Alhamdulillah , syukur ke hadrat allah SWT atas rahmat dan limpah kurnianya aku mendapat tempat ke dua dalam Pertandingan SEO Bedak Asmak anjuran Syarikat Herba Asma Mujarab .
Pertandingan yang bermula pada 18 Jan dan tamat pada 25 Feb ini benar-benar mencabar kemahiran penulisan aku sebagai seorang blogger .
Bagi akulah , bagi orang lain mungkin biasa-biasa sahaja .
Semak Keputusan Penuh
Aku mengaku yang di pertengahan contest aku juga hampir give up , sebab saingan cukup-cukup sengit . Kau kena bersaing dengan rakan seguru yang hebat-hebat dan silap-silap ngan guru sendiri pun kena bersaing .
Mujurlah guru aku lambat submit entry , kalau tak nganga jugak aku dan yang lain-lain . Itupun menang gak walau setakat saguhati . 3 hari publish jer pun dah ranking dalam carian google , hebat ke tak hebat ? mestilah hebat .
Tulis , Jaga Dan Baja
Perkara yang melibatkan SEO ni kau kena jaga , jaga dan baja apa yang perlu , share dan promot pada kawan-kawan yang lain .
Siapkan medium media sosial seperti facebook , twitter , pinterest dan juga google+ .
Blogger seperti aku yang kurang dari segi paras rupa , tak dikenali dan tak popular memang wajib berkawan baik dengan media-media sosial seperti itu . Kalau tak memang tak ke manalah blog aku weihh .
Contest SEO Menaik Taraf Penulisan Seorang Blogger
Aku respek ngan owner MHAM ni sebab dia bijak dan tahu menggunakan laman sosial dan kemahiran blogger dengan sebaiknya . Contest seperti ini sebenarnya akan memberi pulangan yang cukup-cukup besar kepada penganjur untuk jangka masa yang cukup panjang .
Kalau tak , tak mungkin akan keluar Pertandingan SEO Blog Siri 2 . Akan datang selepas ini mungkin siri 3 4 5 dan berterusan . Siapa tahu kan ?
Jangan pikir menulis itu mudah , percayalah . Sebab kalau ianya mudah tak mungkin ramai yang stress bila disuruh menyiapkan esei .
Aku sendiri kadang ambik masa yang cukup lama nak menyiapkan entry . Time idea tu bersepah memang tak sampai setengah jam pun aku boleh siapkan entry . Tapi itu kalau entry spontan yang tak perlukan langsung kau nak buat research .
Tapi jika entry tu berkaitan tips dan info , ko tak boleh semberono tulis . Contohnya semalam aku publish entry Contest Kenapa Aku Pilih TYZARA , adalah lebih 3 ke 4 kali aku edit . Silap- silap aku akan edit lagi sampailah aku yakin ianya akan diterima pembaca dan penganjur .
Terima Kasih Cikgu Sohoque Dan Cikgu Hafiz
Jemu sudah cikgu 2 orang ni dengan ucapan terima kasih dari aku , tapi sebab aku ni degil maka tetap jugak aku nak entry’kan rasa TERIMA KASIH ini kepada mereka . Aku tahu bukan mudah untuk diorang fahamkan aku yang lambat faham . Ada kadang tu sampai aku merajuk tanpa sebab . Dan sebab itu ialah sebab tak faham .
Masa mula-mula aku belajar buat blog wordpress aku rasa akulah student MYS Creative yang paling lombab dan paling kurang berpelajaran dikalangan student yang lain . Rasa rendah diri tu memang sukar nak elak dan di kikis sebab itu adalah diri aku . **bab ni aku memang touching

rindu saat ini
Mana mungkin aku bermegah dengan apa yang tidak aku miliki . Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya . Kekurangan aku jadi kelebihan .
Sekalipun Cikgu Sohoque ada kata yang aku dah boleh jalan sendiri , aku tetap akan stay ngan cikgu selagi cikgu tak buang aku . Cikgu masih layak untuk dipergurukan .
Tapi itulah , se’stress-stress pun diorang dengan perangai aku ni ada sorang dak bernama YB Shehan masih sanggup layan dan marah aku bila aku terlalu banyak merendah diri . Sungguhpun OCD tapi penyabar jugak orangnya .**ker ngan aku jer dia jadi kurang OCD
Kelab Blogger Ben Ashaari Di Hati
Walaupun founder KBBA , Ben Ashaari tak ucapkan tahniah kat aku secara teknikal tapi aku tahu jauh di sudut hatinya dia amat bangga dengan kejayaan aku . Aku ni bagaikan satu objek yang dijumpai di tempat pembuangan sampah . Di ambil , digilap dan diletak sama level dengan objek berharga yang lain .
Mungkin ada yang rasa aku tak layak , tapi aku ambik sikap “tak penting apa yang diorang cakap tapi apa yang aku dah buat “
Sekalipun aku bukan aset penting dalam group , tapi cukuplah aku tidak menjadi liabiliti dalam team kami . Di kutip untuk menjadi sebahagian dari team KBBA pun aku dah rasa bersyukur . Banyak dan sangat-sangat banyak yang aku dapat belajar dari komuniti seperti Kelab Blogger Ben Ashaari . Yang jelas ambik manfaat dengan sebaiknya .
Berada dalam komuniti KBBA bukan untuk semata untuk kejar JOB seperti yang kebanyakkan blogger luar lain fikir . Dalam ni kau ibarat sebuah keluarga , ada usik mengusik dan ada tegur menegur .
Cuba untuk bersusah bersama dan senang bersama kecuali jika ada yang pentingkan diri sendiri , biasanya kalau ada yang bersikap macamtu memang tak lamalah duduk dalam komuniti .
So itu sahaja ucapan pendek dari pemenang tempat kedua contest SEO .
Sekian terima kasih dan majulah SEO dalam dunia blogger .
Tahniah..
Semoga terus berjaya menjadi seorang penulis blog yang cemerlang dunia dan akhirat..
anuar recently posted…Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.
Awat mcm rasa touching plak baca entry ni huhu. Apa pun kak long dah buktikan kak long hebat! Tahniah kak long!
Mama Kembar 3 recently posted…Cuba Bawal Shawl Plak…
Terbaik kak long. Semakin maju jaya dan berjaya.
Bangga mengenali kenalan di KBBA. P
tahniah kak long..
Haha.. speechless baca.. apa pun tahniah kak.. moga terus berjaya..
Yb shehan recently posted…ENTRI KERJA vs ENTRI PERSONAL
Tahniah kak Dila. Semoga bermanfaat kepada semua.
Alhamdullillah… tahniah
Hahahaha… (seketul jer komen, tapi dalam tu penuh makna)
tahniah akak mng contest bdak asmak nih…