Hai gais ! entry ni santai-santai jer aku nak ulas pasal segelintir perangai rakyat malaysia di musim PKP ni. Tahulah boring terkurung tapi itu tak bermakna otak dan akal kena ikut bengap sekali. Yang tak buat seperti yang aku cakap nanti ni tak payahlah nak terasa sangat yer.
Isu yang aku nak ulas berkaitan dengan perangai segelintir rakyat Malaysia di media sosial.
Korang mesti ingat dan tahu pasal beberapa negara luar yang buat ulasan pasal cara KKM atau senang cerita negara kita Malaysia menangani isu covid19 ni kan.

Ada yang kata cara Malaysia handle covid19 adalah yang paling teruk, tanam jenazah tepi jalan, kurang bersedia dan macam-macam lagi hingga menimbulkan kemarahan seleuruh rakyat Malaysia.
Tak kurang juga ada negara yang tak segan-segan claim gambar barisan hadapan Malaysia sebagai negara mereka punya frontliner. Dan juga bila ada seorang individu rakyat negara apa tak tahu tapi ber’title’kan Imam menghina Permaisuri Agong kesayangan rakyat Malaysia.
Semua ini memang menimbulkan rasa marah rasa tak puasa hati rakyat Malaysia yang tengah banyak masa lapang.
Sebagai rakyat Malaysia, normal untuk aku pergi jugak ke page-page yang akan diserang netizen Malaysia. Aku nak baca sendiri apakah tindakan rakyat Malaysia bila ada pihak luar membuat kenyataan yang tak betul dan menghina negaranya.
Walaupun aku dah boleh tahu apa tapi aku harap aku salahlah kali ni.
Tapi sayang kebanyakkan komen yang aku baca semua hanya maki hamun dan sumpah seranah. Geleng kepala aku tengok dan baca. Nak screen shot nak tegur pun tak sampai hati sebab malu.
Satu jerlah aku nak tanya. Inikah sikap yang kita nak tunjuk pada mereka ?
Sedangkan kita telah dikenali sebagai satu bangsa yang kaya dengan adab sopan dan budi bahasa. Islam pun tak ajar kita supaya meleparkan kata-kata kesat kepada orang lain.
Hanya kerana mereka salah kita pun nak tunjuk perangai samseng kita pada mereka. Kita tanpa rasa bersalah menghalalkan perbuatan maki hamun sumpah seranah kita pada mereka hanya kerana mereka didapati bersalah dan layak dimaki kita.
Adakah korang rasa itu tindakan korang yang paling bijak ?
Bukankah lebih baik kita beramai-ramai datang dan bagi penjelasan yang betul pada mereka tentang situasi sebenar. Bukan datang berjemaah memaki hamun dan anggap perbuatan kita tu betul dan kononya kita buat demi mempertahankan maruah negara Malaysia.
Aku ada terbaca jugak yang rakyat negera mereka sendiri sudah tegur pemimpin dan menteri mereke tentang kenyataan yang salah mengenai Malaysia.
Tapi oleh kerana kita pun terikut-ikut dengan segelintir golongan yang suka memaki maki tanpa berfikir panjang, aku tak rasa mereka akan respect pada kita dan mungkin ia akan menimbulkan rasa jelek dan benci mereka pada Malaysia.
Jangan esok-esok kita dikenali sebagai bangsa yang tak boleh ditegur dan dilabel sebagai bangsa suka maki hamun sama seperti satu negara yang kita suka label mereka sebagai rakyat yang suka claim itu ini kepunyaan mereka.
Mana yang dah lepas tu lepaslah cuma aku harap selepas ni kita lebih beringat, lakukan segalanya dengan beradab.
Ingatlah yang kita ni umpama duta kecil pada negara kita Malaysia dan juga lambang umat Islam yang baik.
Kita sendiri tidak menujukkan teladan yang baik pada mereka tapi kita berharap mereka hormat pada kita , bangsa kita , negara kita dan agama kita ?
Walaupun kita anggap kita bukan sesiapa tapi sebenarnya kita semua ada peranan untuk menjadikan Malaysia dan agama Islam lebih dihormati.
Leave a Reply