Assalamualaikum and hai gais ! Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang telah memudahkan urusan menukar nama geran kenderaan di JPJ UTC Shah Alam.

Pada awalnya DD kata dia nak guna runner sahaja. Dan runner tersebut meminta bayaran sebanyak RM350 yang bagi aku agak besar jumlahnya. Atas dasar kasih sayang aku cakap dengan DD “takperlah sayang biar mama jer pergi uruskan”.

Jadi hari ini selepas owner buat thumb print dekat JPJ aku pun segera pergi pada hari yang sama. Aku cuma buat urusan tersebut dekat JPJ UTC Shah Alam sahaja.

Rezeki sangat hari ni urusan aku selesai tak sampai 10 minit pun. Setakat ini aku dah pernah alami 2 proses tukar nama iaitu sebagai penjual/pemilik lama dan sebagai pembeli/pemilik baru. Dan secara peribadinya aku lebih suka berurusan di JPJ UTC Shah Alam berbanding di JPJ Padang Jawa.

Baca : CARPUT Boleh Bantu Masalah Kerosakan Kereta Di Tepi Jalan

JPJ UTC Shah Alam

Jadi manalah tahu satu hari nanti korang nak jual kereta sendiri ker apa ker, ini adalah apa yang korang kena lakukan. Lebih jimat dan mudah jika buat sendiri berbanding guna runner. Tapi kalau betul-betul korang tak ada masa nak buat tapi ada duit upah jer runner. Know-know dah siap.

Untuk Penjual/Owner Kenderaan

  • Pergi JPJ
  • Isi borang
  • Buat thumb print
  • Tukar hak milik selesai
  • Inform kepada pembeli untuk lakukan yang sama dalam tempoh 7 hari

Untuk Pembeli

  • Pergi JPJ dalam tempoh 7 hari selepas pemilik asal bagitahu
  • Isi borang
  • Buat thumb print
  • Bayar RM100
  • Kenderaan sah jadi hak milik pembeli baru yang didaftarkan

Senang jer kan ? So tak kisah samada owner tu duduk dekat mana pun walaupun lain negeri urusan tukar hak milik dekat JPJ boleh dilakukan dimana-mana sahaja.

Untuk waktu operasi JPJ dan lain-lain perkhidmatan di UTC Anggerik Mall Shah Alam adalah :

Isnin – Jumaat / 8:00 pagi – 5:00 petang

Cukup setakat ini dahulu, InsyaAllah ada rezeki aku share jugak macamana nak buat kenderaan lama mudah dan cepat lulus pemeriksaan PUSPAKOM.

Selamat Mencuba !

Categorized in: