Lagi beberapa hari akan tiba hari ulang tahun kelahiran aku….kadang tu aku tak nak ingat2 langsung….atau kalo buleh aku nak jer buat2 lupa tarikh tu….tetapi nak buek camno….selain tarikh kelahiran aku….ianya juga nombor yang paling senang nak diingat kat sekolah atau waktu kecik2 dulu kita takkan diajar  456 atau 234 atau 789….mesti para ibubapa para guru2 akan ajar 123 dulu….betul tak….??? yer nombor yang selalu kita sebut 123 selain dari ABC….

Tetapi….mengapa dan kenapa masih ada yang lupa…..kalo takat orang lain lupa aku tak heran pon dan aku tak terasa pon apatah lagi rasa nak merajuk…..tetapi….ini yang lupa adalah kekasih sendiri….sapa tak sedih kan bila kekasih sendiri lupa tarikh penting dalam hidupnya….tetapi….( banyak betik aku punya tapi…ehek…) dah memang pesen kekasih ku lupa tarikh lahir aku sendiri …nak buek camnor….harijadi dia sendiri pun kadang dia tak ingat…..aku jer yang ingat….semenjak aku hidup bersama dengan kekasih aku ni….boleh nak dikatakan tiap2 tahun aku mesti buat parti untuk berday’nya….cuma tahun ni aku tak buat kerana….entah aku pun tak ingat kerana apa….tetapi aku cuma sambut anak beranak jer….masak sedap2….( walaupun sebenarnya hari2 aku masak sedap…..ohohoho )

Ohhhh….aku bukan nak mengeluh atau cuba meminta simpati atau membuka pekung atau memburukan nama kekasih aku itu…..kasi habis baca dulu marrrr

Sebenarnya ianya hanya mitos yang kekasih aku lupakan nombor 123 itu…..nama pun pompuan kan….sensitip tu kadang datang tak diundang atau tak kena gaya mahupun tempat duduknya……kekasih aku ni walaupun tahun ni dia lupa ( agaknya lah kot….malas nak mengharap dia akan ingat…) tapi kan ada tahun2nya dia ingat….cam tahun lepas dia lupa…..cam nak giler jugak aku dibuatnya….sib baik tak giler betul….kalo tak hadiahnya mahu pergi tanjung rambutan….wahahahaha….( gelaklah….apa tak kelakar ker….??? )

Bila dia ter’lupa aku akan ingat balik segala surprise yang pernah dilakukan untuk aku semasa dia ingat nombor 123 itu…..pernah satu waktu dulu….pagi yang indah….aku dikejutkan dengan satu sms dari kekasihku yang sudah berada di tempat mencari rezeki…sms’nya berbunyi lebih kurang begini….”selamat hari lahir sayang…..ambil bungkusan kat bawah tv….itulah hadiah untuk sayang…semoga ianya akan mengeratkan lagi hubungan komunikasi antara kita berdua….i luv u ” macam tulah lebih kurang smsnya……walaupun dah bertahun lamanya tapi aku rasa cam baru semalam jer dia buat sepres untuk aku…. rasanya pagi tu nak jer aku jerit kuat2 dan cium peluk kekasih aku itu….tetapi apakan daya dia dah pergi ke tempat kerja….huhuhu

Ohh nak tahu apa yer…..lupa plak nak kasi tahu…..bila dapat sms yang begitu romantik….aku terus cari apa benda yang ada kat bawah tv nun…..sekali tengok ada plastik darrrr…putih plak tu….aku terus bukak….cam nak jerit lagi….tapi kadang kotaknya tak bermaksud isinya…..ahhh tak kisahlah….aku bukak…..OMG…..speechless terus…..aku dihadiahkan hp…..Nokia N70…..baru punya….kembang kempis hidung aku menahan kegembiraan yang amat sangat…..

Dan begitulah yang berlaku…..jadi bila ada tahun2 yang dia terlupa segera aku imbau kembali saat2 yang amat indah dan manis dalam hidupku….kurang2nya boleh gak cover sedih aku yang tak bertempat tu….

Tapikan aku’kan sebenarnya’kan tak berapa kisah pun pasal sambutan besday2 ni ataupun hadiah;nya…bagi aku….cukuplah hanya satu ucapan sebagai tanda yang dia ingat…..selalu aku katakan padanya bila dia terlupa tarikh 123 dan kadang tu dah berlalu sampai sehari dua ….dek kerana kehibaan dan rasa tak penting mula melanda….terpaksa juga ku luahkan padanya…..”ayang faham abang…..tetapi cukuplah sekadar satu ucapan dari abang…..itu pun dah sangat membahagiakan ayang….ucapan dari abang tu sebenarnya boleh menghilangkan segala penat lelah ayang dalam menguruskan rumahtangga seharian….” ucapan aku padanya selalu berubah-rubah mengikut emosi dan situasi yer saudara2 sekalian….idakler tiap kali terlupa aku guna ayat yang sama…..

Dan selalunya juga aku membiarkan 123 itu berlalu dengan segala perang emosi didalam jiwa….dan setelah berlalunya 123 itu tanpa disapa….alamatnya berlakulah satu adegan rajuk dan pujuk…..alih2 jadi citer tamil darrrrr…..citer hindi ada jugak logiknya….tapi kalu citer tamil……sedia almaklumlah…..wahahahaha….

Entah kenapa tahun ni….aku dah mula bersedia….mententeramkan emosi yang tak tahu apa akan berlaku nanti pada tarikh itu….lupakah lagikah dia….??? hermmmmm……nak2 aku dengar kekasihku itu kerna bekerja pada hari itu….kekasihku ni kalo berkerja lupa segalanya…..nak2 lagiiii….selepas habis kerja disambungnya plak dengan majlis makan malam tahunan syarikat tempatnya bekerja…..hailahhhhh macam dah tahu plak nasib 123 tu…….tapi mungkinkah akan berlaku keajaiban….??? hentahlah…..

Walau apapun yang akan terjadi pada tarikh itu…..( aku buat entry ni pun sebab aku sendiri pun cuak….heheheheh ) aku akan terima….dia kekasihku yang terhebat…terbaik yang Allah SWT kurniakan untukku…..dialah hadiah yang paling beharga yang pernah aku terima dalam seumur hidup ini…..aku cuma berharap tahun ni aku tak akan ter’merajuk lagi kalau2 dia ter’lupa……tapi kalu dia ter’ingat….aku memang2 akan ter’kejutttttt…..wahahahahaha

So….udah2 ler aku menulis entry di pagi hari isnin ini…..jangan serik membaca entry aku yang cam sampah ni plak…..mana tahu kot2 entry ni buleh recyl….timbang kati jerlahhhh….wahahahaha

Tali – horrr…..!!!!!

Categorized in: