Adakah ini satu kenyataan ?????
orang pejabat zakat jangan tunggu orang miskin datang tapi kena cari bukan duduk je dalam pejabat!”
Jika betul kenyataan ini, adakah ini memang budaya pejabat zakat berbuat begini ?
Dan jika tidak, mengapa tidak dijadikan budaya dan apakah halangan atau prosedur tertentu yang perlu dipatuhi berkenaan budaya ini ?
Tolong berikan pencerahan!! Semoga Allah merahmati insan yang sudi berikan pencerahan.
Wow !! terkejut kot aku baca . Tapi tak apalah, paling tidak dia bertanya dan tidak terus jatuhkan hukum macam sesetengah netizen yang lain. Mulanya aku nak sorokkan segala bukti-bukti yang aku dah kumpul, tapi kerana isu ni aku terpaksa juga dedahkan pada masyarakat.
Bagi menjawab persoalan, aku cuma nak kata ini “untuk mengatakan orang pusat zakat duduk sahaja di pejabat itu ianya tidak benar sama sekali..”
Sebab ?
Haaa meh sini baca sampai habis, jangan nak malas sangat yer.
BUKTI-BUKTI PETUGAS ZAKAT MEMANG “PEMALAS” SANGAT !!!
Dulu, aku pun pernah soal benda yang sama. Bukan setakat soal jer tapi siap pakej kecam dan hentam orang-orang zakat tanpa ber’tabayyun terlebih dahulu. ( macam korang jugaklah sekarang ni…)
Tapi,
Pada satu hari , selepas aku diberi peluang untuk menyertai skuad Lembaga Zakat Selangor, aku jadi malu dan hilang kata-kata.
Aku hanya mampu memandang.
Begitu susah payah mereka semua memikul amanah dan tanggungjawab pembayar zakat walaupun terpaksa meredah cuaca panas dan hujan , menelusuri kawasan pendalaman , ceruk kampung yang lecak dan sukar.
Nak bukti ? Tengok kat bawah ni.

bukti orang zakat “pemalas” sedang menyantuni asnaf yang terlantar akibat stroke

bukti orang zakat “pemalas” yang tak kisah duduk dilantai semasa menziarahi asnaf

bukti orang zakat “pemalas” hantar pelbagai bantuan

bukti orang zakat “pemalas” berpanas terik semasa menjejaki asnaf di rumah yang tiada kemudahan lif

bukti orang zakat “pemalas” jalankan amanah pembayar zakat kepada asnaf dengan segera bagi meringakan beban

bukti orang zakat “pemalas” dengan aku sebagai saksi petugas zakat “pemalas” menjalankan tugas
Dan kini apabila aku membaca tohmahan-tohmahan netizen yang menyakitkan hati, maka sudah jadi kewajipan aku juga untuk membetulkan persepsi segelintir masyarakat yang masih buta dengan kerja-kerja petugas pusat zakat.
LAGI BUKTI PETUGAS ZAKAT “PEMALAS” DALAM VIDEO
YANG PANDAI BISING-BISING TU BUAT APA PULAK ?
Kalau ikutkan adalah 2 ker 3 kali aku join program Zikra Pusat Zakat untuk menjejak, melawat dan menyantuni asnaf yang terlibat. Lepas tu aku gibab tak nak join lagi sebab PENAT !!!! bukan penat tenaga tapi penat emosi. Air mata aku pasti mengalir tiap kali menjejak kaki ke rumah asnaf dan mendengar kisah-kisah yang menyebabkan diorang semua terpaksa menjadi sebahagian dari golongan penerima zakat.
Dalam satu hari bukan satu rumah sahaja nak kena lawat untuk interview asnaf yang dikenal pasti. Setiap petugas terlibat ada peranan masing-masing. Bagi aku petugas zakat ni macam unsung hero jugak. Buat kerja senyap-senyap, tak gebang kat media sosial setiap kali turun sana sini. Apa yang kita nampak hanya suku dari tugas harian mereka.
Yang kita tak nampak ? makanya, jangan sesuka hati jatuhkan hukum dan mengviralkan sesuatu benda yang kita tak pasti kesahihanya.
Contohi ahli kariah masjid-masjid kawasan. Mereka juga terlibat sama menerima laporan masyarakat setempat tentang asnaf yang perlu dibantu. Mereka juga turun menyiasat dan kemudian menyerahkan kes tersebut kepada pusat zakat untuk tindakan selanjutnya.
Tapi, korang yang sekadar mendengar cerita dari kawan punya kawan punya kawan tu pulak buat apa ?
TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT ! TERIMA KASIH PETUGAS ZAKAT !
Aku tahu bukan semua netizen suka kecam-kecam sesuatu istitusi tanpa usul periksa. Mungkin ada dikalangan netizen yang pernah melalui pengalaman buruk dengan segelintir petugas zakat atau pusat zakat, maka cerita seperti itu terus tersebar sehingga bertahun lamanya.
Apapun aku nak ucapkan sekalung tahniah kepada petugas-petugas zakat yang meskipun dikecam tapi tetap sabar menjalankan tanggungjawab dan amanah dari pembayar-pembayar zakat.
Buat pembayar zakat, anda jangan cepat melatah dan teruskan berzakat di Pusat Zakat negeri masing-masing supaya ianya sampai kepada 8 golongan penerima zakat yang memerlukan.
Jangan lupa set see first page Lembaga Zakat Selangor supaya korang tak terlepas info dan updet-updet terkini mengenai bantuan dan lawatan petugas zakat ke rumah asnaf.
HUBUNGI PUSAT ZAKAT
WEBSITE : ZAKAT SELANGOR
FACEBOOK : LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
INSTAGRAM : @ZAKATSELANGOR
BORANG MELAPORKAN ASNAF
terbaek.. semoga petugas zakat terus sukses dalam tugas..
insyaAllah ..aaminnn
Hmmm… kesian petugas2 kat pejabat zakat. Mereka dah berusaha menjalankan tanggungjawab tapi tetap juga dikecam.. Moga Allah berikan ganjaran pahala untuk mereka..
sepatutnya kita juga kena sama2 tolong bukan tahu buat bising jer
Nasib baik ada penjelasan. Ingatkan statement betol tadi. Harap orang lain pun memahami lepas ni
hehehehe…..nak bagi orang faham gitulah
Alhamdulillah. Lembaga Zakat Selangor memang terbaik. Semoga nasib asnaf terus terbela. Tahniah LZS
alhamdulilah…tahniah juga kepada pembayar zakat
Alhamdulillah..wang zakat disalurkan ke tmpat yang sepatutnya.
netizen di luar sana xbole tuduh sebrangan.jika benar ada golongan yg sepatutnya mndpat bntuan tp tidak dpt lagi , perlu beritahu pada pihak yg bertanggungjawab.biar mereka yg uruskan.
yang penting dapat kerjasama masyarakat setempat …insyaAllah masalah asnaf dapat mereka bantu
Dulu pun saya ada jugak fikir camni tapi lepas ikuti projek zikra asnaf bersama LZS terus saya tahu mereka sangat bertanggungjawab menyelesaikan masalah asnaf ni. Terbaik LZS!
kan….samalah kita….selagi kita tak berada dalam kasut diorang selagi itulah kita tak tahu apa yg petugas zakat buat
Betul, jangan kecam sesuka hati ja.
betul…better siasat dulu….
Alhamdulillah. Bukan senang kerja lembaga zakat..
Suka soalan YANG PANDAI BISING-BISING TU BUAT APA PULAK ?
Dok kecam jer yang depa tahu..!!
Semoga LZS terus success.
Ini masalah orang kita..suka kecam… sempga LZS dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan.
aduiii sentap baca title hahaha