Asalamualaikum dan hai korang!
Aku harap , korang yang follow blog aku ni akan bertabahlah sebab minggu ni aku akan kerap updet pasal Buffet Ramadhan disana sini. Aku bukannya apa, aku cuma nak korang bijak buat pilihan untuk pilih Buffet Ramadhan yang best dan berbaloi dengan bajet korang terutamanya Buffet Ramadhan di sekitar Shah Alam.
Bukan setakat bajet jer kena ambik kira tapi RASA tu paling penting. Aku seorang yang suka mencuba pelbagai jenis makanan, tak kiralah samada rasanya pelik atau pun tidak. Asalkan ianya di masak dengan baik dan HALAL, tekak aku bersedia.
RAIKAN KEPELBAGAIAN HIDANGAN RAKYAT MALAYSIA
Bagi aku, tak semestinya makanan yang kita cuba buat kali pertama kita kena suka dan takkan wujud istilah menu kalau tiada yang menggemarinya. Apa yang kita suka tak semestinya orang lain suka dan apa yang kita tak suka tak semestinya orang lain juga tak suka.
Faham kan ? Contohnya kerabu bunga betik , mestilah kena ada rasa pahit-pahitnya , barulah betul itu kerabu bunga betik. Takkan kerabu bunga betik ko nak dia rasa macam bunga rosell ? tak mungkinlah’kan .
Dan lagi satu, dah namapun rendang ayam, maka tak mungkinlah rendang ayam akan berubah jadi rendang ayam crispy. Hahahaha…..
Itulah dipanggil pilihan dan pelbagai pilihan itu pula ada pada Buffet Ramadhan yang dinamakan Juadah Malaysia To The World di The View Cafe dalam Hotel Best Western i-City Shah Alam.
KALAU DAH LAPAR NAK MAKAN KAT MANA ?
Inilah yang menariknya, tahu tak apa yang aku terbayang bila aku dapat tahu Buffet Ramadhan yang aku kunjungi hari tu terletak di tengah-tengah i-City Shah Alam ?
Pertama mestilah aku terbayangkan lampu-lampu LED disitu. Dan keduanya memang sangat bijak dan sangat memudahkan pengunjung di i-City untuk berbuka puasa secara buffet di situ.
Mungkin sesekali, waktu hujung minggu ker korang boleh luangkan masa bawak keluarga berjalan ke sekitar i-City. Masuk waktu berbuka puasa , boleh korang jamah sedikit makanan dulu untuk berbuka. Selesai makan boleh sambung jalan-jalan lagi di i-City , tapi janglah kerap sangat berjalan sampai skip solat sunat tarawikh .
For sure i-city memang best sebab banyak attraction, aku yang dah tua ni pun teruja kot tengok lampu-lampu dan kiosk-kiosk permainan yang ada disitu.So, nasihat aku ialah jangan jadikan bulan Ramadhan sebagai alasan untuk tidak beriadah dan membawa anak-anak keluar bermain.
Sekarang kita masuk ke bab juadah pula, difahamkan pada hari itu hanya 60% sahaja hidangan yang dipersembahkan oleh Chef Arie C Peng, lagi 40% akan dikeluarkan dan dihidangkan semasa BUFFET RAMADHAN bermula pada 17 Mei hingga 16 Jun 2018 .
LOKASI, PARKING & SURAU
Untuk sampai tepat ke lokasi, korang hanya perlu waze “BEST WESTERN i-CITY” .
Sampai sahaja korang kat sana, korang parking kat mana-mana tempat yang boleh parking tak kiralah samada korang nak parking dekat dengan taman tema atau parking di bangunan BEST WESTERN terus .
Sampai sana naik terus ke tingkat 5, dan korang akan terpukau dengan pemandangan luar yang disinari cahaya lampu yang cantik dengan angin sepoi-sepoi basa.

nak duduk berbuka puasa kat bahagian luar cafe pun boleh

bahagian dalam The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam

selesa….
Parking rate pun tak mahal kat situ. So far aku parking dari pukul 7 hingga pukul 10.00 malam cuma kena bayar Rm6 sahaja.
Dan the most important thing setiap tempat yang ada buat Buffet Ramadhan, WAJIB ADA SURAU ! tanpa Surau berhampiran dengan tempat Buffet Ramadhan , aku pangkah tempat tu . **prektis nak pilihanraya ….tu yang nak pangkah memangkah jer…ekekekeke
Surau yang disediakan bagi aku sangat selesa dan mampu menampung jumlah yang agak ramai juga pada satu-satu masa.
Habis solat Maghrib aku on sambung makan sampai diorang ajak aku balik. (walhal aku belum bersedia nak balik)

bersama blogger KBBA9, YB Shehan , Zarin , Aisya Ismail , Firdaus dan Sohoque
13 STALL PELBAGAI KONSEP DAN JUADAH
Selain kaunter untuk lauk pauk, ada juga kaunter-kaunter lain seperti kaunter buah-buahan, kaunter dessert , kaunter air sejuk dan panas, kaunter bubur, kaunter roti dan kaunter untuk manisan ringan.
Best Western View Cafe – Juadah To The world Buffet 2018 juga telah menyediakan 13 stall pelbagai juadah dan makanan untuk dinikmati sepanjang bulan Ramadhan nanti. Untuk memudahkan korang sedikit, aku senaraikan menu-menu yang akan ada di stall seperti :
Stall 1 – ada Roasted Whole Lamb, Nasi Beriyani/Nasi Tomato/Nasi Minyak, Acar
Stall 2 – bahagian Grill Station pulak ada Ikan Bakar, Kambing Bakar, Daging Bakar, Sotong, Ketam ,Udang dan Sate
Stall 3 – cuba juga Noodle Station dimana kat sini akan ada pelbagai jenis mee seperti Mee Sarawak,Mee Udang, Mee Rebus,Laksa Johor,Mee Belacan ( ini menu rare ) dan lain termasuk Kue Tiaw
Stall 4 – untuk Pasta Station yang ni korang cubalah Spahetti Carbonara dan Aglio Olio, memang osem sangat weihhh rasa dia..**salah aku sebab minta dia masak’kan sikit jerrr

recomended sangat kat korang untuk cuba
Stall 5 – kat sini pulak ada Roti Canai dan Murtabak
Stall 6 – yang ni aku suka sebab kat sini ada Chicken Rice dan Duck Rice
Stall 7 – serbu sini kalau korang nak cuba Malacca Satay Celop yang pemes dan Yong Tau Foo
Stall 8 – mamak style seperti Char Kue Tiaw / Mee Mamak
Stall 9 – segala goreng-goreng sperti Cucur Udang,Keropok ekor, Keledek Goreng, Cendawan, Keladi dan Pisang Goreng
Stall 10 – wajib ada atas meja setiap kali nak buka puasa iaitu Roti John Berinti
Dan lagi 3 stall tu biarlah rahsia.**ehehehehe

pandai-pandailah kau nak campur , namapun air batu campur
MENU PALING AKU SUKA
So far pada hari itu aku dah jumpa beberapa hidangan yang aku sangat suka. Antaranya, Sambal Udang Petai, Kerabu Pucuk Paku, Daging Masak hitam , Ikan Tenggiri Masak Asam dan Tumis Batang Keladi.

lauk paling cepat langsaidan sedap pulak tu…sambal udang petai, sapa lambat bye bye
Kerabu pucuk paku pun ada, tapi kalau nak rasa sedapnya Kerabu Pucuk Paku, korang kena ambik ikan masin bulu ayam dan juga sambal belacan. Lepas tu bila kau gabungkan semuanya dalam satu suapan, barulah ko akan rasa nikmatnya juadah melayu masuk yang masuk ke dalam tekak. **ciss aku pulak yang terliur balikkk

orang indon kata …bikin ngilerr
And then, kalau ada yang dah craving sangat masakan raya, lemang dan rendang pun ada disediakan.

bahagian salad

bahagian makanan kampung
SEDAPNYA DAPAT MENIKMATI SEGALA DESSERT YANG ADA
Macamana sekalipun banyaknya pilihan, bahagian dessert adalah bahagian yang aku paling suka sekali. Selain disebabkan presentation setiap kuih sangat comel dengan portion yang sesuai sekali ngap, rasa tu yang paling penting . Antara kuih muih melayu yang ada pada hari tu ialah Bingka Ubi, bukan senang nak dapat rasa Bingka Ubi yang sedap, dan-dan terus teringat cerita Kampung Boy.

tu diaaaa kuih bingka ubi yang sedap dan lembut yang memang kena dengan selera melayu
Sebabnya kalau tak kena gaya atau tak pandai masak, bingka ubi boleh jadi keras. Tapi hari tu aku rasa bingka ubi tu telah buat aku balik ke zaman aku kecik-kecik dulu. Zaman nenek buat kuih bingka ubi guna dapur kayu. Cukup puas hati sangat sampai lupa ambik gambar.

nak makan kuih lapis kena tarik selepis demi selapis barulah best
Yang Kek Durian ni lagi heaven, bisa terpejam mata dibuatnya. Dengan hanya sekali suap maka merebaklah dan bertebaranlah rasa durian yang mewah di dalam mulut. (haihhh sedapnya kalau teringat balik)

kek ni memang sedap oii…melimpah rasa durian dalam mulut

comeiiii betul

for sure teringat kek mak-mak yang kita buat

dessert berwarna warni

popcorn pun ada …memang buffet mesra kanak-kanak
HARGA BUFFET RAMADHAN THE VIEW CAFE, BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM arga Buffet Ramadhan The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam
Dewasa : Rm109nett
Warga Emas & KAnak-kanak : Rm59nett
Early Birds ( 1 April- 25 April ) : Rm89nett
BELI 9 SEAT DAPAT FREE 1 SEAT
Wow !! bulat terus biji mata aku beli baca bab FREE tu. Cara bagaimana nak dapat free seat tu ? Haaa caranya mudah jer, korang suh boss korang beli 9 seat Buffet Ramadhan dan automatik boss korang akan dapat lagi satu seat secara percuma ( itu contoh nak ambik hati boss ..)
Atau korang cari 9 orang kawan untuk beli Buffet Ramadhan (pada harga biasa) dan secara tak langsung bahagian korang bolehlah dapat FREE, haaa bijak tak aku bagi idea ? ehehehe
Untuk lebih maklumat, pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :
Phone : 03-5521 9000
Email : enquiry@bestwestern-icity.my
Facebook : Best Western i-City Shah Alam
Instagram : @bwicity

secawan white coffee sebagai penutup kepada segala juadah yang dinikmati
TERIMA KASIH !
Makkk oiii.. banyak nau pilihan utk ABC tu!
Vavavaa… Kek durian tuh! Tergugat lelemak perut. Oouchhh…
Serius lawa laaaa pemandangan dok kat luar cafe.
ala… sesat !! tgk makanan semua sedap2
Kek durian tu win..haaaaaaaa sudah sana nak pi sini pun nak pi jugakkkk…nak bodek asben pi menginap sini lg sekali la…bestnya she! juju suka hotel ni sbb pernah menginap dlu…ohsem!
eh kak long…sory ter typo nama lain plak hahaha…
gila bes gila bes gila besss. sini mmg x nyesal dtg
Banyak betul pilihan makanan, berbaloi pi ni.
Adoiii.. kecur air liur nengoknya…
Nyesal tak makan lemang aritu.. sampai sekarang teringin..
Lemang dan kek durian menggoda selera sis. Lokasi pun cantik.