Nak cari nasi dagang sedap dari Terengganu ? Ish ishh, sejak semakin nak baik dari simptom-simptom long covid ni aku asyik cerita pasal makan dan makan. Tapi kalau aku asyik cerita pasal covid covid covid korang jugak yang stress. Jadi lebih baik kita cerita pasal makanan. Paling tidak dapat bagi idea pada yang sedang buntu mencari nak makan apa yang best hari ini.
Alhamdulillah keadaan aku sekarang semakin hari semakin bertambah baik sejak aku dapat cari balik selera makan aku yang hilang berminggu lamanya.
Bagi aku dalam hidup ni biar hilang mood tapi jangan sampai hilang selera. Aku kalau hilang mood tapi kalau masih ada selera memang makanan jer yang akan buat mood aku datang balik. Tapi kalau hilang selera serba serbi jadi tak kena.
Ehh panjang pulak mukadimah aku yer gais. Jomlah kita terus ke cerita yang sebenarnya.
Adapun ceritanya, dalam minggu ni aku tiba-tiba ada rasa teringin sangat nak makan balik Nasi dagang yang aku pernah rasa masa bulan Mac hari tu. Serius gais itu adalah kali pertama aku dapat makan Nasi dagang yang betul-betul sedap dan sangat-sangat kena dengan selera aku.
Nasi Dagang Terlaris Di KLCC
Hashtag diorang pun #terlarisdiklcc . No wonder’lah artis-artis kita macam CTDK ,Neelofa, Siti Sarah, Black Hanifah, Syukri Yahya, Izzue Islam dan ramai lagi pun review Nasi dagang Grannies dan kata sedap.

Hunting Makanan Asli Tradisi Dari Negeri-Negeri Dalam Malaysia
Ikutkan aku ni suka hunting makanan negeri lain macam Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Daging, Laksa Johor dan lain-lain lagi makanan tradisi dari seluruh negeri yang ada dalam Malaysia nih. Tapi kena fahamlah duduk dalam Selangor nih memang susah nak jumpa yang betul-betul ada rasa asli dari negeri tersebut. Kalau ada pun mesti ada yang tak kena dengan selera aku. Kecuali kau makan kat tempat asal makanan tersebut, confirm tak akan ada rungutan.
Berbalik pada cerita Nasi Dagang tadi. Adapun dah lama sangat aku hunting Nasi Dagang sampai aku hampir give up. Setiap Nasi Dagang yang beli mesti aku tak habis makan dan sentiasa ada jer yang tak kena dengan expactation aku. Bagi aku makanan tradisi dari sesuatu negeri bukan harga yang menjadi persoalan tapi RASA !
Aku ni orang Selangor yang suka mencuba pelbagai jenis makanan , jadi mestilah aku nak yang betul-betul sama rasanya macam dekat negeri asal mereka bukan yang rasanya asal boleh.
Nak dijadikan rezeki masa aku pergi program RichWorks aku dapat sebungkus Nasi Dagang. First impresion pun dah menarik mata dan hati aku sebab packaging nasi tu sendiri. Ia dibungkus dalam daun pisang berbentuk kon atau dipanggil kerongsong. Dalam hati aku dah mula tak sabar nak balik sebab nak rasa.

Tapi malam tu lepas habis program aku tak terus balik sebab ada hal. Akhirnya sampai rumah dekat pukul 1 pagi so lepas mandi semua dah pukul 3 pagi barulah aku sempat makan. Kiranya sahur terus. Amazing’nya nasi dan lauk pauk tak basi pun. Tapi sebab nak makan panas-panas aku masukkan sekejap dalam microwave seminit.
Aroma Nasi Dagang Membuka Selera
Bukak jer pembalut daun pisang aroma Nasi Dagang pun muncul, terus rasa macam dah sampai Terengganu. Itu yang kali ni lepas nampak jer kawan-kawan aku updet pasal diorang makan Nasi Dagang dari Grannies, terus aku pun order sama.
Kali ni ambik Set Kenyir, sesuai untuk keluarga yang ramai. Nasi dia bersaiz Jumbo dengan pelbagai lauk seperti gulai ayam, gulai udang dan gulai telur. Gulai ikan tongkol atau ikan aye tu mestilah wajib. Ikan tongkol dengan ikan aye tu sama jer. Selain dari orang pantai timur memang akan panggil ikan aye tu ikan tongkol.
Lagipun inilah masanya aku nak perkenalkan makanan tradisi negeri Terengganu iaitu Nasi Dagang kepada anak-anak. Dan diorang semua pun suka.

Memula aku mintak gulai daging, rupanya Nasi Dagang ni lauk wajib dia adalah ikan tongkol atau ikan aye jer. Kalau ada gulai lain selain dari ikan itu adalah pilihan. Yerlah kan ada orang tak makan ikan. So adalah lauk lain yang boleh dimakan.
Lauk gulai ikan tongkol yang Grannies sediakan memang rasa dia fresh , lembut dan sedap. Tambahan pula ada sebatang cili padi dalam gulai bagi yang suka makan pedas. Bertambah naiklah selera makan aku. Tapi makan Nasi Dagang memang kena makan dengan ikan aye barulah ganung kita. Gitteww.

Bagus Grannies ni kan, memang pandai memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai.

Set Kenyir yang aku ambik ni ikutkan untuk 5 orang makan. Tapi sebab nasi dia saiz Jumbo so aku sekeluarga 7 orang makan pun masih ada lebih. Siap bagi jiran lagi. Lauk pun banyak. Kuah gulai yang selebihnya aku simpan dan buat makan dengan nasi putih pun sedap.
Bukan tu sahaja tapi siap ada free gift Premium Crunchy Cornflakes Cookies yang sangat sedap. Anak aku dah mintak suruh belikan yang besar punya.
And kalau korang rasa beli set terlalu banyak , korang boleh jer beli set solo ataupun Value Pack. Walaupun ada orang kata ini Nasi Dagang Kayangan tapi bila kau tahu kualiti beras yang digunakan adalah beras Basmathi Pusa Cream , lauk yang fresh dan bahan-bahan yang digunakan rempah ratus asli dari Terengganu , memang kau akan akui harganya sangat reasonable dan bukan lagi satu persoalan.
Haa tunggu apa lagi ? cepat2lah order yer. Dijamin puas hati hingga ke tahap maksima.

Buat masa ni Grannies menggunakan sistem order online yang korang boleh dapatkan dari HQ dan ejen-ejen Grannies yang sah.
Wasap : http://www.wasap.my/60139075199/nasidagang
Facebook : Grannies
Instagram : @grannies.my
Selamat Mencuba !
memang sedap, abis dah kawan-kawan jangkit makan jugak hahahah
Lain macam sedap ni… Review terbaik.. Boleh try nanti…
Baca post you nie buat I rasa tringin pula nak cuba nasi dagan Grannies nie. Dah lah pacakging dia pun nampak comel sgt. Thank you for sharing your review with me.
seronoknya dpt offer review makanan yg sedap gini.
makanan tradisi ni, mesti kita promote besar2an.
aida memang minat nasi dagang t’ganu ni. tapi lauk ayam.
lauk ikan tongkol kurang suka hi hi hi hi…
Memang nampak menarik betul. Harga dia pun berpatutan tu. Actually, kalau rasa dia kena, kita tak kisah pun harganya kan.
Rawlins GLAM recently posted…Revenge [Movie Review]
Telan air liur sambil baca artikel. Akak memang suka nasi dagang ni. Nantilah, bila dah boleh rentas negeri… akak nak cuba Nasi Dagang Grannies ni.
Dia punya persembahan memang giler betul tengok.. kuah kari dia punn perghh.. terus rasa nak buat lagi ajaa.. kita pun pestime buat Nasi Dagang haritu,, kalau ada kat JB ni, kita order je hehehe
Sis Lin recently posted…KIBARKAN BENDERA PUTIH JIKA TERPUTUS BEKALAN MAKANAN
Ramainya artis yang review nasi dagang ni. Memang confirm sedap la ni. Teringin pulak nak rasa. tapi Iza duduk kuantan. Huhuh.
Betul sangat. Kalau kita hilang mood, kita blh cari balik slow slow. Kena hilang selera makan, rasa nak nagis. Sebab macam ada benda tak kena je.
Duduk tempat orang ni, kadang kadang memang teringin nak merasa makanan pemes sesuatu negeri kan.. tapi kalau dapat yang ngam dengan tekak, memang seronok. Memang senang nak repeat.lagi.
wah dah lama rasanya tak makan nasi dagang.. sedap pulak tengok nasi dagang dia..menyelerakan.okay nak order nanti
ienaeliena recently posted…Tempat Online Terbaik Untuk Membeli Vitamin di iHerb
Mat Drat memang salah seorang penggemar Nasi Dagang. Kadang-kadang nak cari nasi dagang kat KL susah sikit. TQ sharing, ada la tahu antara tempat kalau nak cari nasi dagang nanti.
while reading mmg nak makan nasi dagang, I miss this fav dish whenever am at Terengganu, gonna order to enjoy
cheers, siennylovesdrawing
Wahhh menarik ye! This is my favorite kalau visit Terengganu.. I’m thrilled when I get to know ada kedai ni di KLCC… dekat jer boleh order ni.. 🙂
Ya Allah sedapnya nasi dagang. Lama dah tk makan. Tengok terus rasa mengidam nk makan. Harap cepatlah covid ni berakhir. Nk makan nasi dagang ni.hehehe
Omg… i suka nasi dagang tau, the kuah dia kena padu baru best. This one i nak order.