Bila tengok cerita Doctor Prisoner baru aku faham macamana orang-orang kaya dan orang-orang politik boleh terlepas dari hukuman penjara.

Kesalahan dah sabit dah jatuh hukum tapi tiba-tiba boleh bebas atau tangguh hukuman atas alasan yang tak munasabah. Padahal masa buat jenayah elok jer sihat.
Kat Malaysia sendiri apa kurangnya. Ada jer kes macam tu terjadi. Memang aku yakin sangat ada dalang dan master mind disebalik pembebasan dan penggantungan hukuman mereka.
Korang kalau tengok cerita Doctor Prisoner mesti akan faham. Cerita ni walaupun nampak macam rekaan tapi tak hairan sebahagian darinya adalah dari kisah sebenar.
Sakit hati jugaklah tengoknya sebab yang jadi mangsa mesti orang-orang biasa yang tiada harta dan kuasa.
Sekarang ni pun undang-undang kita masih berat sebelah. Yang mana tergolong dalam golongan kayangan bebas buat apa sahaja dan yang marhaen pantang salah sikit terus jatuh hukum dengan alasan salah tetap salah walhal yang golongan kayangan pun ada salah juga tapi masih boleh dibawak berbincang.
Walaupun ada jer penegak kebenaran dikalangan mereka tapi end up diorang kena tunduk dan akur juga pada yang ada KUASA !
Yang benar-benar jujur sentiasa akan jadi mangsa dan namanya sentiasa terpalit dengan fitnah hingga ke hari kematiannya.
Yang pasti semua mereka yang mengelak atau terlepas dari hukuman dunia pasti tak akan boleh lari dari dihukum di akhirat kelak oleh Yang Maha Adil , ALLAH SWT !
FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle
Comments