Pada yang tiba-tiba pernah kena serang dengan penyakit kencing tak lawas / kencing kotor mesti akan jadi panik tak tau nak buat apa kan. Aku sendiri tak terkecuali, sebab baru jer kena ( boleh kata agak kerap jugak kena ). Cuma kali ni bila kena agak rasa tersiksa sikit sebab masa aku kena ni sekali kena serang dengan gastrik.

Sakit kencing tak lawas/ kencing kotor ni boleh terjadi pada lelaki dan perempuan, pada orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Tapi masa aku kena aku rilek jer buat posting, borak macam biasa kat social media. Padahalnya aku menahan kesakitan sampai muntah sebab perut dah masuk angin , berpeluh tapi sejuk sampai menggigil. Dia punya sakit memang tangkap belikat terus. Nak explain sakit tu sampai tak terkata rasanya.

Mulanya aku nak pergi klinik ambik injection, tapi memikirkan kosnya agak tinggi aku cuba bertahan. Dalam masa sakit tu aku cuma ambik Panadol Actifast dan Utix. So sementara tak berapa nak sakit lagi marilah kita usaha rawat diri sendiri rawat dirumah.

Bila aku cerita kat kawan aku, diorang syorkan aku minum air barli dan jus kranberi. Alhamdulillah, lepas aku ambik kesemua yang disyorkan. Aku semakin sembuh.

CARA MERAWAT KENCING TAK LAWAS PADA DIRI SENDIRI DI RUMAH

UTIX Effervescent Granules – larutkan dalam segelas air suam dan minum. Ulang ambil 4 kali dalam sehari. UTIX Effervescent Granules ni salah satu benda wajib yang korang kena standby kat rumah, ala yang dia macam ENO tu haa.Tapi ENO untuk buang angin.

UTIX ni kegunaan dia untuk bersihkan saluran kencing dan buat kencing kita jadi lawas balik ( something like that’lah ). Benda ni korang boleh beli kat farmasi. Standby dalam 5 ke 6 sachet.

Minum Air Barli – rebus barli dan minum airnya . Jangan tambah gula.

Jus Kranberi – minum jus kranberi, yang dalam kotak dah mix dengan buah lain pun boleh kalau tiada pilihan.

Minum air kosong banyak-banyak.

Tapi kalau kesemua cara diatas ni tak berkesan dengan korang. Sila ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut.

Paling penting selepas tu kita cuba cegah dari terkena lagi. Antara penyebab utama terjadinya kencing tak lawas ialah tabiat suka tahan kencing terlalu lama dan juga terlalu kerap.

Selamat Mencuba !

Categorized in: