Dah renew pasport ke belum tu ? Kalau belum jom aku tunjuk cara renew pasport secara online. Nampak macam mudah tapi taklah semudah yang disangka. Kat sini aku akan kongsi beberapa perkara yang korang kena ambik kisah sebelum memohon pembaharuan pasport atas talian supaya korang bersedia dan tidak membuang masa.

Syarat Renew Pasport Online

  • Berumur 13 hingga 59 tahun dan keatas
  • Untuk renew sahaja

Bayaran RM200 untuk 5 tahun

Tak Boleh Renew Pasport Online JIKA

  • Berumur 12 tahun dan ke bawah
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pertama kali buat pasport
  • Pelajar yang akan menyambung pengajian di luar negara
  • Jemaah Haji
  • Pasport hilang
  • Pasport rosak

Untuk semua sebab diatas boleh walk ini dimana-mana pejabat imigresen.

Bayaran RM100 untuk 5 tahun

Link untuk renew pasport : https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

Tips Renew Pasport Online

  • Ambil gambar di kedai gambar. Ada orang nak jimat so dia cuba ambik sendiri gambar menggunakan phone. Hasilnya bila di upload gambar tak lulus sebab resolusi gambar pecah dan jadi blur. Lainlah kalau guna kamera macam dekat studio gambar.
  • Pilih betul-betul tempat korang nak collect pasport. Hari tu ada orang dari Sungai Buloh dan Klang datang ke Puchong untuk collect pasport yang belum buat. Nak tukar cawangan katanya tak boleh.
  • Standby duit siap-siap dalam bank sebelum transfer. Jangan buat proses renew online dari jam 10:00pm hingga 12:00am sebab sistem tengah maintenence.
  • Jika selepas pembayaran keluar nota seperti ini – CAP JARI BERMASALAH , SILA RUJUK PEJABAT IMIGRESEN YANG BERDEKATAN dan lain-lain itu bermakna korang punya permohonan online tak berjaya walaupun bayaran telah berjaya di buat. Jika permohonan tak berjaya bermakna tiada email yang akan dihantar kepada korang. Makanya korang kena terus pergi ke pejabat imigresen pada waktu pejabat.
CARA RENEW PASPORT ONLINE
  • Kalau permohonan renew pasport korang berjaya, korang akan dapat email macam ni dan boleh standby untuk collect di pejabat imigresen. Tapi kesian sebab still kena beratur untuk abik nombor macam orang lain. So better datang petang antara pukul 3 dan 4 petang jika sekadar untuk collect sahaja supaya korang taklah buang masa tunggu berejam lamanya.
  • Print out resit pembayaran, bawa pasport lama dan juga kad pengenalan sebelum ke pejabat imigresen. Kalau sekadar korang tunjuk salinan pembayaran dekat phone pegawai bertugas tak terima. Diorang insist nak ada kertas salinan. Walhal benda tu semua boleh check dalam sistem. Just keyin nama atau no kad pengenalan dah boleh tahu orang tu dah bayar ke tak bayar. Masa kau serah pasport tu pun diorang tak minta apatah lagi nak tengok resit tu. Aku pun tak faham. Membazir betul. Tapi buat jerlah. Malas nak argue.

BACA : KENALI JENIS PASPORT

Untuk mereka yang akan berurusan dekat pejabat IMIGRESEN PUCHONG pula, aku harap korang baca tips-tips ini supaya korang dalam keadaan bersedia, sentiasa kekal sabar dan bertenang.

  1. Sila pastikan korang datang pukul 7 pagi atau lebih awal lagi untuk beratur mengambil nombor. Aku sendiri datang lewat pukul 8:00 pagi dan dapat nombor giliran pada pukul 11:30 pagi. Bermakna 3 jam aku kena beratur semata untuk mendapatkan nombor giliran.
  2. Korang tak akan semudah itu diberi kebenaran atau laluan untuk beratur sebab akan ada pegawai imigresen yang menjaga. Aku sendiri pada mulanya dah tak dapat giliran untuk beratur sebab katanya dah lewat dan pegawai tersebut minta aku datang pada pukul 2:00 petang atau datang pada esok pagi. Tapi oleh kerana aku bagitahu yang aku perlukan pasport urgent sebab malamnya aku dah nak kena masuk ke Singapura jadi atas budi bicara maka pegawai tersebut beri aku beratur.
  3. Dan jangan cuba-cuba nak potong barisan dengan menyelit sebab anda akan sentiasa diperhatikan. samada kau nak kena maki dengan orang yang beratur lama atau kau akan kena halau dengan pegawai yang bertugas.
  4. Lagi satu janganlah percaya jika korang diminta untuk datang kembali pada pukul 2:00 petang untuk dapatkan nombor giliran sebab memang tak akan ada nombor dikeluarkan kecuali hanya untuk mereka yang collect pasport sahaja.
  5. Selepas ambil nombor giliran korang akan diberi arahan samada untuk pergi ke bahagian seterusnya atau korang akan diminta pulang dahulu dan datang kembali pada pukul 2 petang.
  6. Oleh kerana aku dapat nombor giliran pun pada 11:30 pagi jadi aku dapat sesi petang iaitu pada pukul 2:00pm . Nasiblah rumah dekat jadi bolehlah aku balik rumah dulu untuk berehat, makan dan solat. Yang penting dah dapat nombor sebab nombor tu kira dah jadi penanda aras yang giliran korang dah secure dan pasport korang akan siap pada hari yang sama.
  7. Oleh kerana waktu beratur sangat lama di luar kedai jadi silalah bawa air atau makanan ringan dan bawa kipas tangan jika ada. Kalau nak bawa kerusi lipat pun ok. Kalau waktu beratur tu korang rasa nak buang air pergi je dekat Family Mart.
  8. Tak ada Fast Lane ATAU Fast Track yer untuk warga emas dan OKU di Imigresen Puchong. Semua orang kena beratur macam orang lain kecuali korang baik hati nak bagi warga emas yang korang nampak tu ambik tempat korang dan korang beratur balik dekat belakang. Aku harap sistem dekat imigresen Puchong boleh diperbaiki seperti adakan Fast Lane untuk warga emas dan OKU serta Fas lane untuk mereka yang untuk colect pasport sahaja. Kesian pulak aku tengok warga emas dan kanak-kanak kena beratur lama dan yang datang semata nak collect pun kena ikut beratur jugak Tiba-tiba aku rasa macam takder function jer buat pasport online yang katanya lebih pantas tapi realitinya sama sahaja.
  9. Kurangkan stress beratur dengan berbual mesra dengan orang lain. Jadi kalau korang nak merayap sekejap pun orang depan belakang ada tolong jagakan tempat korang.
  10. Sabar dan bertenang serta tak perlu nak marah-marah kenapa kena beratur lama. Mereka pun bekerja kita pun ada kerja juga. So sama-sama kerja sama-sama penat. Bagi kerjasama maka semuanya akan berjaya.

Okay gais aku rasa itu sahaja tips-tips penting yang aku boleh kongsikan dengan korang semua. Semoga ianya dapat membantu dan bermanfaat untuk korang.

Nota Kaki Lima : Lain-lain tempat imigresen mungkin lain prosudernya. Jadi tak perlu nak setuju atau argue. Yang aku tulis ni base on pengalaman aku di pejabat imigresen Puchong. Akan datang mana tahu jika proses dan perkhidmatan mereka bertambah baik. Sama-sama kita berdoa semoga segala urusan dipermudahkan.

Categorized in: