Assalamualaikum !
Hai korang ! tengah buat apa tu ? tengah bersenam kerr ? Kalau yer eloklah , nak nak pada yang baru lepas menyekik sikmakk ( nasi lemak ) pasar malam .
Ni saja nak kabo kat korang . Sabtu semalam aku ada meng-join satu party ni , tapi bukanlah party ni party liar . Ini party dance yang memang dianjurkan oleh team JK1M untuk ladies only . Yessss its a ladies nightttt yarrr !!!
Bagi yang tak tahu , meh sini aku bagitahu . JK1M ni adalah program anjuran dari trainer fitness terkenal iaitu Kevin Zahri .
Rugi ooo sapa tak join , samada sebab lambat register dan yang dah register tapi tak datang .

kena minta izin nak snap nombor peserta
Menurut maklumat yang aku korek dari instructor Zin Ray , dari 530 pendaftaran yang diterima , hanya 300++ peserta sahaja yang gigih menghadirkan diri pada malam itu .

sebahagian dari 300++ peserta yang terlibat pada malam Ladies Night
Wow sangat peserta-peserta yang dipanggil supporter pada malam tu .
Tahniah kepada semua yang hadir termasuk aku dan juga sorang lagi rakan blogger Aisya Ismail .

bersama blogger Aisya Ismail
Pada awalnya aku berat punggung ( bukan sebab gemok tau ) jugak nak datang , tapi rasa nak tahu tu buat aku gigih datang jugak . Maklumlah , aku tak pernah join mana-mana aktiviti bersenam sebelum ni , apatah lagi yang bersenam ala-ala Zumba . Ni kira datang nak usha lah dulu , kot best joinlah sekaki , tak best kalu aku angkat kaki .

lepak belakang2 sambil sekodeng step coach kat depan
Sekali dah sampai kat Stadium Panasonic Shah Alam , tu diaaaa aihh , meriahhh kot . Bila tengok yang hadir dengan pelbagai gaya dan saiz, termasuklah yang tak berapa nak mematuhi etika berpakaian untuk workout ( sebab aku nampak ada peserta yang pakai jubah , tapi lantaklah asalkan dia selesa sudah ) terus aku lupa yang aku ada 4 anak dan serasa macam aku kembali ke zaman muda remaja giiteww .

aku pun lepas ni nak tiru akak ni pakai jubah gak time workout
Bagi aku program ni sangat-sangat OK , cuma sayangnya hanya one time only . Sebab lepas aku updet jer , ramai plak yang komen dan PM tanya camner nak join .
Tapi korang jangan risau , sebab selepas ni akan ada banyak lagi aktiviti workout JK1M yang korang boleh sertai secara PERCUMA . Apa yang korang perlu buat cuma layari laman web cabaranjomkurus.com dan tinjau sendiri apa aktiviti yang ada .
Sesi Fitness Yang Tidak Bosan
Malam tu aku ikut belajar bersenam sambil menari step Masala Bhangra oleh Shah Bariah . Memang best sangat walaupun pada awalnya aku berdiri tegak macam kayu jati mati . Oleh kerana step senaman ni berulang-ulang , lama-lama mesti kau boleh follow .
Habis workout sesi pertama , 5 supporter akan dipilih untuk naik ke pentas untuk battle . Pemenang battle pula akan menerima hadiah . Wahhh rugi aku sebab duduk belakang dan cepat pamcit .**ehehehe

oo balle balle
Masuk sesi workout kedua iaitu senaman tarian Belly Dance oleh Jonathan . Yang ni tsumpahh aku tak mampu follow . Aku mampu tengok jer sebab gerakkan belly dance ni bukanlah minat aku dan badan aku terlalu kayu untuk dilenturkan .
Ada satu gerakkan yang diajar oleh Jonathan yang katanya baik untuk kempiskan perut dalaman . Haa yang itu jerlah aku boleh buat . Tapi buat kat rumahlah .

Jonathan ni lelaki yang jadi intructor untuk senaman Belly Dance
Tamat jer sesi Belly Dance , 5 supporter lagi dipilih untuk acara battle . Sesi battle ni kiranya dia ulang balik apa yang instructor dah ajar . Mana yang dapat sorakkan terkuat oleh peserta lain maka dia akan dikira sebagai pemenang dan dapat hadiah .

tahniah kepada pemenang
Dan akhir sekali masuklah sesi Fitness Zumba yang dipimpin oleh Zin Bella dan Zin Ray . Apa makna Zin tu aku lupa tanya pulak . Dua orang instructor ni memang best sebab cargass .Step yang dia ajar pun agak hip hop . Menarik sangat .
3 jam pun tak cukup rasanya . Rasa macam sekejap sangat . Hahaha eksen kemahen.

Zin Ray
Tournament Dodgeball Media vs Selebriti Pada 20 Januari
Dan kat bawah ni ada sedikit info mengenai satu lagi aktiviti tradisi JK1M iaitu Dodgeball . Aku dijemput pihak JK1M dalam kategori media untuk datang memeriahkan aktiviti pada 20 Januari nanti di Extreme Park Sunway South Quay .
Sebagai pembuka tirai Dodgeball dalam JK1M, sukan simbolik JK1M ini bukan hanya untuk peserta malah JK1M10 mengajak dan membuat penampilan istimewa untuk Media dan Celebrity Dodgeball Tournament yang akan berlangsung pada 20 Januari 2018, ini di X Park Sunway pada pukul 8 pagi.
Ia bakal disertai oleh Raja Farah,Ernie Zakri, Kuniey, Zeera Azizi, Neera Azizi, Hael, Azhar, Taufiq Hanafi (Olabola), Sheera Iskandar, Nana Al-Haleq, Faiz Dickie, Arlina Banana Hasnida Hanim (personaliti TV3), Liza Hanim, Dian Maisarah (Producer MHI TV3), Zerry (TV3) dan media-media lain dari Kosmo!, Harian Metro, Berita Harian, Malaysian Digest dan Utusan.
Mereka akan mewakili pasukan masing-masing yang turut disertai oleh peminat, pemain kebangsaan, bekas peserta JK1M , dan Team Leader. Setiap pasukan akan berentap untuk merebut gelaran juara.
Sukan Dodgeball merupakan acara wajib yang diperkenalkan dalam JK1M. Ia diperkenalkan sebagai salah satu aktiviti untuk mengeluarkan peluh secara menyeronokkan selain turut diadakan dalam bentuk pertandingan.
Sesi percubaan dari JK1M ni memang buat aku terasa nak join JK1M untuk sesi 2018 . Kurus tu memang nak tapi point aku sebenarnya ialah nak lebih sihat dan lebih berstamina , barulah nanti aku boleh selamba jalan-jalan naik tangga subway atau mendaki ke Itaewon tanpa rasa semput .
JK1M10 Kembali Memberi Inspirasi
Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) akan memasuki musim ke-10 pada 27 Januari ini hingga 10 Mac 2018. Program dalam bentuk cabaran untuk kurus secara sihat ini mula diasaskan oleh Cikgu Kecergasan, Kevin Zahri sejak 2014.

“I am is affectionately known as Cikgu Fitness or Malaysia’s Favourite Fitness Coach.”
Program yang pada awalnya bermula di Lembah Klang sudah meluas hingga ke seluruh negara malah ke Brunei dan Singapura.
Menariknya, program selama enam minggu ini menggunakan modul untuk mendidik para peserta yang khususnya berbadan gempal dan mencecah BMI obesiti kurus dengan cara yang betul.
Sehingga JK1M9, seramai 264,119 peserta telah menyertai program ini melibatkan 125,000 kilogram penurunan berat badan. Secara purata, penurunan berat badan peserta sebanyak 11.6KG.
JK1M juga unik kerana bersifat mesra komuniti dan berorientasikan keluarga. Ramai peserta yang menyertai JK1M turut mengheret ahli keluarga yang lain menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Selain ikatan sesama keluarga bertambah erat, peserta juga menjalinkan hubungan erat bersama peserta yang lain . Perkenalan dibina berterusan hingga ke luar JK1M.
Kali ini JK1M10 juga hadir dengan pelbagai aktiviti menarik dan acara wajib dalam JK1M10 bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat dari mereka yang mahu merealisasikan azam untuk kurus.
So korang , tunggu apa lagi . Cepat-cepat daftar dan pilih kawasan dimana korang nak memulakan program JK1M untuk sesi 2018 kali ini . Sihat dapat , kurus dapat , ada rezeki jodoh pun boleh cepat dapat . **ehh ehh
Tunggu apa lagi ….jomlah kurussssss
cabaranjomkurus.com
terasa macam nak join dodge ball tu la kak long, hihi,
heiii jom jer join ….masih sempat
seronok tu,,aktiviti cemni..Tak bosan pun.Lain dari lain.. semoga kaklong dila kekal sihat dan fit
yup itulah point dia …sihat dan fit ..kalau kurus itu bonus
Bestnya, ai suka sangat aktiviti camni. Tapi keadaan sekarang kurang mengizinkan. Moga nanti mereka adakan lagi aktiviti camni.
haaa jangan risau tah mas …nanti follow ig dan fb diorang untuk aktiviti2 lain yg ada sampai akhir tahun
Kak Shah Bariah tu antara sifu ai… Hehehe
uuuuu no wonderlahhh ….selamat pagi sayangggg
Bestnya… Tingin nak join nanti
haaa boleh saja nina …nanti ai updet ehhh
Wow , semoga slim pasni hihihi
keutamaan ialah nak sihat …slim tu bonus
Bestnya aktiviti keluarkan peluh ni.. Kalau dapat join yang 6 minggu tu mesti bestkan..
banyak lagi aktiviti jk1m ni …stay tune updet kat ig diorang
Syoknya kak long, ladies only tak lah segan sgt nak buat kan
sebab tulahh ai joinnn
Bestnyer kak long…ada peluang nanti Sal nak try gak . Aktiviti gini bagus untuk kesihatan !
best sangattt …boleh train body jgn jadi cam kayu sangat …ehehehehe