Assalamualaikum and hai gais ! Entry kali ni aku nak kongsi dengan korang satu perkhidmatan tukar bateri kereta walau dimana pun korang berada. Sebab tu aku nak berterima kasih dengan CARPUT yang dah jadi penyelamat aku baru-baru ini.
Nasiblah kejadian kereta tak boleh start tu aku dengan DD. If aku sorang-sorang , naya Pak Karim oii. Ikutkan beberapa hari sebelum tu memang memang DD dah cakap dengan aku yang bulan ni memang dah sampai masa untuk tukar bateri kereta. Tapi dia sendiri pun sibuk dan takder masa nak buat semua tu.

Waktu tu aku dengan DD pergi pasaraya beli barang dapur. Settle semua beli barang nak balik kereta tak boleh start. Ahh sudah , 3 4 kali jugaklah cuba tapi bateri kereta macam dah nazak sangat. Alhamdulillah percubaan kali ke 5 enjin pun hidup.
Niat nak singgah tempat lain terus batal sebab risau jadi benda yang sama. Esoknya terus aku deal dengan orang CARPUT untuk datang tukar bateri.
Mana Tahu Pasal CARPUT ?
Ikutkan memang tak tahu. Faham-faham jerlah orang perempuan ni, benda-benda macam ni memang jarang sangat nak ambik tahu. Yang dia tahu start kereta then jalan. Tapi kejadian kat pasaraya hari tu buat aku macam terfikir yang aku mesti kena ambik tahu. Mungkin satu hari nanti ia boleh membantu aku dan juga orang lain yang memerlukan.

Lagipun aku ada nampak kawan blogger aku Nina Mirza up dekat media sosia pasal perkhidmatan tukar bateri dari CARPUT , tu yang aku terus download apps dan save nombor phone diorang.
Kenapa Mesti Pilih CARPUT ?
Harga Terbaik – Lebih murah dari pusat servis tanpa caj penghantaran.
PenghantaraN Pantas – Purata masa penghantaran lebih kurang 32 minit , tapi kadang tak sampai pun bergantung pada lokasi dan ketersediaan technician pada hari tu.
Bayaran Ansuran – Tak siapa boleh jangka bila kereta nak bermasalah kan ? so dengan adanya plan bayaran ansuran 3 bulan dari CARPUT ni korang tak perlulah nak panik dan sedih bila tiba-tiba duit tak cukup nak tukar bateri baru.

Bateri Mati , Towing , Tayar Pancit , Kehabisan Minyak , Renew Roadtax Insuran Dengan CARPUT
Ada satu cerita ni aku nak kongsi dengan korang. Kejadian ni berlaku pada Oktober tahun lepas. Waktu tu aku keluar dengan kawan aku atas urusan ambil barang dan lajak ke satu cafe yang kira-kira 30 ke 35 minit dari rumah. Keluar jer dari kereta ada sorang brader naik motor ni tegur dan kata tayar kereta aku dah pancit. Terus panik aku dibuatnya.
Benda-benda yang perlukan kudrat macam ni bukan boleh main suruh orang sebarangan buat. Last-last aku call DD tanya nak buat apa, siap hantar gambar keadaan tayar semua dan minta solution.
Then DD suruh pergi pam tayar tu dulu kat petrol pam, nasiblah petrol pam tak jauh mana. Patutlah rasa berat betul kereta time nak corner. Bila dah sampai petrol pam satu masalah lain pulak timbul.
Aku tak tahu nak pam tayar pulak gais. Kawan aku perempuan jugak pun tak tahu nak pam tayar. Sudahnya berdekah gelakkan diri sambil cari dalam youtube cara nak pam tayar. Mujurlah ada yang sudi tolong. Kalau aku tak sabar mahu jer aku tinggalkan kereta kat situ then balik rumah naik Grab.
Awatlah masa tu aku tak kenal lagi dengan CARPUT , kalau tak takderlah aku kena bahan gelak dengan DD dan kawan-kawan bila aku cerita yang aku tak tahu nak pam tayar kereta. Hahahaha

Download App CARPUT
So dah tahu ni segeralah ambik tindakan. Lagipun nak deal appointment guna apps sahaja pun boleh. Bukan sahaja perkhidmatan tukar bateri, ada masalah tayar pancit ker, nak towing ker , nak renew roadtax insurans ker atau nak suruh belikan minyak kereta yang habis pun boleh gais.
Tapi macam melampau pulak yer, nampak sangat jenis naik kereta jalan menonong jer tak cek benda-benda penting. Cuma kalau dah memang betul emergency nak buat camner, apa salahnya minta bantuan. Dan setiap perkhidmatan ada harganya.

Semua caj perkhidmatan juga akan dicaj mengikut jarak kejadian dengan technician yang available.
Sebab tu aku sangat galakkan semua orang tak kiralah lelaki ke perempuan ke download apps ni dan simpan nombor hotline CARPUT siap-siap. Mungkin sekarang tak perlu , tapi manalah tahu satu hari nanti bila diperlukan taklah korang nanti jadi macam aku sampai gelabah biawak.
Khidmat Nasihat Penjagaan Bateri Secara Percuma
Now berbalik pada cerita tukar bateri kereta aku pulak. Masa team CARPUT datang rumah aku nak tukar bateri , macam-macam nasihat dan tips pasal penjagaan bateri diorang bagi dekat aku dan DD.
Lagi-lagi waktu wabak camni memang jarang sangat keluar naik kereta. Keluar pun bila perlu dan kadang tu seminggu pun tak sekali. So benda ni juga akan effect pada bateri kereta jugak.
Macam kereta aku Nissan Gran Livina dia pakai bateri kering, so bila dah lama-lama dia akan ada satu kerak kering. So technician CARPUT tu ajar DD apa nak buat kalau benda macam tu ada dekat bateri.

Dalam hati aku cakap “wow bagusnya”. Diorang bukan tukar bateri kereta kita sesaja tapi siap bagi tips penjagaan bateri percuma jer supaya bateri tiada masalah dan tahan lebih lama.
Tengok testimoni pelanggan dekat website , Facebook dan Google Review pun terbaik gais .

Jaminan Bateri Selama 15 Bulan Atau 25000KM Mileage
So aku pun tanya juga pasal warranty bateri , katanya warranty sehingga 15 bulan aatau 25000km yang mana sampai dulu. So dalam tempoh warranty tu if berlaku apa-apa masal pada bateri korang cepat-hubungi kembali CARPUT untuk tindakan seterusnya.
Kawasan liputan perkhidmatan pula ialah sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Melaka, Seremban, Ipoh, Penang & Kota Bharu

Hotline : 1800 – 1800 – 10
Website : https://carput.my/my/
Facebook : @CARPUT
Instagram : @carputtapp
Download : App Store l Google Play

Terbaek ah. Pasni senang la.
[…] Baca : CARPUT Boleh Bantu Masalah Kerosakan Kereta Di Tepi Jalan […]