Hai korang , dah sedia ke untuk lokasi Buffet Ramadhan 2019 yang seterusnya ? Kalau dah, lets scroll the blog bebeh.

Lokasi kali ni hanya ada aku, Inspektor Mama , Tati Mansur dan juga Nina Mirza. Happy nau semu dapat enjoy food review sama-sama.

muka orang kuat makan memang spesen eh ?

Ok ini berita baik bagi perantau yang berada di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, bila tiba bulan Ramadhan mesti korang rindu dengan masakan kampung halaman sendiri kan? Mungkin masa tu korang tak sempat nak balik kampung dengan keluarga tapi craving dengan menu-menu dari kampung halaman masing-masing.

Nah! Inilah masanya untuk korang nikmati puas-puas hidangan kampung halaman dari 13 negeri yang ada di Malaysia. Cakap jer korang asal dari mana, Pahang? Perak? Kelantan? Johor? Selangor? Terengganu? Negeri Sembilan? Sabah? Just name it.

Semua menu warisan dari negeri masing-masing akan dihidangkan
di Makan-Makan Coffee House Hotel Royal Kuala Lumpur sempenah Buffet Ramadhan 2019.

Ada pelbagai jenis Gulai Tempoyak , hidangan Kerutuk , aneka Percik , Masak Lemak Cili Api hingga ke Hinava atau Umai pun ada juga turut disajikan.

KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA

Mesti korang nak tahu, senang ker nak pergi situ buka puasa? sebab hotel ni kat tengah bandar yang sibuk, so mesti susah nak akses kan?

Haa mulanya aku pun pikir gitu, tapi bila dah pergi, alahaiii senang jer rupanya. Walaupun aku first time datang ke Hotel Royal Kuala Lumpur tempat ni sangat senang nak di’akses menggunakan public atau private transport.

Macam aku yang datang dari Puchong, naik LRT dan turun ke stesen Hang Tuah kemudian aku ambik monorel dan turun di Bukit Bintang. Turun dari monorel Bukit Bintang terus menuju ke Lot 10 dan Hotel Royal Kuala Lumpur betul-betul berada di tepi kanan Lot 10 dan belakang sikit jer dari Lot 10 tak sampai 2 minit berjalan pun.

Dan pada yang menggunakan transport sendiri pula korang jangan risau bab parking.Daripada korang park merata tepi jalan sebaiknya gunakan perkhidmata parking valet Hotel Royal Kuala Lumpur, dan korang hanya akan dicaj Rm15 sahaja untuk sekali masuk tanpa had masa.

SURAU YANG SELESA DITINGKAT 3

Puasa tak bermakna kalau tak solat, sebaiknya selepas berbuka puasa dengan tamar dan air, korang boleh terus naik ketingkat 3 hotel dan menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu. Kemudian korang boleh nikmati hidangan dengan hati yang tenang. Cara ni aku buat bila aku kena berbuka puasa kat luar sahaja, tapi kalau kat rumah memang aku gagal lakukan. Tak tahulah kenapa. Huhuhuhu

RUANG MAKAN-MAKAN YANG BESAR DAN SELESA

So apa lagi? aku rasa itu antara benda penting aku kena bagitahu kat korang supaya ianya tak menjadi penghalang niat korang untuk berbuka puasa diluar sekali sekala.

Oh yer , ruang makan kat sini juga sangat luas dan selesa. Boleh menampung kira-kira 180 hingga 250 pax pada satu-satu masa. Aku sendiri tak sabar nak bawak keluarga aku berbuka puasa kat sini sebab senang nak akses dan harganya pun boleh dikatakan berbaloi dengan juadah dan rasa.

Hari yang aku dijemput datang ni sebenarnya eksklusif untuk photoshoot dan food tester menu utama sahaja. InsyaAllah menu yang sebenar akan didahkan dalam sedikit masa lagi dengan lebih banyak pilihan dan lebih menarik lagi. Yang penting setiap hari akan ada hidangan warisan dari setiap 13 negeri di Malaysia disediakan oleh Chef Sudin Bin Ahmad.

PROMOSI & TAWARAN MENARIK EARLY BIRD

Wahh tak sabar yer korang nak tahu harganya? Ok lemme tell you yer. Bukan setakata harga jer murah tapi ada promosi menarik bagi yang grab awal promosi early bird Rm50 yang bermula dari 18 Mac – 22 April 2019.

Lambat grab korang kenalah bayar harga normal iaitu Rm78nett untuk dewasa dan Rm38nett untuk kanak2 dan juga warga emas.

Tapi korang masih boleh memilih untuk membeli baucar Ramadhan yang bernilai Rm60nett per person dan korang juga akan dapat diskaun tiket Hop On Hop Off sebanyak 10% jika korang membeli baucar Ramadhan.

Sepanjang Ramadhan juga akan ada persembahan Live Band dari Ani Mayuni dan Kelly Azman.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan individu atau berkumpulan sila hubungi :

Hotline : 603-2148 6888 / 012-202 4694 ( Qistina )

Website : Hotel Royal Kuala Lumpur

Facebook : Hotel Royal Kuala Lumpur

Instagram : @hotelroyalkl

E-Mail : info@hotelroyalkl.com

Alamat : Hotel Royal Kuala Lumpur , Jalan Walter Grenier, 55100 Kuala Lumpur,

Waze : Hotel Royal Kuala Lumpur

Jom tengok menu apakah yang disediakan oleh Chef Sudin untuk kami pada hari itu.

terima kasih Chef atas kesemua hidangan sedap yang disajikan
gulai patin tempoyak dari negeri pahang ni paling first selesai
kuah lemaknya pekat
ayam percik ni pun win kat kuah percik dia
acar timun makan begitu sahaja pun sedap
kerutuk itik dari negeri Terengganu ni pun sedap, daging itiknya lembut dan tak berbau
ini Hinava ataupun Umai adalah makanan tradisi orang Sabah
ni pun antara menu rebutan
kerabu pucuk paku
gulai pisang
pemenang utama malam tu Rendang Tok dari negeri Perak , licin habis makan dengan lemak , ketupat palas dan pulut kuning yang sangat-sangat lembut
ini aku dan sebaris manisan
aneka pemanis mulut termasuk jeruk buah

Amacam? best kan? tapi ni baru sikit jer, orang kata mukadimah gitu, tunggu real time Buffet Ramadhan bermula 7 May – 3 Jun 2019, memang bersusun segala jenis makanan mewakili setiap negeri yang ada di Malaysia.

So, selain korang kena datang disebabkan rindu masakan kampung halaman sendiri, ini juga adalah peluang untuk kita merasa dan menikmati hidangan dari negeri-negeri yang lain. Mungkin ada diantaranya korang sendiri tak pernah cuba.

So, selamat mencuba!

Categorized in: