Alhamdulillah , tahun 2020 ni Ramadhan kita bermula agak awal walaupun hakikatnya sama sahaja, setahun hanya sekali.
Aku pula macam biasalah, setiap tahun akan cuba buat Buffet Ramadhan Hunting untuk bagi pilihan kepada semua pembaca-pembaca blog www.saidila.com yang tersayang. Auchhh!
Walaupun ada orang kata Buffet Ramadhan ni satu pembaziran tapi bagi aku itu semua bergantung pada individu. Tak perlu Buffet Ramadhan kalau nak membazir. Pergi bazar Ramadhan pun dah cukup untuk lakukan pembaziran kalau semua makanan dibeli berlandaskan nafsu.

Oklah aku tak nak membebel banyak-banyak cuma aku teruja nak kongsi dengan korang pasal Buffet Ramadhan dari Noranom Catering yang diadakan di Dewan Agenda Suria Convention Centre @ Galeri Mufors , Subang Jaya.

Dekat jer dengan rumah aku, tapi oleh kerana tempat ni berada dalam kawasan lebuh raya maka aku kena gunakan laluan lain untuk sampai ke situ. Tapi nak balik senang jer , keluar highway terus sampai rumah.
Sebut nama Noranom Catering, dalam kampung aku memang famous tau gais. Sebab tu bila ada open day Buffet Ramadhan Noranom Catering ni aku teruja nak datang. Aku nak tahu dan rasa sendiri makanan dari dapur mereka yang katanya sedap dan menepati selera ramai.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Kenapa aku syorkan tempat ni sebab pertama adalah harganya sangat-sangat berbaloi setanding hidangan dan tempat yang disediakan.
Ruang makan juga luas , berhawa dingin dan selesa. Mana yang bawak anak2 pun tak perlu nak risau mereka berlari ke sana sini. Untuk yang nak bawa mak ayah yang ada pakai kerusi roda pun tak perlu risau sebab ada kemudahan lif.

Ruang solat disediakan juga cukup untuk menampung tetamu yang hadir. Bak kata Puan Mazni kalau tak solat jugak tak tahulah nak kata apa. Dan tempat parking pun banyak serta percuma.
Lepas solat tarawikh pulak tetamu boleh sambung makan sambil dihidangkan dengan persembahan comel oleh anak2 kecil . Adakalanya juga akan berlansung tazkirah dan juga zikir munajat. Barulah majlis berbuka bertambah rahmat dan berkat.
Jadi isunya disini ialah memang seronok sangat andai dapat datang berbuka puasa disini dengan keluarga atau rakan sekerja. Dapat pulak boss baik hati nak belanja semua pekerja makan Buffet Ramadhan masa bulan puasa nanti. Mesti perniagaan boss lagi berkat sebab perkerja-pekerja rasa seronok kerana diraikan.
MENU BERBUKA ISTIMEWA SETIAP HARI DAN HUJUNG MINGGU
Sekarang aku nak cerita pasal menu pulak. Konsep hidangan pulak katanya bertemakan dan bercirikan Melayu Selatan.
Maksudnya kat situ ada sentuhan masakan dari negeri Johor dan juga bangsa Jawa.
Ada 99 jenis gais sampai tak tahu nak pilih yang mana. Tapi aku pilih yang aku nampak menarik dan jarang jumpa.
Dan dari 99 jenis hidangan yang ada antara yang betul-betul menarik perhatian aku ialah Keli Masak Lemak Kencur. Bau dia sangat wangi dan manarik selera.

Jujurnya aku memang dah lama tak merasa dan masak Keli Lemak Kencur sejak arwah abah meninggal. Ini adalah makanan kesukaan arwah abah. Kalau nak masak keli lemak cili api wajib letak kencur. Dan arwah abah keturunan Jawa.
Sebab tu aku suka Buffet Ramadhan sebab biasanya kat situlah kita akan jumpa pelbagai hidangan yang kita sangat-sangat suka tapi dah lama tak merasa.
Now kita sambung cerita pasal menu. Untuk yang bawa anak-anak pun tak payah kalut nak bagi makan apa sebab selain mereka selera nak berlari sebab kawasan dewan sangat selamat hidangan untuk kanak-kanak pun banyak yang sesuai dengan selera mereka. Ada keropok ada bubur ada sosej, nugget dan macam-macm lagi. Tapi paling yang dicari mestilah aiskrim.





Seharian anak-anak berpuasa apa salahnya sesekali mak ayah bagi mereka reward bawa iftar ke sini.
ANEKA KUIH MUIH
Ini adalah antara pilihan kuih muih yang aku suka. Yang korang suka , kalau nak kenalah datang dan pilih sendiri.







SIARAN LANGSUNG MASAKAN PANAS



Kambing bakar dia tsumpahhhh sedap gilerr , bertambah sedap dan lazat sebab sos black pepper’nya juga sedap dan mengancam. Nak lagi sedap tambah lagi dengan sos thousand island. Halalalala terliur balik bila teringat.

Antara hidangan wajib setiap hari biasa semestinya nasi putih & beriani ayam. Manakala hidangan nasi beriani gam kambing pulak akan disediakan pada setiap hujung minggu.

Bukan itu sahaja yer, pada yang gemar makan nasi putih dan pelbagai pilihan lauk pauk nanti akan ada pelbagai jenis masakan yang korang boleh pilih mengikut citarasa masing-masing seperti ayam goreng rempah,ayam masak kicap,sup ayam,ayam rendang,ayam paprik,daging gulai kawah,daging salai masak lemak cili api,daging black paper,daging rendang,ikan goreng berlada,seafood masak lomak cili api,lala goreng oyster,sambal udang,sambal sotong,sotong goreng kunyit.


Untuk sayur-sayuran pula ada yang bergoreng, kerabu mangga, kerabu perut, kerabu taugeh, daun selom dan beraneka jenis ikan masin yang digoreng.

Selain lauk pauk sedia ada akan juga stall masakan panas seperti kambing grill, ikan bakar , kueteaw , mee goreng , kacang pool dan lain-lain.

Makanan yang sesuai untuk kanak-kanak pun ada pelbagai pilihan.
Nota : Menu lauk setiap hari akan berubah
SEMARAKKAN RASA RAMADHAN BERSAMA NORANOM, CATERING & EVENT
Buat julung kalinya, Noranom Catering Services akan mengadakan Buffet Ramadhan pada tahun 2020 ini dengan menawarkan hampir 99 pilihan menu juadah berbuka puasa dalam suasana yang mewah dan exclusive.

Lokasi : Dewan Agenda Suria Convention Centre (ASCC) @ Galeri Mufors, Subang Jaya.
Tarikh : 27 April 2020- 21 Mei 2020 (4 – 28 Ramadhan)
Masa : 6.30PM-9.30PM
PEMBELIAN AWAL (18 Februari – 26 April 2020)
Dewasa : RM53.00 / Kanak-kanak : RM29.00 (6-11 tahun)
HARGA BIASA : Dewasa RM63.00 / Kanak-kanak : RM39.00
HARGA ISTIMEWA : Rm510 (1xMeja = 10pax)
HARGA PROMOSI UNTUK 100 PELANGGAN TERAWAL : Dewasa Rm49.90
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi kami di talian Whatsapp :
https://bit.ly/325Oqc8 – Wani
https://bit.ly/2vLe3ms – Salwan
https://bit.ly/324jxF0 – Fatin
https://bit.ly/2SSGzdR – Nabila
Laman Sesawang : www.noranomeventcatering.com.my
Facebook Page : Noranom Catering Service
Instagram : @noranomcatering
Selamat mencuba dan semoga kita semua masih diberi peluang untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini.
Leave a Reply