Hari ini adalah kali kedua aku pergi ke KLCC semasa hari raya pertama di Tahun Baru Cina . Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik semua berjalan dengan lancar . Cuma kali ni aku pergi bersepuluh bukan berenam seperti selalu. Aku ajak 4 anak buah aku yang tak kemana-kemana…dari mereput kat rumah marilah kita berjalan-jalan.
Kalau ikutkan senang dan jimat lagi kot naik kereta sendiri berbanding naik tren…kalau dulu maksud aku , masa last aku naik …harga token dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza…sekarang semua satu harga….tak kira tinggi dan umur dah…semua kena bayar….dan sesungguhnya aku baru tahu hari ini .
Mahalnya Tambang Pengangkutan Awam
Harga token dari Stesen Sri Petaling ke Stesen KLCC untuk 1 orang ialah Rm4.60 x 10 orang ….maka jumlahnya adalah Rm46.00 dan itu untuk sehala sahaja ….baliknya kena beli lagi 10 token dengan harga yang sama Rm46.00 dari Stesen KLCC ker Stesen Sri Petaling… maka kos pergi balik semuanya berjumlah Rm92.00 ….baik gi naik kereta jer weihhh minyak tol dan parking pun tak sampai harga camtu…..tak payah nak menapak jauh-jauh , tak perlu berebut kerusi , tak perlu buang masa tunggu tren sampai .
Kos tu sebenarnya boleh bawak aku sekeluarga sampai melaka tau…..boleh bawa aku pergi lagi jauh….ni takat gi KLCC harga tambang mahal giler oink oink…
Hahaha…ehh tak payah nak menjawab macam menteri sangatlah….” tak suka…naiklah kereta sendiri ” “tak nak membazir duduk jerlah rumah ” ” rasa mahal buatlah tren sendiri…” dan blablabla….
Lagipun aku ikut saranan kerajaan yang suruh gunakan pengangkutan awam untuk mengurangkang kesesakkan lalu lintas dan mengurangkan asap yang mencemarkan udara . Sedang aku yang jarang menggunakan pengangkutan awam ni pun rasa mahal….yang hari2 wajib naik tren tu camner plak…?? ker lagi jimat kalau hari-hari naik sebab ada diskaun atau apa-apa…entahlah nokkk…aku pun tak tahu…..
Memang aku aku pergi 10 orang tapi bukan 10 orang dewasa….yang betul-betul dewasa dan besar cuma aku ngan inchik dd…yang lain semua budak sekolah rendah…sampai nak pergi berjalan pun pakai kasut sekolah dan ada orang ramai yang nampak diorang pikir aku memang bawak rombongan budak sekolah.
Serius selepas ni aku kena pikir masak-masak andai kata nak bawak anak-anak aku pergi ke Kuala Lumpur guna pengangkutan awam yang mahal giler oink oink di lain kali .
Rapid KL patut kaji balik harga tambang untuk kanak2….bagi aku melampau sangat diorang kira tambang sama macam orang dewasa . Tak patut dan tak patut sangat-sangat …kalau ada yang kata patut jer…mohon pergi meninggal cepat-cepat . **ker aku yang salah tak baca T&C …?
Bangla Yang Baik Hati
Walaupun aku masih trauma dengan harga token Rapid KL…mujur setiap kali aku naik tren ada jer yang baik hati bagi aku tempat duduk…terutamnaya mat-mat bangla yang biasanya orang Malaysia tak suka….atau sebenarnya diorang pikir aku ibu mengandung kot…?? ehhh lantaklah….orang dah bagi tempat duduk aku duduk jerlah kan….
Asal aku masuk tren yang penuh mesti ada jer bangla-bangla bangun bagi aku tempat duduk…” kakak duduk sini….” serius aku rasa cam akak kawasan time tu….bahahahaha
Kesian Dan Simpati Pada Pengguna Stroller
Masa nak naik ke Petrosains kat tingkat 4 aku terpaksa tunggu lif sebab aku bawak budak-budak kecik , kalau ikutkan aku yang sihat tapi acah-acah ibu mengandung ni aku lebih suka naik tangga begerak . Boleh jugak cuci-cuci mata tengok kapel pelbagai jenis ber’suwit-suwit like kencing manis . Masa giliran aku naik lif tiba…aku nampak pengguna stroller pun tunggu…sebelum aku bertindak , inchik dd dah suruh dia masuk dulu…omputih ko yang bawak anak ngan stroller tu . Tapi still ada jilaker yang sihat menyelit sehingga menyebabkan aku tak dapat naik lif yang sama ngan inchik dd dan budak-budak yang aku bawak .
Tapi tak apalah….yang penting budak-budak tu ada yang jaga dan selamat naik ke Petrosains. Orang ramai sangat hari ni maka aku kena jadi pemerhati yang baik demi keselamatan .
Dalam pada menunggu giliran lif yang seterusnya , aku ternampak ada orang pakai baju macam Pilot pun beratur kat tepi lif..ikut buruk sangka memang dalam hati cakap macam-macam dah…sekali perati betul-betul rupanya Pegawai KLCC dari Pusat Kawalan …pas aku analisa gerak gaya dia maka aku tahu apa yang dia nak buat kat situ . Dia sedang menjalankan tugas dia ….depan aku pulak dia buat…maka me’mamarazzi’lah aku kat situ…ehehehe
Lif terbukak jer…menyerbu jilaker-jilaker sihat nak masuk dalam…sekali hambik ko…pegawai tu halang tak bagi diorang masuk tapi dia suruh pengguna stroller yang masuk ….ada 2 pengguna stroller masa tu….lif aku pulak ada warga emas beratur dan semestinya aku utamakan warga emas yang pakai tongkat tu dulu masuk baru aku selit….aku sihat tapi aku bukan jilaker yang pentingkan diri sendiri .
Kalau ikutkan memang kesian tau dengan pengguna stroller , kebanyakkan shopping mall yang besar-besar semua dah tak mesra keluarga….dah lah pergi pacak tiang kat depan tangga bergerak…giler haperrrr …? tapi aku faham yang diorang nak kurangkan atau elakkan risiko kemalangan yang tak terduga….tapi cubalah buat alternatif lain….mall kemahen gempak tapi perancangan baru lansung tak ada…..nak mencegah tu bagus tapi pikirlah pengguna yang lain….bukan semua sempurna…ada yang kena naik wheel chair yang kena bawak stroller dan yang bertongkat….
Tapi kejadian hari ni aku harap bukanlah hari ini sahaja jadinya….jangan kejadian tu tadi lakonan yang dirancang sebab korang tahu Kak long Kawasan naik KL ….aku nak dari awal bukak KLCC sampai KLCC tu tutup …pihak KLCC ker shopping mall apa ker mesti kena sentiasa adakan pegawai untuk jaga dan pantau orang yang naik turun lif ….kalau pandai meyusahkan orang mesti mau pandai cari jalan senangkan orang jugak….ado pahemm..??
Ben Ashaari jugak ada tulis isu yang sama
Pencuri Warga Asing
Hah….ini lagus satu perangai jilaker tahap mintak kaki….menurut inchik dd yang satu lif ngan omputih bawak stroller tu…masa dalam lif…ada satu kejadian yang sangat biadap telah berlaku , omputih yang bawak stroller tu menyiku seorang lelaki warga asing lain yang kelihatan seperti warga vietnam ….rupanya lelaki warga vietnam tu cuba nak seluk poket omputih bawak stroller tu…tapi omputih bawak stroller tu terasa yang saku dia nak diseluk maka cepat-cepat dia siku pencuri warga vietnam beserta amaran keras…lif terbuka cepat-cepat warga vietnam tu blahhh…dah salahlah tuuuuu
Petrosains Still Amazing
Ini adalah kali ke 2 aku masuk Petrosains bersama anak-anak . Boleh katakan memang tak jemu bila kesini . Mungkin bagi orang lain sekali sudah cukup tapi bagi aku sekeluarga memang tak puas . Banyak yang kita boleh teroka dan ketahui sebab terlalu banyak informasi dan fakta-fakta untuk sejarah , sains dan kepelbagaian bio…**ehh jap..betul ker apa yang aku cakap nih…?? huhuhu
Mula-mula ko akan beli tiket dan kemudian ko akan beratur panjang dan lama sebelum ko dapat menaiki Gondola Sekilas Masa yang mengambil masa 4 minit sahaja . Dalam gondola tu ko bukan duduk saja..tapi ko akan dipaksa menonton dan mendengar sejarah awal kehidupan . Tak lupa jugak di selitkan ucapan perpaduan rakyat Malaysia dan bagaiman Petronas bermula .
Turun gondola…pastinya anak-anak dah tak terkawal nak berlari sana sini …tapi tak perlu risau sebab jalan keluar dari situ hanya satu…takkan kemana’nya budak-budak tu….hari ini aku kasi can diorang cuba , sentuh , main serta berfikir camner nak selesaikan puzzle dan macamana ianya boleh berlaku . Soalan yang paling kerap ditanya ialah ” Kenapa…? ” …maka aku dengan bijak akan menerangkan pada diorang …dan diorang pun akan jawab “oooooooo….” orang lain yang ada pun tumpang dengar hujah-hujah aku ….hebat’kan aku ….?? ehehehhee
Jipangi : Aiskrim Yang Rasa Biasa-Biasa Sahaja
Hurmmmm…sebenarnya aku tak faham kenapa ianya menjadi fenomena….masa aku tengah tunggu inchik dd beli token balik yang mahal giler oink-oink tu kannn…aku ternampak beberapa budak muda memegang eskem Jipangi yang hot tuuu…..masa tu aku tengah layan buskers yang nyanyi lagu omputih….**boleh masuk kilauan emas’lah pakcik buskers tu…..suara boleh tahan cam suara penyanyi country texas ….
Teringin gak nak beli tapi malas pulak nak mencari ….tapi kalau dah rezeki , memang tak kemana’lah ….sekali toleh ….tu diaaaa nampak signboard Jipangi….aku pun terus pergi kesana selepas pesan ngan budak-budak jangan begerak kemana-mana walau apapun yang terjadi . Kebetulan kaunter Jipangi kosong takder oarang beratur …aku tengok senarai , tapi apapun aku tak tau nak order yang apa….last-last aku cakap bagi saya apa yang orang biasa order …dia pun kata ok pastu mintak duit Rm14 …bermakna eskem Jipangi tu beharga Rm7 untuk sekaki pemegang payung …..itu first impresion aku…..tapi kalau ada bentuk yang seterusnya , itu terpulang pada otak korang sendiri macam mana nak ianya di proses….
Melihat pekerja Jipangi mengisi kon eskem macam tak cukup tenaga dan susah payah tu buat aku pikir…nak bagi orang makan eskem pun kemahen seksa….disebabkan itu aku bercadang takmo menyeksakan dia lagi dan aku ambik keputusan untuk tidak me’repeat beli dan makan walaupun ianya HALAL .
Akhirnya 2 kaki payung eskem Jipangi tu habis dimakan oleh 10 orang manusia dengan selamat dan berjaya . Tahniahlah nakkkkk….mak ko sempat makan sikit tapi serius takder rasa nak repeat balik … baik aku makan eskem Walls ….murah , banyak , sedap dan puas hati . **tekak orang sekinn
Menamatkan Perjalanan
Maka berkahirlah cerita yang di’entry’kan di sepanjang hari walaupun panjang dan tak menarik minat orang untuk memabaca….Keselurahan’nya inilah pengembaraan aku dan anak-anak sekeluarag pada hari ini di Tahun Baru Cina .
Semoga berjumpa lagi……
Galeri
Mak aih mahalnya laa naik lrt, betoi laa baik bawak keta jaa pi klcc camtu. Petrosains memang best, dah 3 ka 4 kali pi, still rasa nak pi lagi. Budak budak enjoy, mak pak pun sama naik hehe
Mama Kembar 3 recently posted…StickerKid Ada Sticker Untuk Kasut!
Wow. Harga tiket tren. Tul ke kak? Student dorg ckp pe??
YB Shehan recently posted…PATUTLAH TAK SEDAP HATI