Assalamulaikum and hai gais. entry kali ni aku nak kongsi dengna korang pasal solat sunat taubat. Percayalah yang kita ni hari-hari ada topap dosa samada kecil atau besar dan samada sedar ataupun tidak.
Lagi satu aku nak sangat kongsi sebab hikmah buat solat taubat ni rupanya sangat besar, selain memohon keampunan kepadaNya. Ianya buat hati kita jadi semakin senang dan tenang walaupun kita seang dilanda ujian ataupun musibah.
Aku yang baru semalam baru buat 2 kali solat taubat pun dah rasa hati aku makin tenang dan keyakinan aku terhadap segala Qada dan Qadar Allah SWT dalam hidup aku pun semakin tinggi.
Paling penting waktu ni aku rasa Allah sangat dekat dengan aku mendengar doa memohon keampunan atas segala dosa-dosa aku yang telah lalu yang sedang berlaku dan yang akan berlaku. Walaupun aku sedar yang aku bukanlah kategori hambaNya yang soleh tapi entah kenapa aku boleh rasa Allah sedang mendengar segala apa yang aku tak terluah.
Allahu tulis ni pun airmata aku pun ada berasa nak gugur.
Bangun dari tidur Alhamdulillah hati aku rasa tenang dan lapang seolah tiada beban.
Sebab tu aku nak kongsi dengan korang panduan untuk solat sunat taubat yang sebenarnya sangat mudah.
Semoga ianya jadi manfaat buat kita semua.
PANDUAN RINGKAS SOLAT SUNAT TAUBAT
Kredit : Nuremyliya Abdullah

Mudah sebenarnya untuk melakukan Solat Sunat Taubat. Bagi diri kita yang banyak dosa, kena memohon ampun daripadaNya, bertaubat bagi membersihkan diri daripada dosa.
Solat taubat kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha Allah tanda taubat Allah dah terima.
Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Cara Solat Sunat Taubat
- Bersihkan diri. Ambil wudhu.
- Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
- Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu. Isitighfar pendek pun boleh. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul- betul tenang. Selepas itu baru niat.
(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala)
4. Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.
5.Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1 kali. Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je.
6. Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1 kali. Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s. Bacalah 10 kali atau 20 kali atau 30 kali.Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita. Sujudlah lama-lama.
7. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
8. Lepas bagi salam, Istighfar lagi. Boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit.

Baca seberapa banyak yang kita nak. Baca sampai hati tu rasa lemah.Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.
9. Bila berdo’a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam Bahasa Melayu.Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu.Menangislah.. Merayulah. Mohon Allah ampunkan dosa tu.
Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan Allah. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.Kejap lagi kita mati.Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah ?
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa.
Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam Al-Ghazali ada cakap, tanda hati kita sudah mula hitam adalah :
1. Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
2. Hilang kemanisan beribadah
3. Hati tak makan nasihat.
Assalamualaikum.. Boleh saya tahu.. Bila kah masa dalam 1 hari tu.. Di bolehkan waktu untuk solat taubat