Dalam entry yang lepas aku kongsi dengan korang pengalaman aku naik Kapal Latihan Gagah Samudera , tapi entry kali ni aku kongsi pulak dengan korang tentang info KLGS . Kenapa aku beria nak korang tahu ?
Sebab ini adalah aset negara kita dan aset kita juga. Kapal Latihan Gagah Samudera seriusnya memang sangat selesa. Nak belajar kenalah selesa supaya pelajaran cepat lekat dalam kepala.Barulah dapat hasilkan kru TLDM gred A.
Tak gitu ker..??
Oh yer kebetulan aku juga nak info pasal ni , cara nak mohon jadi PSSTLDM . Mungkin inilah cita-cita korang atau kawan atau orang yang ko pernah kenal. Nak join navy tapi tak tau cara .
So kat bawah ni aku ada selit cara dan syarat temuduga untuk PSSTLDM. Harap bermanfaat.
Kapal Latihan Gagah Samudera 271
Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA ( KLGS ) merupakan platform latihan terbaru TLDM dan turut merupakan kapal pertama yang dibina bagi memenuhi keperluan latihan di laut untuk warga TLDM. Kapal telah disiapkan dan diserahkan kepada TLDM pada 1 Mac 2017 dan diletakkan di bawah Markas Pemerintahan Armada Barat dan telah menjalani Latihan Penyesuaian di Laut mulai 30 Mac hingga 5 Mei 2017 bagi membolehkan kapal beroperasi sepenuhnya.
Pemilihan nama GAGAH SAMUDERA murupakan kesinambungan dari Kapal Layar Diraja ( KLD ) TUNAS SAMUDERA di mana ‘samudera’ merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM. KLGS mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang dengan berat keseluruhan 1366 tan metrik dan turut dilengkapi tempat pendaratan helikopter serta mampu beroperasi sejauh 2500 batu nautika tanpa henti dengan kelajuan optimum 12 knot atau selama 14 hari sebelum ulang bekal dilaksanakan .
Kapal latihan ini juga menempatkan 45 orang kru yang terdiri daripada 8 pegawai dan 37 anggota serta mampu menampung sejumlah 60 pelatih dan 10 jurulatih pada satu-satu masa .
Istimewanya,kapal latihan ini turur dilengkapi sistem kombat,radar,peralatan navigasi, dan komunikasi serta senjata jarak dekat yang tercanggih dan terbaharu .Bukan sahaja sekadar menjadi platform latihan malahan boleh melaksanakan tugas operasi pada sebilang masa yang diperlukan.
Sepanjang KLGS beroperasi di Pengkalan TLDM Lumut,KLGS telah mencapai pencapaian cemerlang dengan mencapai tempoh 58 hari di laut serta jarak perjalanan mencapai 6620 batu nautika bagi tahun 2017 dimana sasaran hari dilaut yang ditetapkan oleh TLDM adalah 60 hari setahun .
KLGS juga berpeluang melaksanakan pelayaran luar negara dengan penugasan Eksaias THALAY LAUT , Asean Multilateral Naval Exercise ( AMNEX ) dan International Fleet REview ( IFR ) 2017 di Sattahip, Thailand serta lawatan operasi ke Ho Chin Minh, Vietnam.
Antara penugasan lain yang pernah dilaksanakan KLGS termasuk latihan Fasa Laut Kem Tahunan PSSTLDM, Pelayaran Program Asean Naval Young Officer Interaction ( ANYOI ), Latihan Fasa Laut Kursus Kepakaran Pegawai Navigasi ( KKPN ) dan Kursus Kepakaran Pegawai Komunikasi ( KKPK ). Sepanjang penugasan ini, KLGS juga berpeluang memasuki beberapa pelabuhan TLDM dan pelabuhan luar negara. Antaranya adalah Tambatan Pangkalan Pulau Langkawi, Tambatan Pangkalan Pulau Indah, Tambatan Pangkalan Kuantan , Pelabuhan Chuk Sameth, Sattahip , Thailand dan juga Pelabuhan Cat Lai , Vietnam.
Jumlah pelatih yang pernah diterima KLGS telah mencecah seramai 230 pelatih bagi sepanjang tahun 2017.Pelbagai latihan yang telah dilaksanakan bagi memnuhi kriteria sebagai seorang anggota TLDM yang berkemahiran dalam melaksanakan operasi armada TLDM.
Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA telah dibina dengan usahasama NGV TECH SDN BHD dan Syarikat DAEWOO ShipbuildingMarine Engeneering ( DSME )dari Korea Selatan dan berjaya disiapkan oleh Grade One Marine Shipyard ( GOMS ) Sdn Bhd .
Kejayaan pembinaan penyiapan kapal ini telah membuktikan bahawa syarikat tempatan juga berupaya untuk menguasai kemahiran pembinaan kapal yang berteknologi tinggi serta mampu merealisasikan aspirasi kerajaan untuk membangunkan industri maritim negara.
Kehadiaran kapal latihan ini juga dilihat berupaya memperkasakan latihan dan kemahiran serta kecekapan The Navy People dalam mengendalikan operasi arada TLDM.Latihan dilaut yang bakal ditempuhi juga membuktikan bahawa TLDM sentiasa melaksanakan pembaharuan terhadap aset sedia ada serta mutu kerja The Navy People agar lebih efisyen seiring dengan visi TLDM iaitu menjadi tentera laut bertaraf dunia.
Daftar Sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia
Andai kata korang sendiri atau ada kawan2 atau ada saudara mara yang berminat nak meyertai TLDM boleh kongsi maklumat ini yang sah terpakai sehingga bila-bila.
Syarat-syarat dan kelayakkan pun mudah,antaranya :
Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa (LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut :
– Warganegara Malaysia
– Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
– Sihat tubuh badan
– BMI antara 20 hingga 26.9
– Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
Penerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke page FB PSSTLDM atau ke laman sesawang rasmi PSSTLDM
Terima kasih share info dan pengalaman tu.
Mesti seronok ni berlatih atas kapal ye. Kalau mohon tu ada elaun kan nanti?
Jaja Pengedar Shaklee recently posted…Harga Produk & Vitamin Shaklee 2018
bestnya dapat naik kapal..teruja tengok
Saya minat sangat nak jadi , dari dulu lagi cita cita saya , tapi saya rabun boleh ka ?
Ada link utk register online x?
Saya nak join psstldm pendaftaran macam mana isi borang atau online
skrg dh ada online, check ig kd sri pinang
macam mana nak apply
assalam sis nak tanya la, kebiasan unit beruniform ni mementingkn fizikal kan. sekiranye tangan tak lurus boleh sertai tak?