Asalamualaikum and hai gaiss ! Ni bukan rekod dunia tapi rekod peribadi aku sebagai manusia didalam dunia. Masuk hari aku menulis entry ni maknanya dah 6 hari aku masih tak pulih dari sakit cirit birit yang bermula dari hari jumaat 20/12/2019.
Tapi orang nampak aku cam ok jer kan kan kan ?

Haa tu pasal aku pandai cover dan buat cam biasa jer. Kalau ikutkan memang letih sebab dalam sejam kadang 2 kali juga aku ke tandas.
Aku tak tahulah kenapa cirit birit aku ni masih tak pulih. Sedangkan orang yang sama kena dengan aku bermula dari hari yang sama masuk hari kedua dah ok.
Aku ni siap pi klinik ambik injection lagi. Petua apa yang aku tak buat. Minum air tepung air teh air kelapa air 100plus semua dah aku togok. Tapi aku tetap begini.
Sampaikan masa aku nampak Dr Noordin Darus live pun aku tanya kot beliau ada cara nak redakan cirit birit aku nih secara natural.
Carbon tablet jer yang aku tak cuba lagi.

Ikutkan semalam macam agak nak ok , masuk petang selepas aku makan sukun goreng dan rambutan dia mula balik pastu malam tadi pulak keluarga aku buat makan2 sempena kejayaan dan kecemerlangan anak masing2 terus mula balik aktiviti aku bercinta dengan tandas.
Tapi ada yang kata mungkin aku kena “tegur” masa kat sana. Aku tak nak nafikan mungkin boleh jadi tapi dd kata aku ok clear. Korang pulak rasa camner ?
Aku cuba cari sebabnya. Adakah sebab makan ? Tapi makan yang kat mana ? sebab katanya cirit birit terjadi selepas 8 jam makan. Dari 20 orang peserta trip hanya 4 orang sahaja yang kena, itu kalau disebabkan makananlah.
Yang musykilnya kali ni aku langsung tak sempat jamah makanan dijalanan termasuklah gorengan dan es jeruk yang aku suka. Dapat minum es jeruk pun sekali jer, itupun kat rumah makan. Yang es jeruk tepi jalan langsung tak berpeluang nak beli sebab waktu agak suntuk dan penuh dengan aktiviti sampai tak boleh nak berhenti ikut suka.
Aku bukanlah tak bersyukur sebab sakit tapi kesian kat keluarga aku ni haa. Aku pun tak boleh banyak gerak. Banyak gerak lagi cepat perut aku aktif dan mulalah nak ke tandas. Sampaikan aku rasa nak heret jer bantal selimut pastu tidur kat depan tandas.
Time solat pun aku baca yang wajib sebab selepas tahiyat akhir bagi salam jer terus aku kena lari ke toilet dengan kadar segera.
Syukurlah aku masih mampu bertahan lagi. Aku akan pastikan badan aku cukup air. Makan boleh tapi portion sangat sikit buat alas perut sahaja. Adakalanya memang rasa macam nak pitam gak sebab aku tahu aku kurang tenaga. Tapi nak buat camner kan, adakalanya aku tak lalu nak makan langsung.
Nafsu nak makan tu ada jer tapi bila fikir aku akan habiskan banyak masa ke tandas so aku batalkan niat nak makan2 sangat.
3 ke 4 hari jugaklah aku banyak baring kat katil sebab kalau aku gerak banyak memang lagi cepat aku nak ke tandas. Dahlah kebetulan bekalan air putus. Perghhh hazab weihhh.
Tapi tak apalah , aku bangga sebab aku anggap sakit aku ni sebagai penghapus dosa saja. So apapun yang terjadi aku akan tetap semangat dan buat chill buat rilex jer.
Korang yang baca ni doa2kanlah kesembuhan dan kesihatan aku balik yer. Mana tahu doa korang makbul dan mujarab untuk aku. InsyaAllah.
insyaAllah, doa bnyk2 sembuh nnt