![]() |
nota malam sebelum OP |
Assalamualaikum….
Apa khabar…??? semua sihat tak…?? harap2 sihat dan akan sihat selalu….jauhkan sakit dan jangan cari penyakit kalo boleh…tapi kalo dah sakit tu terima jerlah dengan redha…tak yah tanya kenapa dan mengapa…cuma cari jalan dan berusaha untuk merawat atau mencegah…berdoa jangan sesekali lupa…
Waktu aku menulis ni…aku baru sihat dalam 60 ke 70 percent camtulahhh…tapi tah camner rasa nak menulis tu datang dengan tiba2 dikala hujan sedang lebat membasahi kawasan2 yg telah allah tetapkan….
Aku sebenarnya nak kongsi apa yg aku rasa masa aku sakit tempoh hari…sungguh sakit tapi aku masih boleh rasa nikmat dan kasih sayang Allah terhadap aku…waktu tu aku rasakan hanya aku yg menjadi tumpuan Allah..sewaktu aku diusung ke bilik OT ( operation theatre )..aku baru jer selesai solat dhuha…patutnya OP aku pukul 10pagi…aku solat dhuha pukul 8lebih sikit jer…belum lipat telekung habis…nurse dengan MA ( medical assistant ) dari bilik OT dah standby katil nak bawak aku ke bilik OT…kebetulan plak inchik dd belum sampai…yerlah…doc dah kata pukul 10 kan….aku call rumah nak suruh inchik dd cepat sikit…tapi dia takder…aku cakap ngan mak jer…minta mak doakan semoga semuanya berjalan lancar…
![]() |
puasa dan suasana pagi sebelum OP |
Pas simpan semua barang beharga…auntie cina yg sebelah katil aku dan anaknya pun ucap semoga aku selamat….aku diusung…rasa tak selesa…tapi dalam hati dan fikiran aku tak henti doa semoga Allah memelihara aku…selepas tu aku sambung dengan zikir nabi yunus…sampai ke bilik OT…sampai jumpa Dr.Isa pakar bius…itu jer yg aku buat…zikir lain aku dah tak boleh ingat…lintang pukang aku nak ingat semua doa dan zikir…hanya zikir nabi yunus jer yg aku boleh lafaz dengan lancar dan tenang….aku pun tak tau kenapa….
Lebih kurang 15 minit aku kat bilik OT nak tunggu Dr.Puravi sampai…inchik dd pun sampai…tapi tak bleh masuk…inchik dd cuma lambai2 flying kiss dari cermin dan dari jauh jer….aiii sayu plak hati…tak dapat nak cium tangan dan pipi inchik dd….tapi inchik dd senyum jer dari jauh tunduk isyarat “bagus” guna ibu jari…dan tepuk dada mungkin tanda supaya bersabar dan tenang….agaknyalah….
![]() |
katil pagi sebelum OP |
Tak lama pas tu aku…Doc Puravi pun sampai dan aku pun masuk kat OT yg ada lampu besar katil kecik dan penuh peralatan….pakar bius Dr.Isa pun dan standby…wayar untuk pantau jantung pun dah lekat kat dada…drip pun dah pasang masa kat luar agi…pastu apekebender aku nak sebut tak reti…alaaa yg untuk periksa tekanan darah tu pun dah siap pasang kat lengan aku…pastu kaki aku semua dibalut …kepala aku dah pakai serkup biru….tak lama pastu dr.isa pun cakap…puan…sekarang tarik nafas perlahan-lahan…saya nak masukkan ubat bius…aku pun kata ok…tapi sebelum aku pengsan aku sempat zikir nabi yunus tah brapa kali…..pastu aku pengsannnn….
Sedar dari pengsan…aku rasa macam sakit…cam susah nak nafas…bunyi suara ada kat sebelah aku macam dengar tak dengar jer….mulut aku ada topeng oksigen….aku nak telan air liur pun rasa perit sangat….pastu nurse tanya…puan ok tak…rasa sakit ker….aku tak jawab…aku tarik mask oksigen dan aku tanya…nurse dah siap ker….dia kata dahhh puan… semuanya okay….pastu aku kata nurse saya nak tudung…nurse ambikkan dan pakaikan tudung untuk aku…pastu aku minta air…nurse kata tak boleh lagi….aku sakit sangat ni rasanya….mamai pun yerr….aku tak bleh telan air liur….nurse guna alat sedut air liur aku….nurse suruh aku guna oksigen mask…aku tolak taknak…aku nafas ikut mulut jer….walau susah….nurse suruh aku tidur dan rehat….aku pejam mata tapi tak bleh tidur…..waktu tu aku tau hanya Allah yg mampu meringankan kesakitan yg aku tanggung ketika itu…aku zikir nabi yunus lagi….seketika detik rasanya lapang rasa fikiran hilang rasa sakit….terhenti zikir maka terasa kembali kesakitan yg teramat sangat…..hati menangis mohon keampunan….tapi dalam sakit aku harap andai sakit ini dapat menghapuskan sedikit sebanyak dosa2…aku akan terima dengan redha dan sabar dan hanya berserah padaNya semata….
![]() |
guna nota untuk cakap |
Dalam pasrah aku menerima kesakitan tapi bayag inchik dd dan anak2 mula mendatangi aku….rasa rindu nak ihat wajah inchik dd pun menjelma…tak boleh jadi niiii…nampaknya aku kena kuat lawan segala kesakitan ini kalau aku nak jumpa inchik dd dengan segera…aku panggil nurse guna tangan jer…aku mintak air…tapi nurse kata tak boleh…dia boleh bagi air kalo aku boleh telan air liur sendiri…okay…aku sahut cabaran ko tu puan nurse….aku telan setiap kali aku rasa ada air liur berkumpul…sakit memang sakit…tapi aku lega….pastu nurse tanya aku boleh telan air liur tak…aku angguk…baru nurse titiskan setitik dua air kat bibir aku….aiiiii leganya…lima titik titisan air aku hirup tu macam minum secawan rasanya….pastu nurse kata patient okay..stabil dan dah boleh telan air….baru nurse release untuk aku balik wad….lagi2 aku dengar nurse kata husband dia dah banyak kali tanya kenapa aku tak keluar2 lagi…..memang muka itulah yg aku nak lihat dulu lepas aku sedar sepatutnya….
Aku ditolak balik ke wad lebih kurang dekat pukul 12 ke 1 tengahari camtulah…tak sure sangat…tengah mamai maaaa…mana dan tengok jam…cuma yg aku ingat masa dalam bilik OT nurse cakap ada dah keluar masa pukul 11pagi lagi…pastu nurse kat wad baru sibuk cari inchik dd…
Bila inchik dd sampai aku rasa lega rasa nak beritahu macam2 jer tapi semua tersekat kata…hidung aku rupanya disumbat kapas dekat sejengkal rasanya…memang takkan ada udara boleh keluar masuk ikut hidung’lah senang cerita…nafas ikut mulut jer….tekak sakit…aiiii macam2lah….masa tu aku rasa sangat2 down…serba tak mampu…tapi inchik dd genggam tangan aku…cium aku kat dahi…senyum dan kata sabar yer sayang banyak kali kat aku….
Okay…cukup sampai setakat ini dulu….nanti aku sambung ngan tajuk lain….terima kasih kerana melapangkan masa untuk membaca kisah aku yanggg…entahlahhh…korang nilailah sendiri….
Wassalammmm
—> sumber gambar dari aku punya instagram
Comments