Assalamualaikum and hai gais ! Aku suka baca isi kandungan topik yang aku jumpa dekat FB ni. So sebagai tanda aku sayang korang dan kalau boleh nak sama-sama jadi baik, aku kongsi dengan korang apa huraian disebaliknya.
Memang aku sendiri kurang setuju dengan istilah yang dibuat. Ianya bagaikan nak menutup perbuatan yang memang tak elok. Atau bahasa mudahnya nak menghalalkan kebiasaan yang memang salah.
Ianya juga bagaikan menggalakkan orang bermulut jahat tapi sebab dia baik, suka bersedekah, tolong orang maka mulut jahat dia kita anggap ok-ok dan boleh diabaikan.
Mulut jahat ni ada banyak kategori juga. Bukan mulut jahat tu suka cakap pasal orang jer tapi yang suka mencarut suka tengking-tengking orang , ketawa cam Mak Lampir , suka merendahkan kerja dan hidup orang lain pun kategori mulut jahat juga.
Kita kalau hati baik tak akan sampai hati nak buat semua perangai kat atas tu. Sebab tu dalam Islam tiada istilah biar mulut jahat tapi hati mesti mau baik.
TIADA ISTILAH MULUT JAHAT HATI BAIK
Entah di mana muncul falsafah, ‘mulut je jahat tapi hati baik’. Beberapa tokoh agama bersependapat, bahawa tidak akan wujud orang yang mulutnya jahat, hatinya tetap baik. Ini kerana apa yang diucapkannya itu lahir daripada hatinya sendiri. Apa yang difikirkan, itulah yang diungkapkan.

Mana ada orang yang melakukan sesuatu itu tanpa didorong oleh niat di hatinya. Jadi, tidak logik jika ada yang menganggap orang yang mulutnya kuat mencaci, maki-hamun, celupar, suka menyindir, mengumpat dan mengungkit sebagai orang yang baik dan akhlaknya mulia kerana salah satu ciri-ciri orang yang akhlaknya baik itu mestilah percakapannya juga baik
Malaikat tidak pernah sekali pun menyamar untuk menjadi Syaitan tetapi Syaitan itu yang sentiasa menyamar untuk menjadi Malaikat dan Orang Alim.
BURUK PERCAKAPAN , BURUKLAH AKHLAK
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam syurga. Baginda SAW menjawab; maksudnya: “Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda SAW menjawab: “Mulut dan kemaluan.”
Maka, jelas di sini, mulut antara penyebab seseorang itu masuk ke neraka adalah kerana mulutnya. Apabila bercakap neraka, tentulah ia berkaitan dosa yang dilaknat Allah. Soal mulut jahat bukanlah perkara kecil, ia boleh membawa kita terjerumus ke neraka kelak. Adakah kita masih menganggap ia sebagai dosa ringan?
DOSA BESAR MELIBATKAN HATI ORANG
“Sesungguhnya umatku yang muflis ialah orang yang pada hari kiamat datang dengan amalan solat, puasa, dan zakat, tetapi ia selalu mencaci-maki, menuduh, dan makan harta orang lain serta membunuh dan menyakiti orang lain. Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang daripada mereka hingga pahalanya habis, sementara tuntutan mereka banyak yang belum terpenuhi. Selanjutnya, sebagian dosa dari setiap orang dari mereka diambil untuk dibebankan kepada orang tersebut, hingga akhirnya ia dilemparkan ke neraka.” (HR Muslim)
Inilah dosa mulut dan keterlanjuran kata-kata yang melibatkan hati dan perasaan orang lain. Dosa dengan Tuhan, kita boleh mohon ampun terus kepada Nya, dan sesungguhnya Allah itu maha pengampun.
Namun, jika dosa kita dengan orang lain, selagi orang yang kita sakiti itu tidak mahu mengampunkan, selama itulah dosa tersebut harus dipikul.
5 NASIHAT UNTUK KAWAL PERCAKAPAN
- Fikir masak-masak sebelum menghamburkan kata-kata. Jangan cepat membuat telahan dan tindakan. Tidak salah untuk melengahkan sesuatu respon itu demi satu tindakan yang tepat.
- Jika marahkan seseorang atau sesuatu, istigfar banyak-banyak. Jika hati disakiti, ambillah wuduk untuk memadam api kemarahan yang sedang membara.
- Sibukkan diri dengan aktiviti lain yang dapat memindahkan fokus kamu untuk bercakap kepada perkara lain. Lama-lama, ia akan hilang daripada mindamu dengan sendirinya.
- Berkawanlah dengan orang yang baik akhlaknya. Jauhkan diri daripada orang yang suka cakap lepas. Minta nasihat kepada mereka yang baik percakapannya juga.
- Berdiamlah jika tiada perkara baik untuk dikatakan. Diam itu juga ibadah jika dapat mengelakkan kamu daripada berkata perkara yang sia-sia dan menyakiti orang yang mendengar.
So itu sahaja perkongsian aku buat kali ini. Semoga kita semua sentiasa diberi kesempatan untuk memperbaiki diri kita dihadapan Allah SWT.
Terima kasih kak atas pkongsian ni.. yanie faham maksd kaklong bagus pkongsian ni.
Sama2 Yanie …akak hanya berkongsi apa yang perlu supaya kita sentiasa perbaiki diri jadi orang baik2
hehheh betul … kalau buruk sangat perangai bagi cuci dengan kain norwex
Eswati Azni Jaafar recently posted…Kenapa kain norwex bagus?. Tiada lagi bahan kimia dalam kehidupan
hahaha kann … dan jangan lupa tambah sabun UPP sebab minyak hitam dah tebal sangat tu sampai cuci guna air biasa pun tak bersih….
Agak2 kalau rasa nak marah , siap2 gi hiking Bukit kodiang . Layan view kat puncak . Hahaha . Tapi pkp lak . Hahaha