Kalau sebut jer nama Chow Kit mesti teringat lagu Chow Kit Road nyanyian Allahyarhan Sudirman Haji Arsyad. Generasi kini juga sudah kurang terdedah dengan lagu-lagu Allahyarham yang lain selain dari lagu Merdeka dan Lagu Hari Raya yang dimainkan setiap tahun.

Sempena menjelang bulan Ramadhan Al Mubarak, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur telah bersedia menerima kunjungan para teramu yang ingin menikmati Buffet Ramadan di Sudirman Cafe pada harga yang sangat-sangat berbaloi di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Apa yang menariknya hiasan dalam Sudirman Cafe ni adalah milik peribadi arwah yang disumbangankan oleh ahli keluarga Allahyarham sendiri.

Banyak pencapaian Arwah dipamerkan dibahagian cafe ini sebagai tatapan pengunjung dan generasi masa kini yang ingin mengenali perjalanan hidup seni Arwah.

Agak-agak kenapa aku nak rekomen untuk korang ber’iftar disini ?

Untuk pengetahuan semua Buffet Ramadan di Koptown EDC Hotel hanya beroperasi melalui tempahan minima seramai 20 orang dan maxima 150 orang sahaja. Maksudnya tiada walk in buffet.

Haaa bestkan ? Sebab dalam tu hanya kita dan orang-orang yang kita kenal sahaja. Tiada orang luar.

Jadi jika ada keluarga, syarikat atau group kecil-kecil plan yang nak iftar sama-sama tanpa orang lain, this is the right place gais.

Bayangkan jerlah korang boleh hang out dengan kawan-kawan dekat situ dari pukul 6.00pm sampai pukul 10.00pm , kiranya dari belum buka puasa sampailah kena halau haa.

Makanan pun sedap-sedap. Antara lauk yang aku teringat-ingat rasa sedapnya mestilah Asam Pedas Daging Tetel , Masak Lemak Daging Salai dan Kari Kepala Ikan. 2 pinggan nasi aku habiskan.

Tu tak termasuk kuih muih dan lain-lain lagi.

Tapi menu tu semua boleh bincang mengikut pihak pengurusan.

Pendek kata harga Rm55 untuk dewasa dan Rm35 untuk kanak-kanak tu sangat berbaloi. Tapi itulah takder geng pulak nak ajak geder-geder iftar lagi kat situ.

Sambil menunggu masuk waktu berbuka puasa korang juga akan dihidangkan dengan live band. Surau ditingkat 12 juga besar, bersih dan selesa sangat.

Lepas solat Maghrib , turun sambung makan atau minum kopi. Kemudian jalan-jalan di dalam kawasan hotel yang bagaikan galeri mini Kuala Lumpur. Banyak gambar-gambar lama yang menunjukkan suasana Kuala Lumpur pada waktu dahulu.

Aku sendiri puas bergambar sakan di semua sudut hotel hingga tak terasa masa berlalu.

Luaran Koptown EDC Hotel walaupun nampak kecil tapi sebenarnya mempunyai 3 block yang bersambung dan mempunyai 240 bilik.

Mana yang datang jauh tu boleh overnight kat situ pastu pi jenjalan dalam Kuala Lumpur waktu malam. Best sangat. Lagi-lagi jalan dengan kawan yang memang orang KL. Celah mana jalan KL pun dia tahu.

Aku sendiri malam tu lepas playing tourist sempat jalan-jalan dalam KL , jalan kat Bukit Bintang , jalan kat mana tah lagi aku tak pasti.

Happy sungguh rasanya, hilang kejap rasa rindu nak travel.

Jadi pada yang nak berbuka puasa dan menginap di Koptown EDC Hotel , boleh hubungi nombor dibawah.

Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut , 50350 Kuala Lumpur
Phone : 03-40519191 / 0129112569

Website : www.edckl.com.my

Akhir kata aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada semua pembac blog ini.

Categorized in: