Siapa kat rumah dia ada Minyak Zaitun atau dia memang pengguna Minyak Zaitun ? Tak kisahlah guna untuk apa , baik untuk minum , buat masak untuk sapu pada kulit
Cuba korang cek sekarang, macam mana packaging minyak zaitun yang korang beli tu. Adakah dia dalam botol gelap atau dalam botol cerah ?
Kenapa aku tanya ? mestilah ada sebabnya. Ahad hari tu kan aku pergi cari Minyak Zaitun kat AL MASOUD TRADING di Shah Alam. Tu cerita punya cerita, tanya punya tanya dengan staff kat situ akhirnya baru aku tahu kenapa.
Kat sini macam Syurga Minyak Zaitun tau sebab ada bermacam jenis Minyak Zaitun dari pelbagai negara dan juga gred. Samada pilihan kita adalah yang Organik , Traditional ataupun Premium.
Dan akhirnya Minyak Zaitun pilihan aku jatuh kepada jenama……..
PONS !

staff Al Masoud Trading bernama Lila ni sangat-sangat peramah dan berpengetahuan tentang Minyak Zaitun , beliau juga sedia membantu pelanggan memilih produk EVOO yang sesuai dengan keperluan kita
Selama ni beli asal namanya Minyak Zaitun sudah. Lain-lain tak kisah sebab aku tak pernah nak ambik tahu.
Tapi bila kau dah mula ambik tahu baru kau sedar yang selama ni pilihan kau dalam memilih Minyak Zaitun adalah sekadar pilih dan beli tanpa tahu apakah perkara-perkara atau panduan-panduan asas dalam memilih Minyak Zaitun yang baik dan betul.
Harga Minyak Zaitun PONS yang disyorkan staff kepada aku pun lebih kurang jer dengan harga Minyak Zaitun yang biasa aku beli.
CARA MEMILIH MINYAK ZAITUN YANG BAGUS DAN BERKUALITI
Masih belum terlambat lagi nak ambik tahu dan tambal ilmu mengenai EVOO atau nama panjangnya Extra Virgin Ollive Oil.
So dengan rasa senang hati aku nak kongsi dengan korang cara memilih Minyak Zaitun yang betul, yang berkhasiat untuk diamalkan dan juga berkualiti.
Tahukah anda ?
1. Pokok Zaitun yang ditanam dikawasan gunung & tanah tinggi lebih terdedah kepada cahaya dan kurang kandungan air untuk menghasilkan buah yang berkualiti.
2. Pokok Zaitun yang lebih tua akan menghasilkan minyak yang lebih berkualiti dan lebih berkhasiat.
3. Minyak Zaitun yang berkualiti mesti dibotol dalam botol kaca gelap supaya tidak terdedah pada cahaya UV.
4. Diproses secara sejuk ( teknik cold pressed ) mengikut piawaian International Olive Oil Council.
5. Pembotolan Nitrogen Inection yang digunakan bagi mengekalkan kandungan khasiat serta mengelakkan Minyak Zaitun dari teroksida.

pastikan EVOO dalam botol gelap dan dikilangkan oleh negara asal pengeluar baru beli
RASA MINYAK ZAITUN KELUARAN PONS
Kalau ikutkan aku nak consume EVOO ni macam VCO jer tapi dalam bentuk softgel. Senang nak telan kekdahnya. Sebab sebelum aku try EVOO PONS ni aku ada ambik jugak satu EVOO lain brand.
Harga memang mahal nak teruskan consume pun segan, dan rasanya memang buat aku terkulat kulatlah aihh nak telan. Terlalu pahit.
Tapi itulah, pahit itu ubat. Tapi dia punya pahit sangat sampai tinggalkan kesan pada aku dan berkata, “kalau pahit camni takperlah aku rela jer sakit…” hahahaha mind set orang tak suka pahit ginilah.
Beza sangat dengan rasa EVOO PONS, yang aku ambil ialah EVOO PONS Traditional. aku suka dan dd pun suka. Bukan setakat suka rasa tapi harganya juga kitorang suka.
Kalau harga macam ni punya reasonable memang lepas ni akan ramai yang nak consume Minyak Zaitun sebagai makanan sunnah.
Yang PONS BABIES & PONS KIDS pun sedap. Rasa dia lagi mild.
ANTARA CIRI MINYAK ZAITUN YANG BAGUS DAN BERKUALITI
Ok sambung balik pertanyaan aku kat staff Al Masoud Trading pasal kenapa takder Minyak Zaitun dikeluarkan dalam bentuk mudah telah seperti softgel ataupun kapsul ?
Baca fakta ni baik-baik yer. Tak percaya sila google.
- TIDAK dibuat dalam bentuk softgel ataupun kapsul kerana Minyak Zaitun akan kehilangan khasiat disebabkan berlakunya oxidation semasa proses memasukkan minyak ke dalam softgel atau kapsul.
- TIDAK menggunakan botol kaca warna cerah kerana khasiat Minyak Zaitun akan hilang kerana Proses Photo Oxidation disebabkan Minyak Zaitun akan lebih mudah terdedah kepada sinaran UV
- TIDAK menggunakan botol plastik kerana kandungan bahan kimia di dalam plastik akan bertindakbalas dan bercampur dengan Minyak Zaitun.
- Minyak Zaitun yang dikhaskan untuk minum tidak sesuai digunakan untuk memasak dan menumis begitu juga Minyak Zaitun yang dikhaskan untuk masak tidak sesuai untuk diminum kerana kandungan khasiat yang berkurangan disebabkan oleh beberapa faktor.
- Minyak Zaitun yang tidak ditapis pula hanya baik untuk tempoh 6 bulan selepas buah zaitun diperah.

pesakit diabetis tahap 1 yang nak consume EVOO PONS sebagai ikhtiar
Cara memproses Minyak Zaitun yang terkini adalah yang terbaik kerana ia dapat mengekalkan kandungan khasiat sehingga tempoh maksima selama 2 tahun.
Minyak Zaitun yang bagus dan berkualiti juga akan terus dibotolkan oleh pengilang dimana Minyak Zaitun tersebut diperah dan diproses.
Seperti Minyak Zaitun jenama PONS ini yang berasal dari negara Sepanyol maka pembotolan juga berlaku di kilang di Sepanyol dan bukan minyak dari Sepanyol tapi dibotolkan di Subang Jaya.
APA MAKNA PONS
Ada yang tanya apa makna PONS. PONS ni adalah nama satu keluarga di Sepanyol yang mengasaskan perniagaan Minyak Zaitun sejak dari tahun 1940.
PONS ni juga katanya baru beberapa bulan berada dipasaran tempatan setelah dibawa masuk oleh seorang saudagar dari Malaysia iaitu Encik Nazran Abdul Mutalib yang juga pemilik Al-Masoud Trading.
CARA PENGGUNAAN DAN PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN YANG DISARANKAN
Minyak Zaitun ni selain diambil untuk diminum , Minyak Zaitun juga boleh disapu pada roti menggantikan marjerin atau mentega. Aku pernah buat, aku bakar roti kemudia drizzle sikit kat roti dengan Minyak Zaitun. Korang patut cuba sebab sedap.
Selain dari tu korang juga boleh letak Minyak Zaitun sebagai dressing untuk salad atau campur sahaja Minyak zaitun pada makanan yang telah dimasak.
Tapi , kalau korang nak gunakan Minyak Zaitun untuk memasak seperti menumis dan menggoreng, sila gunakan Minyak Zaitun yang sesuai dan yang memang dikhaskan untuk memasak.
– Ambil 1 sudu besar waktu pagi semasa perut kosong dan 1 sudu besar waktu malam sebelum tidur.
– Jangan terus minum air selama lebih kurang 3 minit selepas minum Minyak Zaitun
Nota : Bawah sekali ada pengumuman gempak untuk korang yang nak dapatakan produk PONS dengan harga yang lebih jimat.
MINYAK ZAITUN PONS UNTUK BAYI & KANAK-KANAK ?
PONS juga ada mengeluarkan satu Minyak Zaitun yang dikhusukan untuk digunakan oleh bayi seawal 7 bulan.
“boleh ker baby consume Minyak Zaitun nih sis…?” tanya netizen

beli lagi banyak lagi murah, apa lagi pi pakat join beli dengan kawan2

don’t believe what i post, research what i post
Jawapannya boleh, tapi bukanlah bagi minum macam orang dewasa minum tu haa. Cukup sekadar merenjis ke dalam makanan atau minuman yang akan dimakan bayi. Dan ianya juga tidak akan menjejaskan rasa makanan bayi tersebut sebab tiada warna tiruan dan tiada bahan pengawet.
Sukatan Minyak Zaitun PONS BABIES & PONS KIDS
PONS BABIES : 1/2 sudu kecil sahaja
PONS KIDS : 1 sudu kecil sahaja
Dan lagi fakta tentang Minyak Zaitun PONS for Babies & PONS for Kids ni ialah :
Minyak Zaitun yang dikhaskan untuk bayi ni juga datang dari Buah Zaitun jenis Arbequiena dimana ia hanya mempunyai kandungan asid sebanyak 0.25% iaitu paling terendah di Malaysia.
Bukan itu sahaja, tapi PONS BABIES & PONS KIDS ni juga boleh dijadikan sebagai minyak sapuan kepada kulit bayi atau dicampur kedalam air mandian bagi tujuan melembabkan kulit bayi dan mencegah kegatalan.
Ianya juga boleh dijadikan minyak rambut bagi tujuan melebatkan rambut bayi dan boleh juga disapu pada luka atau lecuran akibat terkena benda panas.
Bab sapu kat luka tu memang aku setuju sangat. Luka dd yang berkeruping jadi lebih lembut, cepat sembuh dan paling best dd kata tak melekit langsung.

baru 2 kali sapu, yang penting tak pedih dan tak melekit
Dan kalau korang sendiri atau baby korang ada masalah Ekzema, boleh cuba guna Minyak Zaitun. Tapi pastikan yang betul-betul asli.
Kalau ikutkan banyak lagi aku nak tulis pasal kebaikkan dan kegunaan Minyak Zaitun ni, tapi cukuplah setakat ini. Insyaallah jika masih ada rezeki, aku akan kongsi lagi dengan korang pasal Minyak Zaitun dan juga lain2 produk yang aku rasa bagus untuk kita semua.
If korang nak tahu lebih lanjut pasal Minyak Zaitun ni korang boleh follow rapat :
FB : Nazran Abdul Mutalib
UNTUK PEMBELIAN
Online Shopee : https://shopee.com.my/almasoud_trading
Kedai : AL MASOUD TRADING
No. G33A, Block 5, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan. Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Call / Whatsapp : 019-4095570
TAWARAN PEMBELIAN DAN POTONGAN HARGA SEHINGGA DISEMBER
TERMA & SYARAT
1) Harga & Discount ini hanya untuk PEMBELIAN TUNAI di Pusat Edaran Al Masoud Trading yang beralamat di No. G33A, Block 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan. Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
2) Senarai produk adalah seperti yang tertera di bawah ini dan setiap pembelian dengan Harga Discount perlu di bayar dengan Wang Tunai Sahaja.
3) Tempoh jualan dengan Harga Discount ini bermula dari 11 November 2018 sehingga 12 December 2018 “while stock last”.
4) Pihak Pengurusan Al Masoud Trading berhak untuk menamatkan tempoh Harga Jualan ini pada bila-bila masa mengikut keadaan stock semasa.
Discount 11%-25% berdasarkan quantity belian untuk semua produk PONS kecuali PONS KIDS.
Tunggu apa lagi, cepat-cepat grab produk Minyak Zaitun selagi stok masih ada.
Selamat Mencuba
*smile
oo baru tau maksud PONS
kita pon guna minyak zaiton gak untuk masak makanan medina.lepasni boleh try brand pons pulak memandangkan die ade yg khas untuk budak kecik.huuhu
Banyan khasiat kan minyak zaitun. Adanya produk camni mudah dan senang untuk penggunaan seisi keluarga
Memang baik utk kesihatan gunakan olive oil ni.
mmg sesuai guna minyak zaitun dlm masakan
assalammualaikum sis.. blh saya tau.. klo yang x d tapis tu slps 6bulan dlm btl.. klo lebh dari 6bulan.. betulkah akn mnjd canser?
Guna jugak minyak zaitun, letak dalam sup anak. Tapi beli yang botol cerah, lepas ni kena beli jenama PONS lah sebab banyak kelebihan dia.
Bagus info yang dilla share ni.. baru tahu byk pasal minyak zaitun. Selama ni main redah jer
Fuh…lega bila dapat tahu jenis botol minyak zaitun pilihan eiza betul. Nanti nak cuba pula jenama ni.
Sal pun tengah consume olive oil … Baru je try dah rasa badan ringan dan bertenaga .. kalau tak sebelum ni rasa letih manjang ..
Sebelum ni beli minyak zaitun yanga da dekt pasaraya..ingat takde yang fake, ada juga rupanya..boleh cari yang pons ni
Banyak juga kebaikan minyak zaitun ni ya
Sebenarnya kan, ai baru tau minyak zaitun boleh sapu kat kulit.
Rasa amat bagus dan baik untuk kesihatan dengan pakai minyak zaitun ni.
Muslimah recently posted…Ideas of Premium Gifts in Malaysia
Amazing facts! Thanks for your recommendations to use Natural Olive Oil. You are right! Hope you will write more about the benefits and uses of this Olive Oil.
Info bagus ni
Saya amalkan minyak zaitun ni tapi brand lain. mmg byk khasiat dia.