Assalamualaikum and hai gais ! Entry kali ni aku nak share dengan korang cara atau tips nak tambah subscriber di channel Youtube yang tak fake dan juga yang bukan kaki unsub.
Aku rasa semua youtuber lagi-lagi yang newbie macam aku mesti tahu kot problem ni. Sakitbhati jer kan bila kita jujur sub dia punya channel, alih2 dia unsub kita.
Aku pun pelik ada gak manusia gini sampai nak sub pun berkira. Padahal subscribe itu kan gratis gais !

Tapi nak huat camner , sebab kita ni bukanalah kategori pemes maka nak tak nak kenalah usaha lebih sikit yer.
Cumanya kalau nak jalan shortcut jadi pemes sekelip mata , buat jerlah video bodoh yang tidak-tidak sampai jadi viral. Nanti itu jam sekejap jer kau punya channel boleh up sampai langit hasil kena kecam berjemaah dengan netizen yang kental dalam bab-bab dosa pahala nih.
BERKESAN KER CARA NI ?
Kalau korang nak tahu , cara yang aku nak kongsi dengan korang ni semestinyalah aku dah buat untuk diri sendiri dulu.
Bila aku buat beberapa kali cara ni dan menjadi tu yang aku nak kongsi dengan korang juga.
Tapi cara ini hanya terpakai pada yang betul-betul nak naikkan kualiti subscriber pada channel Youtube masing-masing. Yang malas yang tak kisah tak payah nak ikut buat sama.
Tapi sebelum korang proceed cara seterusnya, saja aku nak kongsi sedikit pendapat peribadi aku’lah yer pada yang dah ada channel youtube tapi masih ditahap tu sahaja.
Korang kata korang ada video yang bagus tapi kenapa korang malas nak promote eh ?
Gempak camner pun video korang tapi kalau korang malas nak promote dan harap berlaku keajaiban akan viralnya video korang tu, trust me gais memang tak akan kemanalah yer.
Bagi aku sangat sayanglah sebab kau tak dapat sampaikan apa yang kau nak sampaikan pada orang ramai melalui video kau.
Tapi kalau korang memang jenis tak kisah langsung pasal orang tahu atau tak tahu pasal video korang tu just abaikan sahaja apa yang aku tulis nih ok.
So ,
Tanpa membuang masa jom kita mulakan apakah langkah pertama yang korang kena buat dulu.
Pertamanya sekali korang pergi ke channel youtube yang related dengan korang punya video. Let say korang baru publish buat video hiking. Maka gunakan hashtag #hiking atau search aktiviti hiking di Malaysia atau nama gunung atau bukit di Malaysia.
If korang target subscriber dari Malaysia’lah. Kalau korang target nak subscriber luar negara pun sama juga kekdahnya.
Tapi aku target nak subcriber dari Malaysia dan Indonesia sahaja . Bukan apa gais, senang nak berkomunikasi, berbalas kunjungan dan paling penting supportive.
So lepas dah kenal pasti siapa bakal subscriber, korang cari youtuber yang jumlah subscriber dia masih kurang bawah 5k atau yang lebih bagusnya cari youtuber yang subscriber dia kurang dari korang punya subscriber.

Kalau korang cari subscriber yang dah ada puluhan K atau ratusan K punya subscriber memamg tipis sungguh harapan korang punya channel akan di subscribe balik oleh mereka walaupun korang rajin komen dan like diorang punya channel.
Jangan terhegeh hegeh nak komen minta diorang sub balik sebab memang diorang tak akan layan derrr. Cari jer youtuber yang baru nak naik sebab dia orang akan hargai korang punya komen dan permintaan.
Kedua pula, bila korang dah pilih bakal subscriber, korang kena pilih 2 atau video yang terkini untuk korang like dan comment. Tapi jangan sesekali korang komen begini yer “sub for sub” “sila sub balik” dan macam-macam lagi ayat-ayat sub dan komen tak berkaitan dengan video.
Please gais , please don’t do that. Kalau nak jugak minta sub balik sebaiknya tinggalkan dulu komen yang related dengan video tersebut then baru minta diorang sub channel kita balik.
Make sure kita tengok video yang ada paling-paling 2 minit. Baru korang boleh tinggalkan komen dan tekan butang subscribe.
Kat bawah ni adalah contoh yang aku buat tak sampai sehari jer kaedah ni dan aku dah dapat tambah 1 subscriber dari 2 channel youtube yang aku target akan sub aku balik.
Ok what ! ibarat kau tanam 10 pokok tapi yang hidup subur hanya 6 pokok , itupun dah cukup bagus kan.

So amacam ? senang jer kan. Tapi kalau tak buat dan tak rajin nak buat macam yang aku sarankan ni maka tak akan ke mana channel korang. Just jadi channel syok sendiri gitteww.
Cukup korang target sehari 10 subscriber pun ok dah sebagai permulaan. Slowly but surely korang akan nampak progress pertambahan subscriber pada channel korang.
Yang penting jangan stop buat video yang original dan jangan stop mencuba.
Tolong subscribe YouTube saya juga YouTube.com/tarmizi818
done sub ….tqqqq
Ya Tolong Subscribe saya Ya Kakak Kakak sekalian : Hazirah Art & craft dan juga Eirish Delsya Mummy Binti Ramlie….Tqq for yang sudah Subscribe
Thanks for sharing.kak… oyw
sama2…next level kita ….cari subscriber yg berkualiti sampai capai target ….
Tip berguna utk you tuber baru
Wahh tq kak.. ok nak target naikkn subscriber ni.. jom subscribe channel YouTube YanieYusuf jugak
boleh yanie , cuba yanie target youtuber baru yang suka barang mekap , buat tutorial dan hiking pun boleh sebab yanie pun ada bideo2 tu kan.
Me. Ng nad buat macam ni.. Tapi ekne rajin tu.. Hehehe
nad rajin , mesti boleh punya …..
Terbaekkk aaa tips kak long
alamakkk otai komen ….yang penting ianya betul2 menjadi ….
nice tips kaklong, will do it! pernah try jugak, ALhamdulillah, ada juga subscriber yg subscribe balik. ada yang tak subs balik. haha! adehhh
Tips yg berguna ni kak long tapi kalo boleh elakkan komen yg ada perkataan subscribe atau channel sebab ayat tu kadang yt count as spam. Nnt kat YT Studio boleh tgk kdg2 ada komen yg masuk spam sbb guna ayat tu.
Terbaik kaedah sebegini kerana komen yang berkaitan isu sahaja kan. Boleh Naim naim cuba . hehe
Thanks for sharing the way to get YT subscribers. Now is the era of video so it’s a nice way to gain real followers
yea, indeed meaningful comment gets attention from both video creators and other viewers too.
But think it can be quite time consuming.
Kai Tan recently posted…19 Real Ways to Make Money Online Fast in Malaysia (2020)
Terima kasih atas perkongsian. Info yang berguna, terutamanya untuk YouTuber baru macam saya. Banyak lagi yang perlu belajar.
Tq for the tips!
Nanti nak cuba tips yang dikongsikan, sebab tak berapa aktif dekat channel u tube before ni, lepas ni nak kasi up baliklah
Nice tips kak long. Boleh cuba nanti. Cuma syira tak dak masa lagi nak fokus youtube tapi inshaallah memang nak buat jugak walaupun dah ada dah channel sendiri. Hehe
Syiera recently posted…Pelembap Muka Unik Berasaskan Water Based Yang Tidak Berminyak, Senang Meresap Dan Merawat Sunburn l Hansaegee Nature
Good information, ini cara sebetul2nya untuk dapatkan Subscribers kan especially dari niche yang sama… Part rajin tue sangat setuju.. Huhu… Kena tukar balik cara handle my Youtube channel ni.. Dah lama x upload pulak hehehe… Nak try balik youtube la..
masyukk kalau dh dapat monetize utube.tpnak dapat subscribers tu susah, banyak youtubers berkongsi tips nak naikkan subs, nanti ingat nak try jugak. tp tulah, nak buat videonya tu tak rajin. hahahaa
Ooo ada gak yee caranya…
Kita punya youtube buat geli-geli jee Kak.. tapi tak sangka gak ada view hehehe..
nanti lerr aktifkan balik…boleh cuba tips ni haaa
Sis Lin recently posted…MATCHA LOVERS SHOULD CHECK OUT THESE NEW DRINKS AT GONG CHA
Nak naik subscriber youtube ni memang jadi satu cabaran hebat. kalau content tak bagus dan menarik tu memang susah sis. kecuali ada nasib disitu huhu. nnti boleh la cuba tips yg sis bagi ni. semoga dipermudahkan urusan kita.
Wow thanks for the tips and information sharing. I need to improve my youtube also.
Sunshine Kelly recently posted…Fitbit Sense, Fitbit Versa 3, & Fitbit Inspire 2 In Malaysia
Bagus tips ni. Utk jadi youtuber yg berjaya. At least sambil2 boleh jana pendapatan
Thanks for tip. Terbaik tipsnya! Saya pun diyoutube masih merangkak2. Nak edit video pun tak ada masa lagi. 🙂
Channel saya tak jalan lagi lah setakat ni kak Dila… hehehe… memang buat content video ni “Strugle is real” hahaha… ni kan pula nak cari subscriber…
Sofinah Lamudin recently posted…Kempen dan Promosi Menarik Di Platform Membeli belah PG Mall | Proudly Local, Aurora Italia 10.10, dan PG Jewel
Bagus jugak info ni, kita selalu subscribe je mana yang kita, tak pernah pulak hirau orang subscribe balik ke x. Haha
Wah! Baguslah info ni, lain kali bolehlh nk try sebab channel youtube ni pon baru buat.and please subscribe channel ni Itz_Crystal Liana tau.yg ada gambar anime tuu.tq
Sy dah cuba tips ni, dapat 3 subscribe..baru buat 2 ari..tapi risau jugak nak gunakan ayat subscribe channel sy balik..sy cuma komen tentang video dan dah subscribe channel dia. Kat sini takpe kan kalau komen mintak subscribe channel..kat you tube tak boleh..kalau sudi mintak subscribe channel sy, sy akan subscribe balik..ataupun nampak sy subscribe, nanti subscribe balik..sama2 support..https://youtu.be/c6c5it9NFj8
so far ok jer guna ayat subsribe seba ada komen ayat lain yg related dengan video araupun tukar sub tu kepada support ….walaupun keberangkalian tu rendah tapi yang pastinya genuine
Tolong subscribe youtube channel saya @afzansyhrh..
Menarik tips ni
terbaik idea ni… patutlah channel saya Kelulut TV, tak naik2 subscriber dia, teknik saya “agak salah” komen kat channel yg dah fames, mmg tak lah dia org nak jenguk channel kita, anyway thanks a lot atas entry yg bermanfaat ini
Assalamualaikum…idea ni amat menbantu saya..saya belom try tpi kalau pikirkan secara logik lh…tq²….dan semua yang penah baca komen saya say ade punya chennal di youtube nama dia FELBERS GAMING..insyaallah saya yang sub tu akan terhibur…ncm mne pun saya akan cuba menghiburkn para sub saya…doa kn saya sukses amin