Ahlan wasahlan marhaban , ahlan wasahlan ya Ramadhan.

InsyaAllah kurang lebih 12 hari lagi dari sekarang kita semua akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Jadi sempena tak boleh pergi mana-mana lagi , aku rasa antara aktiviti yang kita boleh buat ialah enjoy dengan Buffet Ramadhan di hotel-hotel dalam negeri masing-masing.

Antara Buffet Ramadhan yang aku sangat recomended ialah di Mardhiyyah Hotel & Suites , Shah Alam atau dulu lebih dikenali sebagai Grand Blue Wave Hotel.

TENTANG MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

Mardhiyyah Hotel and Suites, hotel antarabangsa patuh Syariah bertaraf 5 bitang. Nama jenama Mardhiyyah berasal dari bahasa Arab bermaksud Yang Diredhai. Ia dinamakan sendiri oleh pemilik hotel, Dato ‘Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd idris, Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.

Hotel ini terletak di tengah-tengah ibu kota Shah Alam, Selangor. Mardhiyyah Hotel and Suites hanya beberapa minit dari tempat-tempat pelancongan di bandar ini, pusat membeli-belah, taman-taman popular dan juga pejabat-pejabat kerajaan.

Hotel ini dahulunya digunakan sebagai Grand BlueWave Hotel Shah Alam dan pernah dinobatkan sebagal pemenang bagi Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) Kategori Platinum oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC). Anugerah platinum MFAR diiktiraf sebagai konsep hotel ‘mesra Muslim’ dengan peralatan dan kemudahan yang menggunakan syariah.

Sebagai ciri pelancongan yang mesra Muslim, ia mempunyai restoran HALAL yang telah disahkan oleh JAKIM.

Haa sekarang baru tahu kan. Walaupun hotel bertukar nama tapi rasa dan kualiti makanan yang disediakan tetap sedap dan yang terbaik.

Setakat ini aku belum pernah lepaskan peluang untuk berbuka di sana kecuali tahun lepas.

Jadinya tahun ini , Mardhiyyah Hotel & Suites menawarkan hidangan Buffet Ramadhan dengan tema Buffet Ramadan Antarabangsa.

Since kita tak boleh travel keluar negara mesti rindu kan nak makan hidangan seperti Sushi , Dim Sum ,

Sunggupun begitu hidangan dengan citarasa Malaysia tetap ada seperti kuih muih melayu

Pilihan aku semestinya section dessert terutamanya kuih muih Melayu. Bingka ubi dia sangat lembut dan berasa. Kole kacang , seri muka dan kuih lapis semuanya buat hati aku kembali ke zaman nenek aku buat kuih. Bingka ubi rasa ubinya , Kole Kacang rasa tahi minyaknya, Seri Muka rasa pandan dan lembut pulutnya , kuih lapis pun sedap dan tak keras atau rasa tepung semata.

Bagi aku, mana-mana tempat yang ada buat Buffet Ramadhan kalau dia jaga rasa kuih tradisi Melayu , memang semua makanan pun akan jadi sangat sempurna rasanya. Sebab aku tahu kuih Melayu sangat-sangat rumit, kalau yang itupun tak boleh nak jaga bahan, rasa dan teksturnya memang rasa makanan lain pun jadi ikut hancur sama.

Sekarang Mardhiyyah Hotel & Suites ada menawarkan Buffet Ramadan dengan harga yang sangat berpatutan. Selain dari pakej untuk berbuka puasa, pakej menginap dan sahur juga ada disediakan. Menarik bukan ?

Aku sendiri merancang nak merasa berbuka puasa kemudian menginap dan bersahur di hotel. Sesekali ubah tempat berbuka dan bersahur apalah salahnya.

Dibawah ini aku senaraikan apakah menu-menu istimewa yang ada di Buffet Ramadan Antrabangsa.

Buffet Ramadan Pilihan Antarabangsa 2021 di Mardhiyyah Hotel & Suites

Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS), mengalu-galukan waktu bulan suci dengan yang amat menarik dengan hidangan sajian tempatan dan gerai-gerai.

Tahun ini, Bufet Ramadan di Dewan Perdana, Mardhiyyah Hotel & Suites menampilkan tema, “Bufet Antarabangsa”. Bufet iftar ini menawarkan aneka pilihan masakan utama asas pilihan pilihan.

Antara masakan yang boleh digunakan untuk menikmati Nasi Putih, Nasi Briyani Kukus, Ayam Masak Merah, Ikan Goreng Sambal Lado, Daging Masak Briyani, Sotong Telur Asin Goreng, Tahu Kukus dengan Sos Tiram Bawang Putih, Pizza Ayam Bakar Teriyaki dan pelbagai lagi masakan untuk di cuba!

Ditambah lagi dengan masakan Pilihan Antarabangsa yang terdiri daripada Pelbagai Garden Salad, Tuna Salad, Grilled Chicken Salad, Tabbouleh Salad, Coleslaw, Pasta Salad Italian & Fresh Dressing.

Tetamu juga boleh memilih pilihan seperti Ulam-ulam dengan 5 jenis pembuka selera seperti Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan Raita, Jeruk Buah- Buahan, Pelbagai Keropok, Lemang & Nasi Impit dengan Kuah Kacang, Serunding Ayam , Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung Pisang dan Kacang Panjang & Som Tham.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati makanan dari barisan gerai-gerai memaparkan konsep berbeza ketika iftar nanti.

Antara gerai yang boleh di kunjungi di “Mesti Cuba” Smock Hickory Roasted Whole Lamb, Masakan Jepun, Masakan Cina, Mie Galore, Gerai Roti John, Gerai Aneka Goreng-Goreng, Gerai ABC, Gerai Penang, Gerai Minuman Panas & Gerai Minuman Sejuk.

Tarikan utama Bufet Ramadan kali ini di Gerai Smoke & Grill yang merupakan menu utama dan juga berpeluang mencuba masakan khas chef khas “Smoke Hickory Roasted Whole Lamb” bersama dengan Sayur Panggang, Sos Lada Hitam, Sos Rosemary, Sos Cendawan dan Sos Pudina .

Terdapat juga gerai yang menyediakan masakan panas aneka makanan dari pelbagai konsep seperti Mee Goreng Mamak, Japanese Sushi Maki & Tempura, pelbagai Dim sum, ABC, Waffle, Nyonya Curry Laksa, Bee Hoon Soup Utara dengan bumbu & Roti John.

Antara lain yang dinantikan semasa berbuka puasa seharian menahan lapar dan dahaga, tentulah pilihan minuman menjadi keutamaaan.

Minuman Panas dan Minuman Sejuk. Oleh itu, mesti cuba pelbagai jenis minuman seperti Teh Tarik Madu, Nescafe Tarik, Teh Ais Cincau, Teh O Ice Limau, Ice Bandung, Fruits Punch & Flavour Ice Water.

Selain dari hidangan buffet yang membangkitkan selera, pengunjung juga berpeluang mencuba pemanis mulut yang lazat. Chef Pastri kami menyediakan pelbagai jenis pemanis mulut antaranya Bubur cha-cha keledek, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Choco Moist Cake, aneka kuih tradisi melayu, Pelbagai Jelly, Agar-Agar & Pudding, Puding Roti, Sago Gula Melaka & Embun Madu Sejuk dengan Sagu Pearl.

Bufet Antarabangsa Ramadan di buka setiap hari dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam dari 13 April 2021 hingga 12 Mei 2021.

Harga potongan khas untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1 Ramadan (1 April 2021 insga 12 April 2021), berharga RM 89.00 untuk dewasa.

Khas untuk pengunjung, pembelian 10 Orang dengan Harga RM 990.00, layak mendapat 1 baucer penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.

MHS juga menyediakan set khas Bawa Pulang & Penghantaran dengan 3 jenis pilihan menu yang menarik untuk 2 orang. Terdiri dari pilihan menu Ala Kampung dengan harga RM 59.00, Briyani RM 69.00 & Smoke & Grill RM 79.00.

Syarikat korporat & organisasi yang ingin menghadiri Majlis iftar di dewan, pakej yang ditawarkan dari RM79.00 & RM 99.00 untuk minimum 100 orang dan pakej ini disertakan dengan Bufet dan juga 2 jenis gerai.

Pakej & Promosi Istimewa

Istimewa inklusif untuk Ramadan, MHS juga menawarkan Promosi Harga Bilik Istimewa bernilai RM 150.00 berserta Sahur untuk 2 Orang & tawaran diskaun 10% Bufet Ramadan dengan harga RM 330.00 berserta Sahur & Iftar untuk 2 Orang.

Terdapat juga Seminar Pakej Mesyuarat Ramadan Separuh Hari, Pakej Istimewa RM 90.00 minimum 20 Orang. Pakej termasuk Minuman Petang & Makanan Ringan, Makan Tengahari & Bufet iftar untuk Peserta Muslim.

Harga Mesyuarat Sepenuh hari, RM 100.00 untuk setiap orang dengan minimum 20 paket Orang termasuk Minuman Petang & Makanan Ringan, Makan Tengahari & Bufet untuk peserta Muslim.

Bagi menjadikan malam Ramadan penuh dengan keberkatan, pengunjung juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan pengunjung juga boleh menunaikan solat Maghrib dan solat Tarawih yang akan di ketuai oleh imam di Surau kami yang baru, Al-Latifah di aras 4.

Harga Buffet Ramadan Mardhiyaah Hotel & Suites

Isnin hingga Ahad : RM 99.00 bersih Dewasa
RM 79.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 59.00 bersih Kanak-kanak (4-11 Tahun)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum RM 125.00nett (1 Dewasa + 1 Kanak-kanak)

Early Bird Promotion

Beli 10 Orang RM 990.00nett Dapatkan 1 Baucer penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.
*Sah dari 1 Jun 2021 – 31 Ogos 2021

Untuk maklumat dan maklumat lebih lanjut, hubungi :

Jabatan Penjualan & Pemasaran : 03-5511 8811 (samb. 2801, 2804 atau 2806)
E-mel : sales@mardhiyyahhotel.com
WhatsApp : 019-273 6801 atau 019-275 7801
Website : www.mardhiyyahhotel.com
Instagram : Mardhiyyah Hotel
Facebook : https://www.facebook.com/mardhiyyahhotel

Categorized in: