Kadang aku tak tahu camner cara aku nak bercerita ngan korang supaya korang tak rasa sedih dan pedih bila membaca kenangan-kenangan aku . Ada kawan aku kata kalau boleh jangan cerita benda yang sudah-sudah . Ada pulak kawan aku yang lain kata aku patut cerita jer kisah-kisah aku yang dulu sebagai iktibar .
Entahlah..mana yang ok atau tak nanti tunggu lepas publish . Kalau aku mula nak bermurung , itu tandanya entry aku tengah bagi beban kat aku dan korang . Kalau aku rasa biasa-biasa jer oklah kot .
Pelajaran yang aku belajar masa duduk asrama anak yatim ialah tidak meminta-minta hak orang lain sungguhpun kita nak sangat benda tu . Contoh cam makanan dan mainan . Sebab aku selalu sedar diri siapa diri aku . Sampai sekarang pun perangai tu terbawak-bawak .
Disana takder siapa nak layan apa yang aku nak .Disana aku belajar untuk melupakan segala kemahuan . Disana juga aku nekad menahan diri dari mempunyai keinginan yang besar .
Pernah waktu sekolah dulu aku kerap kena sakit gastrik sebab aku tak sempat makan dan selalu takder duit belanja . Dan aku tak pernah cerita pada sesiapa pun kalau waktu tu aku tengah lapar . Aku cuma mampu pandang jer kawan-kawan beratur ke kantin membeli makanan dan melihat makanan tak habis dibuang dalam tong sampah . Biasanya aku teguk air paip jer untuk isi perut .
Pernah sekali kat sekolah menengah aku sakit sampai aku terpaksa tekan perut aku untuk menahan kesakitan tapi dalam sakit tu aku bangun juga pergi ke tandas untuk minum air paip buat hilang lapar . Kawan-kawan dan guru kelas aku memang tak perasan apa jadi dengan aku sebab aku kurang bergaul dengan rakan sekelas , aku suka bersendiri , aku tak suka kacau hal orang lain dan aku tak suka orang kacau hal aku . Dan aku juga pandai berlakon menyembunyikan segala kesusahan aku , kepahitan hidup aku dan kesedihan hati aku . Sebab tu diorang tak tahu dan tak kisah apa nak jadi pada aku .
sambung yang tadi**Pastu entah macamana terserempak pulak aku dengan cikgu disiplin iaitu Puan Guna , dia nampak aku keluar dari tandas sambil tekan perut pastu dia tanya aku kenapa , aku jawablah aku sakit perut dan dia tanya aku samada aku dah makan ke belum sebab dia tahu aku anak yatim , baru aku jawab tak makan lagi apa-apa . Terus Puan Guna hulurkan duit 50sen kepada aku untuk membeli makanan . Aku ke kantin beli roti dan makan so settle sakit perut aku .
Cita-Cita Aku Sekadar Impian Yang Tidak akan Terlaksana Hingga Ke Hari Ini
Sampai dah khawin berpuluh tahun ni pun aku jarang minta duit dekat inchik dd kecuali terdesak sebab nak beli barang dapur dan mintak sekadar untuk bermanja-manja . Tapi kalau mintak untuk enjoy diri sendiri memang jarang-jarang dan boleh jadi kadang-kadang dan mungkin tak pernah langsung . Sebab tu aku cuba dan suka berdikari cari duit poket sendiri . Bukan pasal inchik dd mampu ke tak tapi dah memang tabiat aku tak suka meminta -minta meski aku perlukan sangat .
Cukuplah aku sekadar hidup seadanya . Makanya orang tak faham kenapa aku ni kurang bercita-cita tinggi . Sebab “diorang” dulu dah bunuh cita-cita aku sejak awal-awal lagi .
Dulu aku punya cita-cita nak jadi doktor pakar bedah sebab ikutkan cerita nenek aku , mak aku mati sebab penyakit sel darah putih berlebihan atau orang panggil Leaukimia . Aku pikir kalau aku seorang doktor mungkin aku mampu menyelamatkan nyawa orang seperti arwah mak aku .
Kalau nak tau jugak aku pernah masuk dan bermalam di Fakulti Perubatan kat UM masa ada program adik angkat rumah anak yatim ngan pelajar perubatan kat UM . Sejak jejak kaki ke situ aku semakin rajin membaca dan belajar sebab nak sampaikan cita-cita aku untuk menjadi seorang doktor . Tapi….
Takperlah…tak sanggup pulak aku nak habiskan ayat dan cerita macamana aku terpaksa melupakan cita-cita aku yang paling tinggi satu waktu dulu…..
Bila tak dapat apa yang aku citakan dan inginkan maka aku cuba pujuk diri sendiri dengan kata-kata yang positif . Itu pun dah rasa cukup beruntung jika kau mampu pujuk dan pertahankan diri kau sendiri sewaktu orang lain cuba melapah hati kau macam singa lapar.
Cita-cita yang hanya mampu aku angankan tetapi untuk jadikan kenyataan bagai jauhnya jarak langit dan bumi . Rupanya aku tersalah dalam bermimpi …aku mimpi aku dalam dunia khayalan bukan didunia kenyataan .
Kenapa lupakan cita-cita nak jadi doktor tu? Sibuk pulak saya, maap ye.
Ada sambungan ke entri ni? Apa pun saya rasa, apa yang jadi, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.
kena lupakan sebab tak dapat sekolah habis…form2 dah terpaksa berhenti sekolah sebab kena kerja .
tapi saya setuju yang Allah dah rancang apa yang terbaik untuk kita sungguhpun kita tak suka pada mulanya..
k dila..sambung la..best plak bc pengalaman akk..
sesungguhnya Allah swt telah merencanakan yg terbaek bt hambaNYA..
btoi kan kak??
cita2 tu bleh jd kenyataan kak.. klu x kat akk, maybe ank2..mana la tau kan..
Mungkin salah sorang anak u akan jadi doktor. Tak dpt jadi doktor, jadi mak doktor pun syiok gak kan? Hehe
Mama Kembar 3 recently posted…Moga Moga Berkesan Untuk Si Kembar Ni…