Kalau ikutkan hati ini banyak yang aku nak cerita ngan korang-korang semua …tapi aku risau aku sendiri dan korang akan mengalami kemurungan lepas aku bagitahu kisah-kisah hidup aku sejak berumur 3 tahun sampailah aku khawin .
Perkhawinan aku ngan dd adalah titik permulaan dimana derita kehidupan aku ditamatkan .
Dengan anak-anak , aku selalu bagitahu supaya bersyukur jika masih punya mak ayah biarpun miskin biarpun garang .
Aku bagitahu anak-anak aku bagaimana mamanya terpaksa hidup berdikari sejak umur 3 tahun .
Basuh baju sendiri setiap hari , darjah 4 dah mula panjat kerusi untuk masak , sakit pening tak siapa peduli .
Pernah masa aku kena demam cacar , aku disuruh basuh almari pinggang mangkuk . Bila aku adukan pada penjaga yang aku tak sihat dikatanya aku mengada-ngada dan sengaja buat alasan untuk tidak buat kerja .
Walaupun aku sakit aku tetap kena buat kerja , style penjaga sana , pukul dulu baru tanya .
Ada sekali pagi waktu persekolahan aku demam panas , tapi bila aku masuk ke dapur nak makan aku disuruh basuh pinggan yang berlambak-lambak kat singki .
Datang seorang penjaga terus tampar muka aku dengan kuat bila dia nampak aku tak pergi sekolah . Lepas tampar baru dia tanya aku kenapa tak sekolah , aku jawab yang aku demam , dia rasa dahi aku memang panas.
Itupun aku masih disalahkan kenapa tak cakap awal-awal . Aku tundukkan kepala diam tanpa sepatah kata .
Aku sambung balik cuci pinggan yang ada sambil air mata aku menitik -nitik , aku cuba tahan hati daripada bersedih tapi aku gagal , air sabun pun dah bercampur dengan air mata aku …aku menangis tapi aku menangis tanpa suara sampailah selesai kerja-kerja mencuci .
Perut aku yang mulanya lapar terus kenyang sebab dah dibagi makan penampar awal-awal pagi .
Aku lari ke depan pergi ke rumah seorang ibu yang baik . Walaupun hidupnya sekeluarga bagai kais pagi makan pagi kais petang makan petang tapi mereka sekeluarga tak pernah tolak kehadiran anak-anak yatim yang memohon perlindungan sementara atau meminta sedikit makanan sebagai alas perut .
Sungguh aku tak pernah tanya kenapa aku diperlakukan begini kepada Allah . Sebab itu bukan apa yang Allah nak cuma manusia waktu itu bersifat kejam . Allah tak suruh mereka memperlakukan anak yatim macam hamba tapi itulah yang mereka lakukan .
Tiap kali aku dianiaya aku cuma mohon semoga satu hari nanti Allah berikan aku hikmahnya .
Bila Allah temukan aku dengan dd , itu adalah hikmah yang terbaik pernah berlaku dalam hidup aku .
Sekian …
Alhamdullillah pengalaman benar-benar mendewasakan Kak Dila. Tapi jangan hidup dengan kisah silam… Itu yang akan membuatkan kita tak kemana-mana. Walau apa pun bersyukur kerana masih ada yang lebih teruk kehidupan mereka. Syukur tanda kita bahagia. Lupakan semua dan maafkan mereka dengan ikhlas. Insya Allah hati yang bersih akan dikasih.
By the way awat SS xdak dalam blog list? ahaks!
Alhamdulillah.. sekarang dah garang… ehh sekarang sudah bahagia kan.. biarkan yang lalu simpan kukuh dalam lipatan sejarah…
muhammad nizam recently posted…Gastrik Kronik Akhirnya Sembuh
Bangga sbb kak long berjaya mengharunginya. Stay strong!
Mama Kembar 3 recently posted…Kegilaan Semasa Mengandung
Allah tak akan memguji hambaNya melebihi kemampuan hamba tersebut.. Pasti ada sesuatu yang terbaik yang Allah dah rancang utk dila. Alhamdulillah.. kurangnya kasih sayang yg Dila terima dari kecik buat Dila lebih menghargai erti kasih sayang dan orang2 yang menyayangi Dila. You are a true fighter..