Cara dia macammana ? Aku mula sedar trafik drop lepas blog aku prob. And aku pulak lambat dapatkan bantuan. Kalau tanya pun biasanya jawapan yang aku dapat ialah “entah”.

So aku mula google cara-cara nak selesaikan masalah blog aku sendiri. Akhirnya aku berjaya juga walaupun lambat sampai menjejaskan trafik ke blog.

Tapi tak apalah. Yang penting selesai tanpa menyusahkan orang lain.

So nak tak nak aku kena mula kerja keras balik untuk meningkatkan kembali trafik ke blog aku. Kalau dulu sehari 2K PV senang2 masuk walaupun tanpa entry baru.

Tapi dek kerana sekarang ni PV dah drop banyak , aku kena terus menulis sampai aku ada entry killer.

Aku bukan blogger macam Ben Ashaari yang memang orang bukak blog dia tanpa perlu google. 90% pembaca blog aku sumber dia datang dari google search.

Maksudnya orang baca sebab buat google search satu-satu keyword dan kalau ngam dengan apa yang diorang cari ada di blog aku barulah diorang akan masuk dan baca entry di blog aku.

Susah jugak kan jadi orang tak glamer tak hot setap macam Ben Ashaari atau Mat Gebu yang diorang just tulis jer berduyun orang masuk blog nak baca apa cerita Ben Ashaari hari ini ? apa resepi Mat Gebu hari ini.

Aku sampai sekaramg pun tetap tak stop bukak dan baca blog Ben Ashaari walaupun dia tak pernah masuk baca blog aku. Kalau ada pun mungkin sebab terpaksa. Itu mungkin berlaku setahun sekali sahaja atau 5 tahun sekali, ala macam pilihanraya.

Agaknyalah , aku men tuduh jer nih. Lagipun apa sebab dia nak baca blog aku ? bukan dapat apapun …yer dak !

Kadang mulut ni ringan jer nak cakap “bang ..tumpang parking link blog boleh tak ..?” tapi sumpah aku tetap rasa segan nak mampuihh. Walaupun aku kawan jer dengan diorang tapi bagi aku selagi orang tak offer kita janganlah memintak-mintak.

Takut nanti orang kata “kawan” sebab nak tumpang glamer dan ambik kesempatan.

Lagipun takder faedah pun diorang berkawan dengan aku. Dapat susah dan dapat malapetaka lagi adalah kot. Hahaha teruk betul kan tahap pemikiran aku. Sebab tu tak maju jaya.

Nak jadi macam Ben Ashaari dan Mat Gebu bukanlah satu perkara yang mudah.

Pernah jugak tanya kat kawan-kawan blogger kot ada sesapa ker nak buat exchange link feed macam Ben Ashaari dan Mat Gebu buat. Jawapannya krik-krik.

Nampak sangat semuanya tak nak kolabrasi dengan aku. Maklumlah blogger sendu. Tak glamer pun ia sebab tu takder orang offer buat job. Hahahaha.

Nampak jer aku macam busy kan ? tapi hakikatnya aku jer yang buat-buat bizi supaya taklah terasa sangat kena pulau.

Tapi lama-lama aku dah terima hakikat dan terima yang aku memang tak bagus. Nak bangga apa dengan sekolah tahap tingkatan 2.

Aku bukan nak merendah diri tapi aku hanya sedar diri. Orang lain dah ada PHD. Merasa masuk universiti. Merasa jadi pelajar IPT.

Aku ?

Nak kata kesal tidak sekali , sebab bagi aku itulah garisan takdir yang aku harus lalui.

Categorized in: