Bismillahirahmanirohim ,
Alhamdulillah , berkat sabar doa dari semua , sememangnya Allah nak bagi surprise lagi untuk aku dan dd nikmatinya pula di salah sebuah negara terkaya didunia dibawah UAE iaitu Dubai .
Lepas kena marah dan menunggu dd dari kejauhan , menunggu pula petugas kaunter lain melayan permasaalahan aku dan dd . Tiba-tiba aku nampak dd lambai-lambai tangan pada aku suruh datang ke kaunter dengan segera .
Lepas aku tunjuk muka kat kaunter , dd dengan muka tersenyum pun kata yang diorang akan issued tiket baru . Petugas kaunter Emirates kali ni sangat -sangat baik , lemah lembut , sopan santun dan sentiasa senyum .
Dia terangkan pada aku dan dd yang pihak Emirates akan menggantikan tiket flight baru untuk aku dan dd ke Madinah , tapi penerbangan hanya ada pada esok pagi sahaja paling awal . Oleh itu pihak airlines telah menyediakan hotel untuk aku dan dd berehat sementara menunggu penerbangan keesokkan harinya .
Sedang aku masih di Dubai , luggage aku dan dd pulak dah selamat sampai ke Madinah . Maka aku berdoa lagi semoga Allah memelihara luggage aku dari apa-apa kejadian yang tak berapa baik . Semua keperluan aku ada dalam tu , baju bersih pun dah tak ada , terpaksa berganti pakai balik dengan baju yang dah dipakai semalam .
Dan dalam rasa lega sempat lagi aku tanya kat kaunter “food..food..?” sambil tangan buat isyarat makan , sebab aku memang dah kebuluran sangat . Dia faham dan senyum pastu kata jangan risau sebab hotel akan bagi makan sekali .
Rasa nak cium lantai aiport Dubai tu tanda syukur atas rahmat dariNya .
Kembali Senyum
Segera aku updet pada orang-orang yang perlu tahu duduk perkara situasi aku yang seterusnya . Alhamdulillah keluarga aku kat Malaysia pun dah mula bertenang . Mak pun dah berhenti nangis . Aku tahu keluarga dan kawan-kawan rapat aku risau , tapi maaf cakap aku memang kehabisan kata-kata untuk mengadu pada waktu itu .
Apa taraf hotel tu aku tak ambik port langsung , asalkan aku dapat bersihkan diri , berehat dan makan pun dah cukup syukur .
Lepas dapat baucar aku ngan dd tak sabar nak berlari-lari keluar dari airport Dubai . Aku dah mula bertenang dan senyum dalam kepenatan dan kelaparan . Aku ikut jer arahan yang diberi pihak petugas airport .

baucar penting untuk tempat rehat dan mengisi perut yang lapar
Aku lalui prosuder biasa untuk keluar dari lapangan terbang . Tapi yang aku perasan diorang punya prosuder keluar masuk melalui imigresen memang lagi ketat berbanding KLIA .
Awal-awal lagi aku memang tak nak menyusahkan diri dengan memakai barang kemas . Sebab aku tengok orang lain semua bersusah payah kena bukak hatta gelang tangan yang diorang pakai , yang pakai kasut sarung pun diorang suruh bukak , memang takder nak berlebih kurang .
Sekali lagi aku bersyukur yang aku dapat melepasi semua prosuder dengan mudah . Memang aku yakin yang Allah tolong aku .
Kalau korang nak tahu sepanjang aku kat lapangan terbang Dubai tu aku memang pakai telekung . Orang pandang aku lain macam pun aku memang dah tak kisah . Lagipun masa tu aku baru lepas solat . Nak bukak malas lagipun boleh buat cover-cover muka dan mata aku yang bengkak akibat menangis tadi . **ehehehe

cover hidung yang merah sebab asik menggosok hingus yang keluar..tapi mata nampak bengkak jugak
Sepanjang perjalanan keluar dari airport aku kata pada dd yang Allah nak bagi kita peluang tidur kat Dubai pulak kan bang ..dd pun hangguk -hangguk sambil seret 2 beg . Aku nak jalan bawak diri sendiri jer pun dah cukup baik katanya .
Bukan aku tak mampu nak seret beg sendiri tapi itulah lelaki itulah suami itulah kekasih hati aku yang Allah anugerahkan untuk menjaga dan melindungi aku selagi hayatnya masih ada .

menuju bilik rehat…
Berehat Sebentar Di Copthorne Hotel Airport Dubai
Dia pun tahu yang bini dia penat , lapar dan tengah beremoji . Dan-dan perasaan kasih , cinta dan sayang aku padanya semakin bertambah . Dialah paling sabar dan paling bertenang sewaktu aku tengah tak kuat .

merenung jauh memikir apa lagi ujian yang seterusnya….
Dari lapangan terbang kitorang dibawa ke hotel dengan menaiki coaster atau macam bas mini . Perjalanan pun tak sampai 10 minit . Sampai lobi tunjuk baucar dan dapatlah kunci bilik . nak internet pun dapat free tapi hanya 2 jam sahaja . Itupun kena tunjuk baucar jugak .

check in…
Diorang bagitahu yang makan malam start pukul 6 petang sampai pukul 12 malam , so sempat sangat untuk aku mandi dan berehat sebelum turun balik untuk makan .

selesa…
Masuk bilik air pun aku terpegun sekejap sebab ada tab mandi . Apa lagi , aku pun buat parti buih dan berendam dengan air hangat untuk segarkan badan . DD pulak dah lama pengsan kat katil .

mandi buih…
Lepas sudah satu episod hari yang panjang , tapi selagi aku tak sampai ke Madinah dan berjumpa dengan jemaah yang lain selagi itulah tidur aku masih tak lena . Nanti aku cerita pulak kat korang apa penyebab aku menangis teresak-esak macam dah takder hari esok rasanya untuk aku .
Benda-benda ni terjadi bukan sebab aku lemah semangat tapi aku tahu yang Allah sedang bina satu tembok kekuatan untuk aku dari dalaman .

sukanya dapat makan …
Husnudzon Dengan Allah SWT
Walaupun aku agak goyah dengan ujian tapi aku yakin dengan pertolongan dari Allah SWT . Salah satu cara Allah bantu aku ialah dengan menjadikan orang-orang terdekat dengan aku sebagai asbab supaya aku bertenang . Waktu aku dikejauhan aku tak terfikir langsung nak hubungi keluarga dan kawan-kawan rapat sebab aku tak nak menyusahkan diorang .
Lagipun waktu situasi tu terjadi aku memang betul-betul panik dan hilang cara nak buat apa selain menghubungi pihak travel . Aku tetapkan hati dan berhusnudzon dengan Allah SWT . Aku yakin dengan perancangan Allah untuk aku . Aku cuma minta biarlah ianya berkesudahan dengan perkara yang baik-baik sahaja .

rezeki isi perut kat hotel Dubai
Aku yakin aku akan hadapi dengan redha jika ianya satu hukuman dunia untuk aku .
Dan paling aku perasan ( tapi lepas balik Malaysia baru perasan ) tiada perselisihan faham langsung terjadi antara aku dan dd. Umum tahu yang kadang diwaktu-waktu sukar macam inilah kesetiaan , kesabaran kita diuji dan silap haribulan ego dan taring pasangan masing-masing juga keluar pastu mula saling salah menyalahkan dan mula menunding jari sesama sendiri .
Alhamdulillah dd sangat-sangat cool dan aku pun boleh kawal diri aku dari temper tak bertempat . Pelik tapi benar . Asalkan Allah tetapkan hati aku dan dd untuk sentiasa yakin padaNya , itulah rahmat yang terbaik untuk diri aku .

till jannah …insyaAllah
So tamat sudah satu perjalanan yang cukup adventure untuk orang pertama kali ke luar negara . Itu baru kat Dubai , ada lagi satu hal aku sendiri sesat masa kat Madinah . Dahlah baru sampai pastu keluar masjid tak jumpa jalan balik hotel .
Nak tak nak jemaah lain terpaksa pergi juga tanpa aku dan dd untuk aktiviti lawatan. Dan ada beberapa lagi kisah-kisah sedih , rare , drama masa kat Madinah dan Mekah yang aku nak tulis sebagai pengalaman dan pengajaran . Apapun insyaAllah .
Pada yang mengikuti coretan-coretan aku , terima kasih aku ucapkan sebab korang dah jadi salah satu sumber kekuatan untuk aku terus menulis . Semoga bermanfaat .
Episod 1 : WAMAKARU WAMAKARALLAH WALLAHUKHAIRUN MAKIRIN
Episod 2 : PENGALAMAN TERTINGGAL FLIGHT DILAPANGAN TERBANG DUBAI
Episod 3 : KEJADIAN RARE YANG MENCABAR KREDIBILITI PIHAK EPL TRAVEL & TOURS
hikmahnya.. merasa duduk Dubai lama sket. hehehe
perancangan Allah memang terbaik..
Dapat duduk Dubai..rezeki macam-macam
setiap yg berlaku ada hikmahnya kan..
Sebak baca kak Long.
Hikmah yang penuh kenikmatan. Syukurr Alhamdulillah
Melalui pengalaman ni, makin bertambah kasih sayang pd suami ye kak long, Alhamdulillah. Tp dlm sebak sebak touching, tetiba terselit parti buih hahahahha
Ada hikmah disebaliknya….
Dapat gak merasa dok Dubai
boleh tahan jugak hotel dia..alhamdulillah semua dipermudahkan