Apa perasaan korang bila dapat DM jemputan dari selebriti ternama ? opkoslah rasa cam nak meloncat-loncat kan ? Haa itulah perasaan aku bila aku dapat DM dari Dr Jezamine Lim iaitu isteri kepada stand up comedian antarabangsa iaitu Harith Iskander ke food testing Buffet Ramadhan 2019 dekat The Joke Factory miliknya.

Segera aku berkongsi DM tersebut dengan kawan-kawan blogger yang lain, manalah tahu mereka pun dapat jemputan juga jadi bolehlah nanti pergi bersama.
Rupanya hanya aku yang bertuah. Fuhhh rasa amazing terus , sebab aku bukanlah instapemes macam orang lain. Ada terasa nak tanyalah jugak apa sebab agaknya aku dijemput yer.
Musykil gak nak tahu. Almaklumlah , ada orang kata aku ni “blogger kampung + jakun” apapun takder , IG masih ditakuk yang sama , FB pun biasa-biasa. Cuma aku boleh berbangga dengan aku punya blog dan channel youtube aku yang semakin positif meningkat naik walaupun perlahan-lahan.
#jombukapuasaTJF
Hehehe sorry terpanjang pulak intro aku. Bukan apa, aku excited maaa. Kalau korang kat tempat aku pun korang mungkin akan rasa benda yang sama.
Ok jujurnya aku bayangkan hidangan Buffet Ramdhan kat The Joke Factory mestilah kena hidangan yang western. Tempat pun bukan bishe2 yer bosskur , kat Publika Gallery kot, tak kan nak hidang masakan kampung ?

Rupanya memang yer, hidangan yang ada semua sangat-sangat Melayu, baik dari lauk pauk hinggalah ke bahagian kuih muih sebagai pencuci mulut.
Menurut Harith Iskander , hidangan Buffet Ramadhan 2019 di The Joke Factory menggunakan resepi turun temurun dari neneknya dan kini resepi itu telah dperturunkan kepada makciknya iaitu Kak Limah yang juga telah dilantik Harith Iskander sebagai ketua dapur yang bertanggungjawab menyediakan hidangan.

Tak sangka yer Harith Iskander yang aku nampak punya gaya yang modern tapi jiwa dia sangat “kampung boy”.
psst : sampai sekarang aku tak percaya yang aku dapat jumpa Harith Iskander live !

Ok ok kita stop cerita pasal Harith Iskander sekejap yer sebab aku nak bawa korang beralih pula pada menu yang akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan nanti di The Joke Factory.
Oh yer lupa nak bagitahu, kalau korang first time nak datang ke The Joke Factory sebaiknya korang waze terus “The Joke Factory” dan itu akan membawa korang betul-betul sampai depan The Joke Factory.

Bab parking korang tak payah risau, parking ada banyak cuma yang paling senang korang guna parking valet dan korang cuma perlu bayar Rm15 unlimited time.

Ruang makan pun luas dan korang boleh pilih sama ada nak makan kat dalam cafe atau kat luar cafe, yang penting selesa.

HOME-STYLE RAMADHAN BUFFET 2019
Boleh dikatakan semua hidangan ni adalah hidangan kegemaran Harith Iskander sendiri yang mana menu-menunya semua sangat menggamit nostalgia sewaktu beliau masih kecil di negeri kelahiran beliau di Johor.

Antaranya hidangan yang ada pada food testing hari itu ialah, Nasi Briyani Kambing , Kari Daging , Masak Lemak Nangka Muda , Pecal Pengantin Soto Ayam Tradisi , Sambal Goreng Kering Paru , Asam Pedas Ikan Tenggiri , Masak Lemak Pucuk Manis Labu dan macam-macam lagi ada InsyaAllah.
















Untuk bahagian yang aku paling suka iaitu bahagian kuih muih sebagai pencuci mulut memang win.
Aku cakap camni sebab buat pertama kalinya pergi Buffet Ramadhan aku jumpa kuih Kole Kacang yang dah bertahun tahun aku tak jamah. Kalau nak tahu tak semua orang boleh hasilkan kuih Kole Kacang yang sedap dan tak rasa tepung mentah.
Nak kacau kuih ni sampai tepung tu tanak bukan senang oiii. Tu belum cerita nak kena kacau santan nak buat taik minyaknya. Tak sangka di tahun 2019 ni aku dapat rasa kuih Kole Kacang yang aku rindu sebijik macam makcik aku pernah buat masa aku tinggal dengan dia kekecik dulu.





LOK-LOK STALL
Haa yang ni aku baru tahu namanya lok-lok , kalau trend sekarang ni kita panggil Odeng jer walhal Odeng tu ialah Fishcake.
Takpun kita panggil dia Yong Taufu , Ni lepas dah makan kenyang nasi tapi lepas beberapa jam tu lapar lagi bolehlah makan lok-lok pulak.
Sedap oiiiii, sambil duduk kat luar sambil merenung masa depan dengan semangkuk lok-lok atau sepinggan Chee Cheong Fun dengan pelbagai jenis pilihan sos.


Hidangan paling faveret semestinya sate.



HARGA BUFFET RAMADHAN
So amacam ? semua hidangan nampak sangat sedap dan menarik sangat kan. Harga pun bagi aku sangat berbaloi setanding dengan harga yang ditawarkan.
Selain dari tu juga jika korang dari pusat kebajikan dan ingin bekerjasama dengan The Joke Factory pun sangat dialu-alukan sebab akan ada disakuan istimewa. nak tahu lanjut boleh hubungi mereka sendiri.
Alamat :
Lot 26, Level G3, Publika Shopping Gallery,
Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur
Facebook :
https://www.facebook.com/thejokefactory.com.my/
Instagram :
https://www.instagram.com/jokeandlok/
Tarikh mula buffet : 6 May 2019 – 5 Jun 2019
Adult : Rm68
Kids : Rm40
Booking : 013-5231491

PERSEMBAHAN LIVE STAND-UP COMEDY DI THE JOKE FACTORY
Haa ok yang ni last sebagai bonus jika korang ke THE JOKE FACTORY jangan lepaskan peluang menonton live stand-up comedy. Tak bulan puasa pun , bulan selepas tu pun boleh pergi.
Kat situ ada persembahan lawak oleh dari pelbagai bangsa dan negara. Tinggal lagi ko paham tak faham dan sampai tak sampailah lawak yang diorang persembahkan pada korang.
Kebanyakkan mereka adalah pelawak yang baru nak up, so Harith Iskander berbesar hati bagi diorang peluang untuk bina konfiden buat persembahan open mic di teater The Joke Factory.
Kat bawah ni adalah sedikit rakaman live stand up comedian Melayu yang sedang buat persembahan. Ikutkan peraturan tak boleh rakam tanpa kebenaran. Tapi sebab aku comel, so Harith Iskander benarkan aku rakam cuma tak boleh bagi full persembahan.
Nama pelawak ni aku tak ingat tapi siyess kelakar, mungkin sikit hari lagi korang akan nampak budak ni kat pentas maharaja Lawak dan setanding dengan pelawak-pelawak Malaysia lain yang ada. Siapa tahu kan ?
Eh tu bukan makanan western semata mata tu. Banyak jugak makanan melayu yang dieorang buat. nak nak lagi yang dessert dan kuih muih tu.
Puashati giler makan sini. Semua food sedao seolah dimasak dengan penuh kasih sayang. Home cook gitu…
Ada rezeki nak pi ulang lagi
Jommmmmm
Nina Mirza recently posted…Sinopsis Drama VOICE NOTE TV3 | Fuuhhhh… Seram seyh!
meriahnya lauk pauk kat sini.Menarik dah tu harga dewasa RM 68.Boleh lahh pergi,kuah lauk tu semua menyelerakan betul
amboi seronoknya dapat special invitation dari harith iskandar. BBL pun minatjugak sejak dia jadi manusia paling kelakor dalam dunia ni. bulan puasa nanti boleh la BBL datang berbuka kat Joker Factory ni. menarik semua hidangan menu tu
budak bandung laici recently posted…BUFFET RAMADAN 2019 : “Jom Singgah @ Relish” Berbuka Di Fraser Residence Kuala Lumpur
Banyak betul pilihan kat sini compare dengan harga memang berpatutan betul. Bertuah awak dapat jemputan ke sini. Nanti bulan puasa i nak datang try la.
Harith Iskander pun dah masuk bidang F&B hehehe hebis lah tak leh cari makan kita tengok bufet Ramadan tu macma sedap jer belaka cuma kalau datang sini makan mesti kena tengok persembahan Harith baru gempak lain daripada bufet yang lain hehehehe…
Untungnya dapat jumpa harith iskander depan²! The funniest man in asia! Jelous ! Haha dahtu dapat pula jemputan? Hebat kak! Syabas! I am proid of you!
Fuh! Merecik sungguh dok tengok hidangan buffet rmadhan ni haa. Kecur! Paru sambal kering tu favorite sungguh tau! Lagi tambah sate bagai! Sedapnya.
Alhamdulillah tahniah kak dapat special invitation daripada Harith Iskandar dan isteri. Tengok lauk pauk yang dihidangkan nampak sedap dan menyelerakan. Yela selera kampung kan. Siapa je yang tak suka.
Wah.. Harith dah bukak main masak-masak la pulak.. makin lebar la bisnes dia.. sambil makan sambil dengar lawak ni sesuai sangat bagi orang yang suka makan sambil tengok tv ni.. lagi pulak live depan mata.. harga pun berpatutan jugak tu..
Pergh beetuah betul kak dila dijemput.. Heehe… Syokla thk retis depan mata.. Pergh makanna dia makanan melayu kau.. Semua sedap.. Terbaiklaa.. Dapat pulak tgk persembahan.. Enjoy hbis tengoknyaa
Sedapnya!! Pagi-pagi dah rasa lapar tengok semua makanan ini. And, I am a fan of Harith Iskandar too.
bertuahnya dapat jemputan dari artis…wow.. the joke factory pun dah ada buffet ramadhan.. harga pun affordabledan tengok menu pun not bad. maybe dpt jmp ramai artis yg berbuka puasa dekat sana. boleh lah liez nak g berbuka dekat sana dgn family
Wahhh bestnya dapat personal invitation dri artis tu sendiri. Rasa best lah nk pergi kan. Makanan yg ditawarkan pon nampak lazat betul ya. Harga pon berpatutan. Nanti nak bawa family datang ke sini. Mesti dorg suka
wah bestnya sambil makan ada live comedy. Menu yang disediakan pun enak belaka. Kalau dekat boleh lah masuk dalam list buka puasa, tapi jauh sangat dari rumah 🙁
ooo the joke factory ni harith iskander punya ye. seronoklah dapat invitation dari orang paling kelakar kat malaysia ni sampai blur gambar hahhaha. menu kampung tu yang best tu, pelbagai. harga buffet ramadhan pun oklah berpatutan.
Wah bestnya dpt meet harith iskandar. Makanan yang dihidangkn pun sedapnya. Terkeliur rasa. Boleh try soon no sbb harga pun terbaik
wahh dapat jemputan dari Harith Iskandar dan wife.. syoknya dia.. dapat berbuka puasa buffet ramadhan bersama harith n wife.. menu pun nampak sedap tu.. terliur tengok tauu
Uishhh banyaknya makanan fav i. Terliuq tengok ni…sedapnyaaaaa
Mama Kembar Tiga recently posted…Mudahnya Booking Hotel Online
suka dengan karektor harith yang sangat humble dan sempoi..tak sangka dia ada bisnes yang melibatkan makanan juga..ni kalau masa ramadhan ni bolehlah try cub amakan kat sini..tgk jensi makanan yg ditawarkan not bad juga
[…] THE JOKE FACTORY, KUALA LUMPUR […]
[…] THE JOKE FACTORY – https://saidila.com/buffet-ramadhan-2019-the-joke-factory-by-harith-iskander/ […]
Bestnya dapat invitation special mcm ni.. Dapat pulak nikmati makanan2 yg tgk gambar aje dah buat air liur meleleh. Boleh la nanti bwk anak2 ke sini nanti.. Sesekali bawa battalion ke tempat menarik mcm ni kan