Assalamualaikum semua, entry kali ni aku nak kongsi dengan korang tentang pengalaman aku mencuba makanan Pakistan. Ada beberapa manisan daripada Pakistan yang aku baru cuba. Salah satu manisan ni memang aku recomended sangat untuk korang cuba walaupun hanya sekali.
Alkisahnya satu hari masa aku tengok video-video kat TikTok so ternampaklah Auntie sorang ni dia tunjuk satu manisan iaitu Rasmalai yang kawannya dari India belikan. Dia katalah dia suka makan manisan tu sebab sedap dan tak cukup untuk dia walaupun beberapa bekas.
So sejak tu aku terus jadi craving nak merasa juga. Aku google punya google memang macam susah pulak nak dapat maklumat tentang manisan tersebut sampailah beberapa minggu yang lepas aku cuba lagi cari mana boleh dapatkan manisan tersebut di Malaysia.
Nak order Terus dari India memang tak mungkinlah. Sampai aku wish dalam hati tunggulah sampai satu hari nanti aku jejak India akan aku cari juga manisan ini.
Lepas aku search dekat semua platform media social yang ada akhirnya aku jumpa jugak. Bila dah jumpa satu masalah pulak nak pergi sana. Nak pergi sana saja-saja memang payahlah sebab aku tahu itu kawasan bukan sahaja padat dan sibuk dengan trafik tapi susah nak dapat parking.
Entah macamana selepas beberapa hari berkira-kira akhirnya aku ajak jugak Didi bawak aku kesana pada petang raya haji yang pertama. Kebetulan memang aku tengah tak selera sangat nak makan juadah raya.
So sampai sana selain jalan tak jammed sebab ramai orang balik kampung elok pulak ada parking depan kedai. Apa lagi terus park depan-depan dan duduk depan kedai.
Apa Rasa Rasmalai ?
Ikutkan dalam menu takder pun menu Rasmalai tapi aku tanya dekat staff dia nama Ali dan katanya ada. Perghh lega sungguh rasanya. Rasa tak sesia datang jauh-jauh.
Rasa Rasmalai ni bagi aku sangat light. Dia punya tekstur lembut macam kek span then makan pula dengan susu sejuk manis berlemak dan taburan kacang pistachio. Oleh kerana aku malas nak ulang alik datang banyak kali, biasanya aku akan beli extra.

Simpan dalam peti ais, boleh makan sikit2. Tulis-tulis ni pun aku dah teringin nak makan lagi.
Selain dari Rasmalai aku juga order Gulab Jamun yang merupakan manisan popular orang India. Kadang nak konpius jugak sebenarnya Rasmalai , Gulab Jamun dan Rasgulla ni manisan negara mana.
Tapi lepas google-google rupanya ia boleh jadi manisan dari India dan juga Pakistan. Lagipun boleh katakan diorang dari satu budaya yang sama cumanya India ramai penganut Hindu manakala Pakistan pula lebih kepada Islam.
So gais jangan lupa untuk mencuba manisan Pakistan yang satu ni yer. Kata orang putih very recomended.
Nak cari dekat mana ? Korang boleh jer cari dekat mana-mana kedai makan pakistan atau India yang jual manisan. Atau nak senang korang pergi jer beli dekat Restoran Khan Jee 1 , Chow Kit Road .
Selamat Mencuba !
Comments