Salam dan hai gais ! korang tahu cara nak buat carian wang tak dituntut di eGumis ? Kalau tak tahu entry kali ni aku nak berkongsi caranya. Itupun aku terfikir nak kongsi lepas ternampak tadi masa aku tengah layan video dekat TikTok ternampaklah aku akan satu content ni yang bagi aku sangat bermanfaat untuk kita semua iaitu cara nak buat carian wang tak dituntut di portal eGumis.
Keadah ini terpakai untuk semua rakyat Malaysia terutamanya yang kerap buka tutup akaun, kerja sana sini dan banyak berurusan dengan duniawi.
Carian Wang Tak Dituntut Di Portal eGumis
Caranya mudah sahaja. Klik https://egumis.anm.gov.my dan kemudian isi maklumat diri untuk pendaftaran.

Dah siap register semua baru boleh log in. Kemudian cari bahagian wang tak dituntut dan masukkan nombor kad pengenalan. Oh yer, korang juga boleh buat carian WTD untuk orang lain juga. Maksudnya korang pun boleh cek wang tak dituntut orang lain punya jika tahu nombor kad pengenalan mereka. Cumanya dalam sehari korang hanya dibenarkan untuk buat 2 carian sahaja.
Baca : Cara Tukar Nama Geran Kenderaan Di JPJ UTC Shah Alam
Selepas carian aku dapati adalah sikit-sikit baki wang yang aku tak tuntut dari pelbagai sumber yang aku sendiri dah tak ingat. Manakal DD punya WTD ( wang tak dituntut ) pun adalah sikit. Kiranya kitorang ni tak pernah berlebihan wang. Ada jer wang kami akan berbelanja ke perkara yang sepatutnya.
Cara Menuntut Wang Yang Tidak Dituntut
Lepas dah tahu berapa banyak WTD yang ada mesti korang nak tahu cara camner nak dapatkan WTD tu kan. Caranya ada di bawah.

Cara untuk menuntut wang tak dituntut pula ialah, pemohon kena hadir sendiri ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen asal atau surat pengesahan daripada syarikat/firma yang dapat membuktikan keempunyaan WTD tersebut.
So gais, jangan tak mencuba tau, manalah tahu ada rezeki terpijak untuk korang bolehlah buat apa yang patut. Apapun good luck gais !
Leave a Reply