Asalamualaikum !
Aku nak tanya sikit kat korang nih . Apa farmasi atau drug store pilihan korang ? Kalau tanya aku, aku pergi jer kat semua farmasi yang ada, tapi itu kalau pergi tak dirancanglah. Kalau memang rancang nak pergi farmasi, hanya satu farmasi ni jer yang aku suka pergi. Bagi aku, ini antara kedai farmasi yang mempunyai produk yang lengkap.
Namanya Farmasi Constant. Aku bukan pergi sebab aku saja suka-suka pergi tapi mak aku pun suka pergi Farmasi Constant ni sebab kat sinilah mak aku boleh dapatkan pemeriksaan kesihatan macam cek kencing manis dengan sedikit bayaran (kalau bukan ahli) dan boleh dapatkan pelbagai khidmat nasihat pula secara percuma.
SOFT LAUNCHING CONSTANT FARMASI YANG BERKONSEPKAN LIFESTYLE & WELNESS PERTAMA DALAM PUSAT MEMBELI BELAH
Tahukah korang ? pada 31 Mac 2018, Constant Farmasi telah melancarkan kedai konsep terbaru bersama Himalaya Healthcare Malaysia di Kip Mall Kota Warisan ?
Tak tahukan ?
Sebab korang tak tahulah maka aku nak bagitahu lagi.
Constant Farmasi juga adalah kedai konsep store in store yang pertama dibuka dalam pusat membeli belah, lengkap dengan sudut untuk ibu dan anak dan juga sudut untuk alat-alat kosmetik.
KENAPA AKU PILIH CONSTANT FARMASI ?
Sebelum tu biar aku cerita sikit pada korang kenapa.
Beberapa minggu yang lepas, aku bawak mak ke Farmasi Constant yang aku biasa pergi iaitu kat Puchong Prima. Aku bawak mak kat situ sebab mak kata lutut rasa longgarlah nak tercabutlah bila berjalan. Aku ajak mak pergi klinik tapi mak tak mau, bila aku ajak mak pergi farmasi , mak OK jer nak.
Tak tahulah kenapa mak lebih suka pergi farmasi berbanding klinik/hospital. Mak korang macam ni jugak ker ? **huhuhuhu
Bila dah bawak mak kat situ aku memang tak tahu nak bagi mak ambik ubat apa. Yang paling mudah aku tanya terus pada pembantu farmasi yang ada dan minta diorang syorkan apa yang lebih baik untuk permasalahan yang aku ajukan.
Yang bagusnya diorang bukan syorkan ubat paling mahal yang ada kat situ,tapi syorkan pada mak aku apa yang paling ramai orang beli . Siap kata “selama saya kerja, saya tengok orang paling banyak beli yang jenama ini. Mungkin ini juga baik untuk nenek.”
Aku rasa inilah sebab mak aku suka pergi Farmasi Constant kot. Sebab layanan mesra.
Itu pasal kat atas tadi aku dah tak sabar nak bagitahu kat korang terutamanya untuk korang yang tinggal disekitar Kota Warisan. Tapi kan, untunglah jugak orang Sepang, BBST , Dengkil dan yang sewaktu dengannya.
Kalau ikutkan Farmasi Constant dah lama jugak buka cawangan barunya di dalam pasaraya Kip Mall. Tak silap aku dari tahun lepas lagi.
Aku tahu pun sebab aku kan rajin lalu lalang kat kawasan tu, cuma masa 31 March hari tu diorang buat soft launching.
Selain mendapatkan pelbagai jenis ubat farmasi ,ada juga supplemen dan pelbagai barangan kesihatan yang lain termasuklah produk penjagaan diri dari hujung rambut sampai hujung kaki.Untuk pemeriksaan kencing manis ker darah tinggi korang boleh terus pergi ke bahagian prescription.
DAPATKAN PRODUK HIMALAYA DI FARMASI CONSTANT,KIP MALL
Apa yang paling buat aku rasa lega ialah bila kat situ ada booth khas untuk produk Himalaya.Serius produk Himalaya ni memang best. Ramai kawan-kawan aku dah guna pelbagai rangkaian produk dari Himalaya. Dan aku sendiri pun ada menggunakan produk Himalaya.
Antaranya Shatavari, produk untuk banyakkan air susu (yang ni aku tak gunalah sebab takder baby) dan Bonnisan, produk untuk menambah selera makan anak seperti Cinta. Aku pernah bagitahu dalam entry yang lepas.
Orang yang memang guna produk Himalaya, for sure akan teruja dengan adanya booth khas produk Himalaya di Farmasi Constant, KipMall.
Hari tu juga aku sempat grab beberapa produk Himalaya yang memang tengah offer antaranya Nourishing Skin Cream yang menjadi No 1 Tourist Top Choice. Serius krim ni memang best, banyak membantu memperbaiki dan memulihkan masalah kulit.
No wonder ianya jadi Top Choice!

hari launching tu ngan esoknya cuma rm10 sahaja…rugi sapa tak follow aku masa aku info kat FB
Dan…jeng jeng jeng !! kat sini pun ada jual produk Surya ACV kot , minuman cuka epal dengan madu yang aku wajib ambil selepas makan. Dan ini juga salah satu sebab kenapa aku boleh reduce berat badan dan jadikan sel darah aku cantik.

senang lepas ni nak beli Surya ACV sambil makan Boat Noodle
UJIAN KELEMBAPAN KULIT SECARA PERCUMA DAN DISKAUN 15%
Umum tahu yang produk Himalaya berasas dari herba dan bahan semulajadi yang di proses sehingga dapat digunakan dengan berkesan dan juga selamat.
Pada korang yang nak dapatkan ujian kelembapan kulit juga boleh dapatkan di Himalaya secara percuma. Nak uji tahap kesihatan kulit kepala dan rambut pun boleh. Semuanya PERCUMA sahaja.

kredit Nina Mirza
Alhamdulillah, skin range aku berada pada tahap yang baik. Dan rahsianya ialah aku selalu menggunakan Nourishing Skin Cream. Bau pun sedap, cepat meresap dan cepat memberi kesan jika ada masalah kulit. Masa tangan aku kena percikkan minyak panas pun aku cepat-cepat gunakan Nourishing Skin Cream ni supaya tak melepuh.
Yang penting korang pergi jer ker mana-mana Farmasi Constant yang ada booth Himalaya , approach pembantu jualan di Himalaya dan minta diorang jalankan Health Check yang korang nak secara PERCUMA !!!

sama lawa jer aku dengan awek Himalaya ni
Nanti pembantu jualan Himalaya akan syorkan pada korang apa produk Himalaya yang sesuai untuk korang gunakan.Dan jangan lupa untuk dapatkan juga 15% diskaun untuk setiap pembelian jika korang juga adalah pemegang kad ahli HIMALAYA.
PERCUMA MEMBERSHIP CONSTANT FARMASI
Dah sampai situ jangan lupa untuk sign up membership Constant secara PERCUMA ! antara kelebihan yang korang akan dapat ialah promosi bulanan yang menarik disamping menikmati pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA ! **berapa banyak percuma daaaaa…syiokkk betul
Maklumat lanjut sila ikuti laman sosial :
Facebook : https://www.facebook.com/constantpharmacy
Facebook : https://www.facebook.com/kipmallKW/
Dura pun suka bila farmasi ada buat membership cenggini. Sebab Dura rajin juga ke farmasi beli barangan kesihatan anak2.
baru eh constant ni…kat sini xde lagi…
Haii Kak..
Rasa saya kat JB mcm takde jer. yang tau wellness Jusco tu ada. Bestnyaa kalau ada camtu, nak beli penjagaan kulit bole tau jenisnya..
kat sini pun tak pernah lagi dengar.
wah bagus sekali service dia.. kat shah alam mcm tak nampak je farmasi ni
Dekat dah dengan rumah ni, weekend nanti nak pergi terjahlah.
Cantik la farmasi ni. Owh,dh tahu rahsia kak long kurus. Amalkan cuka epal ruper yer.
bestnya ada consultant.. sini takdakkk
Suka pi Constant Pharmacy ni. .. Senang cari barang, tersusun kemas, Staff depa memang friendly. Lagipun rangkaian produk Himalaya banyak kat sini. Farmasi
lain ada yang tak ada. Tak yah pi butik depa dah pasni…
Bagus jugak bila ada membership macam ni kan.. Percuma pulak tu…
wahhh, menarik sgt!
Alaaa melepas harga promo Nourishing Cream tu, krim tu mmg best sgt huhu
bes plak farmasi gini. suka gak p farmasi sbb nak cuci mata. hahha
Nanti nak check condition kulit ..