Akhirnya kerisauan aku tentang kutil-kutil kat muka dan leher dapat diselesaikan melalui 1 cara sahaja .

Caranya ialah……

Pergi ke salon kecantikkan yang menyediakan rawatan tersebut . 9 hari yang lepas aku ngan share partner aku Kak Laila Mee Udang pergi ke Bangi Gateway….mulanya nak buat rawatan muka yang biasa-biasa jer…tapi tah camner terjebak pulak jadi ahli VIP sekali gus ter’ambik pakej rawatan yang ditawarkan .

FullSizeRender_14

macehh kak…bawak saya ke tempat yang bagus seperti ini

Cara Buang Kutil

Setelah beautician disitu sarankan pada aku supaya seeloknya aku buat rawatan buang kutil atau Skin Tags Oily Cysts ….terus jer aku setuju…pandai diorang …tahu rawatan apa yang terbaik untuk pelanggan. Aku akui…yang muka aku dah tak berapa nak licin dan bersih sebab dah berbelas tahun aku tak  jejak kaki ke salon untuk membuat rawatan muka . Alhamdulillah sejak rezeki dari Allah semakin senang dan ada lebih aku minta izin inchik dd untuk pergi buat rawatan muka..aku cakap untuk abang juga ….inchik dd angguk-angguk senyum…so hari tu anak-anak semua dibawah tanggungjawab inchik dd .

bio pearl bangi gateway oil cyst

sangat berbaloi…rawatan yang jarang ditawarkan dimana-mana salon kecantikkan

Dan aku faham ramai sebenarnya antara kita menghadapi masaalah yang sama….cuma tak tahu kemana tempat yang harus dituju . Selepas 9 hari berlalu baru aku dapat result yang sangat memuaskan hati . Kalau ikutkan dalam 5 hari sebenarnya semua dah ok…saja aku tambah lagi hari supaya semuanya benar-benar ok .

Bertabah hati aku semasa rawatan dijalankan….rasa agak sedikit pedih sebab mungkin kutil -kutil yang melekat kat muka susah nak dibuang…tapi alhamdulillah aku mampu bertahan . Lagipun beutician yang buat rawatan untuk aku tu memang sangat cekap dan pantas serta pandai menenangkan hati aku ….itu point penting yang sangat-sangat melegakan hati customer yang sedang stress .

Kata beutician , sebaiknya aku buat 3 kali rawatan untuk buang semua kutil-kutil yang ada dimuka dan dileher . Katanya …kutil kat muka aku sebenarnya susah nak buang sebab jenis tenggelam….ada orang kutil’nya tergantung jadi mudah nak potong atau buang .

Oleh sebab dia pantas buat kerja…sakit tu rasa sekejap jer….kalau terhegeh-hegeh mau kena kaki jugak kot ngan aku…ehehehe acah jerrrrr

kutil

inilah kutil-kutil kat muka atau oil cyst yang dibuang oleh beautician..

Nak Cantik Kenalah Tahan Sakit

Mungkin ada yang kata nak cantik punya pasal kenalah tahan..

Sorry to say…point aku buat rawatan bukan sebab nak cantik…cantik tu subjektif . Tidaknya hidung aku mancung atau muka jadi Marian Rivera lepas buat rawatan . Niat aku cuma nak bersihkan muka dari kekotoran dan buang kutil-kutil yang tumbuh halus kat muka aku ni….

Dapat rasa, usap kulit muka sendiri halus dan tak menggerutu pun dah cukup baik ….hidung tak mancung ker atau dagu tak runcing ker tu semua tolak tepi .

Ada beberapa orang blogger nampak sendiri kulit muka aku jadi camner dalam tempoh rawatan . Anak-anak buah aku lagilah…ada jer nak tanya bila tengok muka aku dalam proses nak sembuh . bila diorang tanya “moksu sakit ker..” aku cuma jawab ” haah ..” nak terangkan pun bukan diorang faham….

Rawatan Dan Tempoh Pemulihan 

Kira-kira tak sampai seminggu jugaklah luka-luka kesan dari buang kutil kat kulit aku nak pulih . Apa yang penting…semasa dalam tempoh rawatan sebaiknya gunakan produk yang disyorkan dan yang perlu sahaja….lepas semua dah pulih takder masaalah rasanya nak balik kepada produk asal yang biasa digunakan .

Dalam tempoh pemulihan aku jaga makan sikit dan jaga tangan jangan gratil nak kopek-kopek…basuh muka ngan air…kadang-kadang biasanya waktu tengahari dan petang jer aku guna pencuci muka Cosmoderm Gentle iaitu Cleasing Milky Foam…memang sesuai sangat guna sewaktu kulit muka tengah pedih…..kita kenalah pakai pencuci muka yang tak mengeringkan kulit ….pas cuci baru pakai toner atau Skin Mouisturizing Lotion…waktu siang lepas pakai toner aku pakai UV Milk walaupun aku tak keluar rumah…kalau malam nak tidur pas pakai toner aku pakai Vitaplex…semua produk tu dari Bio Pearl ….aku guna sementara dalam tempoh pemulihan .

FullSizeRender-horz

dalam tempoh pemulihan luka nak kering

Hanya 3 produk sahaja yang aku gunakan dari salon tersebut dan selebihnya aku cuma kerap gunakan air sahaja untuk bersihkan muka .

Dan jangan lupa jaga pemakanan…kurangkan makanan bergoreng ….itu sahaja.

Untuk kali ke lapan belas hari ni aku nak katakan yang aku memang puas hati dengan rawatan dan produk dari salon berkenaan . Dan yang paling menariknya salon tersebut KHAS UNTUK WANITA SAHAJA . Lega sangat rasanya bila salon ada undang-undang begitu . Lelaki tidak dibenarkan buat rawatan dan tiada rawatan untuk lelaki pun disitu .

Riki-riki staff kat situ owner salon rupanya milik orang Melayu dan produk juga buatan Malaysia….lagilah aku suka dan teruja .

bio pearl bangi gateway

model tak berbayar…ekekekeke

Oklah…itu jer aku nak kongsi ngan korang . Mana yang dah lama tak jumpa aku atau masih terbayang banyaknya kutil , nanti bila korang jumpa aku mesti korang tetanjat oink oink sebab kat muka aku dah atak ada masaalah kutil lagi . Bersih dah kulit muka aku..cuma parut-parut tu memang tak leh hilang ….lagipun itulah parut tanda Kak Long Kawasan …yer dakkkk..?? hahahahaha

Lagi 5 hari aku akan ke salon balik untuk buang kutil kat leher pulak….mesti pasni leher aku licinnnnnnnn…kan kan kan

bio pearl bangi gateway

muka ceria selepas buat rawatan…

Categorized in: