Kebetulan hari ni aku rebus cili kering untuk buat cili kisar sendiri , itupun setelah aku gibab dengan cili boh yang dibeli kat kedai . Ada satu tu aku beli macam ok tapi bila masak macam bertepung , yang lagi satu pulak kaler jaer dah lain macam merah sekali rasa pahit nak mampos .
Sebab aku kecewa ngan kualiti cili giling yang dijual maka aku merajinkan diri buat cili sendiri . Kalau tak nanti memang tak sedap lah sambal telur aku .
Masa aku tengah sibuk kat depan buat apa yang patut aku suruh si babang pergi matikan api periuk cili kat dapur , rupanya dia tak buat . Sudahnya melekat cili-cili kat periuk dan jadi hitam berkerak . Kalau dah jadi macam tu memang makan masa periuk tu nak licin balik . Kena rendam berhari kadang berminggu mengikut ketebalan kerak kat periuk tu .
Kerak dah lembut pun tapi nak menggosok periuk sampai nak tercabut tangan pun belum tentu periuk boleh bersih berkilat camni . Mak aku terus kupas 2 biji bawang besar tapi tak potong, bawang tu dibiarkan bulat . Kemudian mak aku masukkan bawang dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus untuk 15 minit pada mulanya .
Aku tanya mak aku untuk apa buat camtu , pastu mak aku citer yang kawan serumah dia yang ajar . lebih kurang 15 minit kemudian mak aku matikan api dan tuang air kotoran ke dalam singki . Mak aku ambik penyental periuk dan mula menggosok kerak yang ada tanp perlukan berhabis tenaga . Mak aku kata tak penat langsung nak menyental periuk sejak guna kaedah yang kawan’nya bagi .
Aku sendiri kagum tengok macamana kerak-kerak tu tertanggal dengan mudah . So apa tunggu lagi , jom pakat share tips berguna ini untuk semua manfaatkan .
CARA PALING CEPAT & BERKESAN TANGGALKAN KERAK PADA PERIUK TANPA PERLU RENDAM DAN PENAT MENYENTAL DENGAN MENGGUNAKAN BAWANG .
1. Rebus 2 biji bawang besar ( bulat-bulat ) dengan air secukupnya dalam 15minit atau lebih .
2. Buang air rebusan tadi kemudian sental dengan penggosok periuk .
3. Siap licin berkilat dan bersih .
Selamat mencuba !!
Wah satu perkongsian yang sangat berguna 🙂
Shainginfoz recently posted…Rumah Termahal didunia
wow.menarik tips ni
jemput ke :
adianazulhilmistory.blogspot.com
Kekdah nya sama macam Nina selalu buat..
Cuma nina tak letak bawang. Hanya masak air sampai menggelegak dalam piuk legam tuu…
Yelah, dah Tua sikit ni kadang² DHA tak berhubung… kadang² masak terhangus!
#ehh… asal Tua typohuruf besar
Hadoi…..
Nina Mirza recently posted…Kek Coklat Moist sememangnya evergreen …. Sedapnya tak lapuk dek zaman