Asalamualaikum semua. Tak berapa lama jer lagi kita nak menuju masuk ke bulan Ramadhan. Excited jangan ceritalah, yang penting kita semua dah sedia.

Selain dari membuat persiapan rohani dengan menjaga tutur kata dan kelakuan jangan lupa untuk mengganti puasa yang pernah ditinggalkan samada sengaja atau pun tidak.

Dalam pada itu tak kurang juga ada antara kita yang dah mula mencari-cari lokasi berbuka puasa untuk tahun ini.

Yerlah’kan mana tahu mungkin ada yang dah berniat nak belanja kawan , keluarga atau staff berbuka puasa diluar ker. So inilah masanya untuk korang pilih tempat yang sesuai.

SPECIAL #THROWBACK RAMADHAN 2019 HOTEL SRI PETALING

So pada Jumaat yang lepas aku berpeluang ke food testing Buffet Ramadhan di Hotel Sri Petaling. Jujurnya aku sendiri baru tahu akan kewujudan hotel ni. Maafkan aku yer korang.

Bagi aku kedudukan hotel ini sangat strategik kerana dekat tempat2 menarik dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai urusan di sekitar Bukit Jalil , Seri Kembangan atau yang sedaerah dengannya.

kurma bam sedap dan berkualiti

Recomended sangat untuk korang berbuka puasa kat sini dengan keluarga dan kawan2. Sambutan ramah mesra dari staff dari pintu masuk sampai ke meja makan.

dah macam gerai minuman

LEBIH 80 JUADAH BERBUKA PUASA

Membawa konsep “The Hawker Stall” korang boleh nikmati 80 jenis juadah berbuka puasa yang sangat nostalgia dari segi masakan tradisional Melayu dan akan ada juga masakan dari negara Timur Tengah dan negara Asia yang lain.

sate daging ni lembut dan sedap

Bagi aku , boleh dikatakan hampir kesemua makanan yang dihidangkan pun sedap.

serunding ni aku ratah jer sebab sedap , kalau ada jual aku beli dah
stall mee kari & mee rebus

Antara makanan yang aku ambil dan suka untuk repeat ialah Nasi Arab Kambing , Kambing Bakar , Nasi putih dengan pelbagai jenis lauk seperti Gulai Ikan Patin Tempoyak , Asam Pedas Tetel , Masak Lemak Siput, Gulai Telur Itik ( ni sumpah sedappp ) , Rendang Ayam Minang dan Sate yang nampak biasa tapi sedap yakmat ( aduihh craving balik rasa sate kat situ ).

ini pinggan apa yang aku ambik dan makan sampai habis
ulam dan sambal
set nasi arab jangan lupa cuba
kambing golek

Sup Gear Box kat situ juga antara hidangan yang aku rekomen sangat sebab sup dia ada rasa rempah. Rasa sihat dan segar lepas makan semangkuk.

gear box
sup gear box berempah ni baik untuk orang yang tak ada selera makan

Dan section kegemaran aku sudah tentu bahagian dessert. Memang tak mengecewakan sebab kat situ ada Pulut panggang yang pulutnya lembut intinya pula berasa. Kuih seri muka nampak yang hanya menggunakan jus dari daun pandan yang sebenar tanpa pewarna tambahan, seketul tak cukup weihh.

section pilihan
kuih muih tradisi , pulut panggang tu paling win
antara timur dan barat

Kek Tiramisu tu melekat kat tekak betul rasa dia , terus segar rasa biji mata ( i likeee ok ).

Apam balik Cheese dengan Apam Balik Coklat tu aku repeat 2 kali.Jangan Kata kanak-kanak orang dewasa pun akan suka juga. Bertambah klasik bila ada section aiskrim goyang

gerai paberet apam balik mini
sedapppp yakmattt
eskem zaman kanak2

KEMUDAHAN PARKIR KERETA DAN SURAU

Aku juga suka lokasi hotel ni sebab dekat dengan stesen LRT, nak parking pun senang.

Pada yang memang bercadang nak berbuka kat sini korang jangan risau pasal kat mana nak solat sebab pihak Hotel Sri Petaling ada sediakan kemudahan surau yang luas dan bersih.

Tabiat aku kalau berbuka kat luar , makan kurma dan minum air kemudian terus pergi solat dulu , Lepas solat baru senang hati nak makan sepuas-puasnya. Balik rumah buatlah solat terawikh sendiri paling-paling pun 8 rakaat campur witir 3 rakaat. Insyallah mesti boleh punya.

jemput datang berbuka disini

Harganya pulak korang boleh rujuk kat bawah ni, serius sangat2 ok. Nak jimat beli time early bird.

HARGA EARLY BIRD SERENDAH RM60 SEORANG SEBELUM 30 APRIL & DISKAUN 20% UNTUK WARGA EMAS

Nahh tajuk sikit punya besar aku tulis pada yang nak tahu berapa harganya. Mana yang merancang nak bawak keluarga eloklah beli cepat-cepat harga promo early bird ni sebelum 30 April 2019.

Sesekali bawa mak ayah ke makcik pakcik berbuka kat luar apa salahnya. Boleh dapat diskaun sampai 20% ok.

Bukan harga early bird jer yang best korang kena grab tapi tapi pada korang yang betul-betul nak dapatkan harga paling istimewa ialah sila datang pada minggu pertama Ramadhan daripada 8 hingga 12 Mei 2019 dan korang hanya perlu bayar Rm50 seorang sahaja untuk berbuka puasa di Hotel Sri Petalling.

Harga Earlyt Bird : Rm60nett sebelum 30 April 2019.

Harga Normal : Adult : Rm79nett / Child ( 5-12 tahun) : Rm39nett

Potongan 20% untuk warga emas

UNTUK TEMPAHAN DAN MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI

Phone : 603-9058 2323

Website : Hotel Sri petaling

Facebook : Hotel Sri Petaling

Instagram : @hotelsripetalingkl

Waze : Hotel Sri Petaling

Alamat : 30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

jommm

Categorized in: