.
“(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.”
“(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya.”
Surah Maryam. Ayat 008.“Nabi Zakaria bertanya: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?”
“Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.”
Akhirnya Nabi Zakaria pun dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi kan nama Yahya yang kemudiannya dilantik sebagai Nabi bagi memimpin dan mendidik umatnya setelah kewafatan Nabi Zakaria.
Sebagai iktibar dari kisah ini, kita sebagai makhluk yang lemah sudah semestinya tidak boleh berputus asa dan tetap meneruskan usaha. Dalam masa yang sama, doa dan harapan mestilah disandarkan kepada Yang Maha Pencipta dan dalam masa yang sama kita tetap redha terhadap apa jua ketentuan Allah s.w.t.
Semua benda nk buat kelakar. Kdg2 x perasan kelakar ni bleh jatuh akidah. Hmm
YB Shehan recently posted…MASA FINAL, TAK TENGOK. BILA TENGOK, NAK NANGIS PULA
ada juga ye kad macam ni? barulah saya tahu… bagi pandangan saya, eloklah berikhtiar dgn menggunakan rawatan yg disyorkan oleh doktor2..
kemudian lakukan solat hajat secara istiqomah memehon kepada Allah S. W. T… kerana Allah sahaja yg dpt memberi rezeki kepada kita..
anuar recently posted…Ustaz Asraff Bayar RM520 melalui satu artikel di blog saya. Syukur Alhamdulillah
Ntah la x pasti betul2 testimoni atau saja direka2 untuk marketingkan brand.
Shiqeen Sattar recently posted…Pada Siapa Harus Mereka Meminta?
Hurmm… Tak tau nak kata apa bila ada yang percaya. Kesian
Nina Mirza recently posted…Sotong lagi? Sambal Sotong lak… Tips masak sotong
Haishhhh…mcm2 skg nie…bertindak swbwlum berfikir.
tak masuk dek akal… terlalu taksub inilah jadinya..minta dijauhkan..
ema recently posted…Kemeriahan Hari Karnival Usahawan SKDP
kad apakah? peliknyaa. acaner dia berfungsi? ahh pening mikir haha