Asalamualaikum , alhamdulillah semakin lama semakin dekat kita dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. Dah hujung-hujung masa ni tugas aku untuk review buffet Ramadhan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pun dah tinggal beberapa lokasi sahaja lagi. Harap korang stay tuned dengan updet-updet Buffet Ramadhan 2019 terkini di blog aku.

Kali ni aku nak review satu buffet Ramadhan yang dekat dengan kawasan rumah aku iaitu di kawasan Puchong.

APA MAKSUD LUGAR DE LA BODA ?

Nama tempat ni spesel sikit sebab tak macam nama tempat lain. Memula nak sebut pun susah walhal senang jer bila dah sebut banyak kali.

Haaa lain dari yang lain kan namanya, rupanya bila aku google nama Lugar De La Boda ni adalah bahasa Spanish iaitu negara Sepanyol. Maksud Lugar De La Boda pula ialah Place of The Wedding.

Lugar De la Boda adalah kepunyaan syarikat Hanana Group yang memang terkenal dengan pakej wedding space termasuklah juga Ambassador Putajaya. Kiranya ini adalah tempat orang nak buat majlis perkhawinan, tapi dalam masa yang sama juga boleh dijadikan event-event space seperti majlis keramaian yang lain dan juga dijadikan tempat untuk berbuka puasa juga.

nebesnya rasa bila dapat selfie dengan CEO Hanana Group

LUAS DAN SELESA

Korang yang datang dari luar jika bercadang nak berbuka puasa kat sini juga tak perlu risau pasal ruang letak kereta sebab pihak Hanana Group telah menyediakan kawasan parking yang cukup luas dan selamat untuk semua pelanggan dan pengunjung di Lugar De La Boda.

Surau yang bersih, luas dan selesa juga ada disediakan.

Ruang makan di sini juga sangat selesa dan mesra kanak2.

MENU KENDURI , LAUK PAUK MELAYU DAN STREET FOOD

Sekarang jom kita tengok apakah menu-menu yang bakal dihidangkan setiap hari disepanjang Buffet Ramadhan berlangsung dikedua tempat baik di Lugar De La Boda Puchong dan Ambassador Putrajaya.

Andai korang rindu nak makan nasi dan lauk pauk kenduri, kat situ pun ada jugak. Aku paling onzz dengan acar buah dia, sebab sedap dan pedas.

gulai kawah daging ni sedap oiii makan dengan nasi briyani
acar buah mantop
ayam goreng berempah
kupang goreng pedas

Macam-macam jenis kerabu ada.

kerbu kacang botor
kerabu perut

Menu yang disediakan juga pelbagai dan menepati selera. Bukan hanya ada lauk pauk sedia masak tapi terdapat stall panas dibahagian tepi ruang makan seperti stall goreng-goreng, stall kambing bakar, stall dimsum , stall tepanyaki dan lain-lain lagi.

geng teman makan semua muka dah comel2
cekodok goreng panas-panas dan popiah otak2 yang sedap
gerai mee
dim sum pun ada
gerai air

DESSERT SECTION

Kuih muih tradisional jugak tak kurang sedapnya , sampaikan dekat nak balik yang sepatutnya aku balik, tapi boleh pulak aku patah balik pergi ke tempat kuih dan ngapp seketul demi seketul. Ingat senang ker nak dapat rasa kuih melayu yang sedap.

So yeahhh i dont care nak patah balik untuk makan. Ehehehehe

kek bertingkek tingkek
bubur gandum ni buat kita flashback zaman kita kecik2 dulu

Paling laris stall Char Kue Teow Goreng, aku rasa itu paling mabeles sampai ada sorang mamat kat meja aku tambah dekat 4 kali. Tapi serius memang sedap.

char kue teow tersedap

Kambing perap lemon walaupun nampak macam menu baru tapi serius sedap yakmat.

SENARAI HARGA BUFFET RAMADHAN 2019 by HANANA GROUP

Sekarang tengah ada harga promosi, harga ni lagi rendah dari special price dan aku sarankan untuk korang buat booking secepatnya sebab harga ni very limited time diorang open iaitu sehingga 3 May 2019.

Terlepas promo ni korang kena beli harga normal.

Ada beberapa follower aku juga bagitahu yang diorang sendiri dah mula buat tempahan di Lugar De La Boda untuk berbuka puasa.

Untuk pegetahuan korang juga selain Buffet Ramadhan di Lugar De La Boda Puchong , Hanana Group juga menyediakan Buffet Ramadhan yang sama di Ambassaddor Putarjaya. So Korang boleh pilih antara 2 tempat yang mana lebih dekat dengan korang.

Website: https://www.hananagroup.com/

Facebook: https://www.facebook.com/lugardelaboda/

Instagram: https://www.instagram.com/lugardelaboda/

Early Bird Price – promosi sehingga 8 Mei 2019
Dewasa: RM59
Kanak-kanak: RM30

Normal Price – bermula 9 Mei sehingga 31 Mei 2019
Dewasa: RM68
Kanak-kanak: RM38

Special Price – per table
1 Meja ( 10 Pax ) RM580

Untuk Tempahan Dan Petanyaan Lanjut Sila Hubungi:
016-3111074 – ZURAINI
016-4318434 – LIANA
016-6700752 – HANIS
016-6700457 – FARAH
016-6700473 – SHAIDATUL
016-6700471 – SARAH

Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor

Alamat HQ:
Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik,
Persint 15, 62050 Putrajaya

Categorized in: