Dalam diam tak diam tinggal sebulan lebih sikit jer lagi sebelum kita semua masuk ke bulan Ramadhan al Mubarak. Makanya tugasan food testing di setiap restoran dan hotel yang menjemput aku akan aku cuba penuhi dan aku akan zahirkan semuanya melalui penulisan.

Lokasi food testing buffet Ramadhan aku kali ni dah tentulah di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Terdapat 2 tempat buffet yang disediakan sebagai pilhan kepada pengunjung. Tempat pertama berada di tingkat 4 Atrium sehinggalah ke kolam renang dan tempat kedua ialah di lobi Restoran Zende.

TEMPAH HARGA EARLY BIRD BUFFET RAMADHAN SEBELUM 15 APRIL

Sebelum kita tinjau menu yang ada, kita tengok harganya dulu. Sebaiknya buatlah pembelian tempahan awal. Tahun ini Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga ada menawarkan baucar pembelian awal Buffet Ramadhan pada harga promosi.

Harga Promosi Sebelum 15 April 2019
Rm90 untuk dewasa
Rm45 untuk kanak-kanak ( 5-12 tahun )

Harga Normal Selepas 15 April 2019
Rm120 untuk dewasa
Rm60 Untuk kanak-kanak ( 5 -12 tahun )

PERTANYAAN DAN TEMPAHAN

Phone : 03-4042 5555

Website : www.seripacifichotel.com

Facebook : Seri Pacific Hotel Kula Lumpur

Instagram : @seripacfichotelkl

Bagi pemilik syarikat yang nak anjurkan majlis berbuka puasa Seri Pacific Hotel juga ada tawaran harga yang menarik.

LOKASI MUDAH AKSES DAN SURAU UNTUK PENGUNJUNG

Seri Pacific Hotel Kula Lumpur antara lokasi paling senang nak akses menggunakan public transport seperti LRT. Macam aku yang berada di Puchong akan naik LRT dari Putra Heights dan terus turun ke stesen PWTC. Turun stesen PWTC tak sampai 5 minit berjalan dah sampai ke SPHKL.

Masa buka puasa nanti korang tak perlu kelam kabut ambik makanan. Macam biasa kalau nak makan tenang-tenang , aku akan buka puasa sekadarnya macam minum air dengan kurma dulu then pergi solat Maghrib sebab waktu Maghrib sangat singkat.Lepas dah solat hati pun senang pastu bolehlah santai-santai menikmati makanan yang ada.

Surau yang disediakan pun besar dan selesa.

So, tunggu apa lagi ? jom semak sebahagian menu food testing yang telah disediakan dan yang aku cuba pada hari itu.

SAJIAN TRADISI ZAMAN KE ZAMAN

Seperti tahun-tahun sudah Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur akan mengadakan sajian Buffet Ramadhan mengikut citarasa masyarakat di Malaysia. Semestinya hidangan menu tradisonal masih dikekalkan. Paling menarik buffet Ramadhan kali ini membawa tema “Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman” dari 14 negeri-negeri yang ada diMalaysia ( termasuk Wilayah Persekutuan).

pinggan aku
sambal kicap , sambal mangga, sambal budu , sambal tempoyak
rojak buah

Tidak sekadar sajian tradisi Melayu yang dihidangkan tetapi turut ada menu masakan kaum cina dan kaum india. bagi meraikan kepelbagaian menu ala barat dan ala jepun juga termasuk dalam senarai hidangan semasa Buffet Ramadhan nanti yang bermula pada 1 Ramadhan.

sushi ala jepun tapi filling dengan local food seperti serunding , sambal ikan bilis dan rendang memang rare

MANISAN PENCUCI MULUT TRADISI DAN BARAT

Macam biasa section kegemaran yang aku akan terjah dulu ialah section dessert. Tak ada yang tak menarik untuk dicuba dari kuih muih tradisi Melayu hinggalah ke pencuci mulut moden.

Boleh nak dikatakan kesemua desert yang ada berjaya memikat mata dan rasa.

LAUK PAUK DARI 14 NEGERI

Untuk pembuka selera ada Hinava Ginapan dari Sarawak, Kerabu Kaki Ayam Kg. Kerinchi dari Wilayah, Umai Ikan merah dari Sabah, Kerabu Kacang Botor dengan Ikan dari Terengganu dan Talang Masin Cili Bawang Pangkor dari Perak.

semestinya aku pilih ulam2 sebab ada petai

Hidangan panas pula Ayam Panggang Percik Kuah Putih dari Kelantan, Udang Rendang Daun Kunyit dari Perak, Telor Itik Masak Lemak Rembau dari N.Sembilan, Asam Pedasa Ikan Pari Merlimau dari Melaka, Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh dari Pahang, Nangka Masak Lemak Gelang Patah dari Johor, Ayam Pongteh Padang Kota dari Pulau Pinang , Terong Goreng Belacan Kuala dari Perlis dan Nasi Kuning KK dari Sabah.

masak lemak telur itik tu memang sedapppp , ayam percik kuah putih dia lembut dan creamy
terung belacan dan asam pedas ikan pari dia pun sedap

STALL MENU JALANAN TERKENAL

Bagi korang yang gemarkan menu panas yang dimasak dan dihidangkan secara live depan mata, korang mesti akan suka dengan stall-stall yang diletakkan di sekitar kawasan kolam renang.

next time lepak kat pool jer
oppa mee rebus

Di situ para Chef bertugas akan menyediakan masakan panas popular seperti , Fried Kuew Teow Teluk Anson , Mee Rebus Mamak Mydeen , Laksa Assam Seberang Perai, Sup Gear Box & Sup Ekor Bakar Jalan Putra, Sushi with local filling , Kambing Bakar Abang Burn , Chennai Banana Leaf Uncle Chandra, Shell In Pantai Remis dan lain-lain.

inilah Chef2 yang bertugas masak kue teow goreng yang sedap yakmatt tu
sepinggan kue teow goreng kongsi bertiga
oh my kambing abang burn

Jujur nak habaq yang Sup Gear Box Power kat sini memang powerrrr! aku hirup sesudu pun aku terus cakap wow power weihh sup dia. Kalau korang berhajat nak makan gear box diorang memang ada sediakan mangkuk besar dan straw untuk sedut sum2 dalam tulang. Yang daging tu pepandai2lah kau kokak sendiri yer. Hari tu aku pun tumpang makan semangkuk dengan Umminani, kiranya kongsi-kongsi makan.

adik2 manis ni yang jaga stall sup gear box power
kalau tak ngiler aku tak tahulah…
berselera sungguh blogger Umminani menyedut sup gear box

Tak ketinggalan gerai pelbagai minuman termasuklah ABC Kg. Ulu yang terkenal di negeri Melaka sebagai penghilang dahaga.

“bro zizi ..air lemon ko sedaplah…” kalau nak tahu, hari tu aku ulang minum air tu jer
mementanglah condiments tu banyak jenis , maka ikut suka hati jer nak letak apa

SELAMAT BERBUKA PUASA DARI KAMI SEMUA

Seberapa banyak makanan yang ada dihidangkan tolong jangan ambik ikut nafsu. Jangan tamak supaya tak membazir. Ambik sedikit-sedikit dahulu , kalau tak cukup baru tambah lagi.

Ok faham yer semua ? kalau ok dan faham itu bagus.

Kalau ada sumur diladang boleh hamba menumpang mandi , kalau hotel anda buat food testing Ramadhan, jangan lupa jemput kami. #ehh

blogger food testing yang sebenar ialah Nina Mirza, alaa yang kecik dan pakai baju merah depan sekali , yang kat belakang tu semua gambar sekadar hiasan. ekekekeke

Categorized in: