Dalam masa 10 hari aku dah dapat panggilan email untuk collect kad debit maybank paywave yang guna gambar sendiri . Masa aku pergi collect kat cawangan Maybank tu takderlah orang ramai mana pun yang ada , tapi dia punya pegawai yang incharge tu jer yang busy . Alih-alih aku terus ke meja dia tanya bila nak panggil nombor aku . Barulah PI tu gi ambik seikat kad yang ada .

Dia tanya aku apply kad guna gambar apa ? sebab diorang memang susah nak detect kalau ikut nombor . Lepas collect kad ni dia kata yang banyak kad dah siap tapi takder orang datang ambik . Aku terus kata pulakkk …bukan free tu…kena bayar rm26 termasuk GST kalau tak silap aku .

Memang nampak kat tangan dia ada seikat kad debit bergambar tak dituntut oleh pemilik yang pandai pohon tapi tak pandai ambik . **pelik pelikk

cara-buat-kad-maybank-guna-gambar-sendiri

Gambar pada kad debit tu pun aku guna gambar yang dah paling sinonim ngan diri aku . Bukan takder gambar lain , berlambak jer pun tapi aku nak senangkan orang kenal aku walaupun tak semua orang kenal aku . Kot-kot kad ni tercicir kat mana-mana ker , jangan segan-segan nak pm tepi aku , atau hantar kad bank dan balai polis berdekatan pun dah cukup baik .

kad-debit-maybank-gambar-sendiri

Kalau ikutkan mim aliff lam sim memang takdernya’lah aku nak buat entry nih…tapi sebab ada yang kata putus asa nak buat walaupun teringin hanya disebabkan gambar gagal dimuat naik . Dan ada yang kata leceh sebab pop-ups pembayaran tak muncul . Maka aku pun pikir dan buat apa yang patut untuk menyenangkan korang .

Paling penting…tutorial ni juga khas untuk Kak Terah ( Nur Athirah ) pet pot pet pot…..**hahahahahahaha….matilahh nakkk

Jadi atas dasar prihatin maka aku akan bagi 2 tips penting untuk korang guna sebelum korang nak apply . Lepas ikut tips ni barulah semuanya mudah sahaja . Kalau boleh gambar tu biar yang cun-cun ok , jangan blur dan edit , gambar dari kamera lebih baik quality berbanding handphone .

Antara tips aku nak kongsi dengan korang ialah cara nak “allow pop-ups” dan cara “upload gambar” . Biasanya kalau guna gambar dari handphone , gambar akan jadi kecik . So kat sini korang kenalah guna apps untuk resize image yang orang nak .

Cara Resize Gambar

1. Masuk sini : Resize Image

2. Upload gambar dan resize’kan gambar tu ikut format dan size yang dia nak kemudian save . **untuk saiz yang sesuai sila rujuk gambar nombor 4 dibahagian “Cara Buat Kad Debit Maybank payWave Gambar Sendiri”

cara-resize-image

Settle step pertama , sekarang masuk step kedua terpenting .

Allow pop-ups dan save file gambar yang diperlukan memang itu korang kena buat dulu ok sebelum memohon . Kalau tak apapun tak boleh dan nanti semuanya tak jadi . Lepas dah settle semua buat pembayaran nanti korang boleh setting “not allow all sites to pop-ups” .

Cara Allow Pop-ups

1. Buka “control panel” dan pilih “setting”

cara-aktif-pop-up-setting-chrome

2. Dari “settings” pilih “show advanced settings”

cara-allow-pop-ups

3. Pilih “privacy” dan pilih ” content settings”

4. Dalam “content settings” cari “pop-ups”

cara-allow-pop-ups-di-browser

5. Pilih “allow all sites to show pop-ups”

Siap semua step baru boleh apply kat debit .

Cara Buat Kad Debit Maybank payWave Gambar Sendiri

1. Masuk sini :
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=CRD-Cards&cntTypeId=0&cntKey=CRD03.11&programId=CRD03-DebitCards&chCatId=/mbb/Personal/CRD-Cards

2. Pilih ” How To Apply”kemudian “Click Here”

how-to-apply

3. Pilih “Accept” kemudian upload image

4. Pastikan gambar dah resize dulu ok macam yang aku suruh

how-to-apply-debit-card-picture

5. Kalau gambar yang korang upload tu tak menepati format dan size yang ditetpkan dia akan keluar camni

cara-resize-gambar

6. Dan kalau gambar korang ok maka korang boleh edit seperti ini

edit-kad-debit-maybank-gambar

7. Selepas tu baru confirmkan

cara-edit-kad-debit-bergambar-maybank

8. Lepas “submit” korang kena isi butiran yang diperlukan seperti email , 4 nombor terakhir kad pengenalan dan pilih negeri serta cawangan Maybank mana yang korang nak collect kad tu bila dah siap .

cara-apply-kad-maybank-debit-ada-gambar-sendiri

9. Selepas tu korang akan dapat pengesahan camni dan pilih “continue”.

cara-resize-gambar-untuk-kad-debit-gambar-maybank

10. Selepas pilih continue barulah pop-ups tu muncul untuk ke proses pembayaran .

11. Tunggu pengesahan email seperti ini dan juga email bila kad dah siap untuk di’collect .

Dear Debit Cardmember,We are pleased to inform that your Personalised Debit Card application made on 30/09/2016 20:41:12 is successful.

1. Picture ID: 123456789
2. Email Address: dila12379@gmail.com
3. Last 4 digit of NRIC or passport: 1234
4. Sample of your Personalised Debit Card
5. Collection Branch: USJ SUBANG 10 (USJ 10)Your new Personalised Debit Card will be ready after 14 working days from the date of this email.

Kindly bring along your NRIC or your passport with a copy of this email during collection.

For security reasons, we do not allow any third party to collect the Card on your behalf. Unclaimed cards will be destroyed after 3 months and your payment will not be refunded.

For enquiries please call Maybank Group Customer Care at 1300 88 6688 

Thank You.

Masa nak collect tu jangan lupa bawak ic dan kad debit yang lama .

Senangkan….so bolehlah korang cuba . Lagi satu tutorial yang sama korang boleh tengok kat sini Cara Buat Kad Maybank Dengan Gambar Sendiri

Selamat Mencuba !!!

SERTAI PERADUAN UNTUK MENANG SCOOTER EDISI KHAS DOMINOS DAN PEPSI

Categorized in: