Masa bercinta banyak giler lagu yang jadi tema ….dah khawin lagu cinta2 dah tak layan dah….banyak layan lagu kanak2 jer….hahaha…..sampai cd tu rosak sebab dah lebih 2 ker tiga tahun putar cd yang sama jer dalam kereta…..

Tapi sejak aku ngan inchikk dd rajin keluar….dalam kereta kitorang layan dengan suria.fm…opkoslahh banyak lagu2 cintan cintun terbalik terkangkang semua disebabkan cinta…..
Aku rasa kalau sesiapa yg umur lebih kurang aku mesti ada layan lagu2 nih……sampai sekarang pun masih dengar bila senang…..
1. Lagu pertama ni tajuk Dalam Gerimis dari kumpulan Visa…..lagu ni memang sendu masa tu sebab time ni aku baru dapat tahu ada seorang budak lelaki ni minat kat aku tapi dah terlambat sebab aku dah kecewa ngan dia yang suka aku tapi tak nak cakap…….tapi lepas aku layan budak BMX dia pasang lagu ni kuat2 pastu tuju kat aku……kawan2 dia kata kat aku yang itulah kali pertama kawannya tu menangis sebab kecewa….tapi bukan salah aku yer….aku memula suka gak ngan dia…..tapi dia macam berlagak sikit sebab dia berketurunan tengku….lama giler aku tak bertegur sapa ngan dia…dia pun bukan baya aku…dia tua lebih 3 tahun dari aku…….dah setahun pastu baru dia boleh terima dan doakan kebahagiaan aku…..padahal aku masa tu muda lagi belum ada planning nak khawin…..remaja sangat lagi masa tu…..hahahaha
2. Rasanya semua orang pun tahu….Iklim adalah kumpulan balada yang terbaik waktu zaman’nya…..tajuk lagu Gerhana Cinta Luka…..maknanya sangat deep…..nak2 bila dia kata….”pintamu keterlaluan…mahligai puncak kayangan tak bisa kutunaikan..” huhuhuhu
3. Ok…lagu ni betul lagu cinta aku…..BuatAku Tersenyum dari Sheila On-7….lagu masa baru lepas khawin ngan inchik dd…..inchik dd ada cd dia….best dengar berdua masa belum ada baby…..hikhikhik
4. Dan inilah lagu selepas bercinta berkahwin dan ada anak2…..segala cinta semua tercurah dan tertumpah kepada keluarga sahaja sampai aku memperhabiskan masa dan tenaga untuk mengedit video klip ni dengan bertemakan lagu Percaya Padaku dari Ungu….anak2 aku suka tengok ni…..
5. Lagu cinta beralih arah…….tidak pada cinta harta dan keluarga lagi….tapi aku jatuh cinta dengan Islam….jatuh cinta dengan Rasululluh…jatuh cinta dengan syurga dan akhirat….walaupun takut dan bimbang apa nasib aku diakhir nanti….tapi aku tahu aku kena mulakan sekarang dan pupuk rasa cinta pada Allah dan didik diri untuk kebaikkan…cinta itu datang selepas aku dengar surah Al-Mulk yang dialunkan oleh Sheikh Misyari Al-Afasy…..tak caya cuba dengar….masyaAllah tabarakllah….alunan surah yang dibaca sangat menusuk hati dan kalbu…..lepas dengar ni..aku terus jatuh cinta berkali-kali dengan ayat2 Al-Quran…..sememangnya Al-Quran adalah lagu cinta terbaik untuk diri dan keluarga….hikmahnya tealalu banyak…penyembuh hati dan perasaan yang gundah atau sedih…..
Sebaik-baik memilih lagu…pilihlah lagu yang memberi ketenangan dan kegembiraan kepada sesiapa yang mendengarnya….

Tagged in:

, ,