Asalamualaikum and hai korang semua, bertemu kembali dalam rancangan “Hari Ni Kita Nak Buka Puasa Kat Mana ?”
Lokasi buffet Ramadhan aku kali ni terletak di tengah bandaraya Shah Alam iaitu Grand Blue Wave Hotel. Apakah juadah serta tema yang bakal disediakan disini ? Jom tinjau.

Konsep Malaysia Kini & Ala Kampung yang dibawakan boleh nampak pada juadah yang disediakan.
Selain berbuka dengan manisan seperti buah, kuih ataupun kek. Adakalanya aku berbuka puasa dulu dengan semangkuk kecil bubur lambuk. Oleh kerana namanya agak rare tu yang aku cuba sebagai pembuka selera.

Lepas berbuka puasa semangkuk bubur lambuk. Bolehlah selepas tu terus naik ke tingkat 1 untuk solat Maghrib sebelum sambung makan dengan lebih 100 juadah yang disediakan setiap hari. Wow meriah ! tapi harus diingat, jangan tamak dan janagn membazir makanan yer.



HIDANGAN VIRAL DI MEDIA SOSIAL MENJADI KONSEP PILIHAN
Konsep hidangan “Malaysia Kini” nampak lebih moden dan agak mengikut aliran semasa denagn juadah-juadah yang viral di media sosial seperti Char Kue Teow Cheese , Pisang Goreng Cheese , Chicken Wings Cheese dan Burger Cheese Meleleh , Roti John Setiawangsa dan lain-lain lagi.

Antara hidangan viral yang aku sempat cuba dan bagi aku juga ia memang sedap sebab kena dengan tekak dan selera aku. Jika berpeluang untuk repeat pastinya hidangan ini akan berada diatas meja aku.




CITA RASA NEGERI ALA KAMPUNG
Manakala konsep hidangan “Ala Kampung” lebih kepada lauk pauk seperti , kuih muih, Laksa Sarawak, Mee Udang, Ikan Bakar dan lain-lain lagi.
Jenis aku ambik makanan untuk rasa bukan makan sejenis makanan sampai kenyang. Contoh kat bawah ni, oleh kerana semua nampak sedap maka aku ambik sedikit itu dan sedikit ini.

Siap makan hidangan utama , dengar meja sebelah membawang katanya Asam Pedas Tetel’nya pun sedap. Sudahnya aku cuba jugak sebab takut menyesal kalau tak cuba. Lebih mabeles lagi bila aku ambik sambal tempe dengan jengkol atau orang jawa kata jering.




DESSERT PILIHAN WAJIB CUBA
Ni section kelemahan aku tapi section ni juga sentiasa memberikan aku senyuman dan kegembiraan. Dari sepotong terus jadi berpinggan-pinggan.
Bukan dessert moden sahaja yang aku kejar tapi kuih muih tradisi seperti bingka ubi , kuih lapis , sago gula melaka , lepat ubi pun punya rasa dan tekstur yang sempurna macam mak kita buat.
Kek di Grand Blue Wave Hotel juga antara kek yang menjadi pilihan tempahan orang ramai. Itupun sebab aku aku nampak sendiri beberapa pelanggan membungkus beberapa biji kek yang ada dari Restoran Royale Songket.

Beberapa rakan blogger juga akui yang adakalanya diorang juga membeli dan menempah kek untuk majlis istimewa dari Grand Blue Wave Hotel disebebkan rasanya yang sedap setanding kek dari resepi rahsia.


HARGA PROMOSI EARLY BIRD
Buffet “Warna Warni Ramadan 1440H” akan disediakan setiap hari pada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019.

Harga pula bermula daripada RM138.00+ setiap orang bagi dewasa dan RM 70.00+ setiap orang bagi kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM148.00+ bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak.
Potongan harga istimewa bagi tempahan awal dan pembayaran sebelum 1 Ramadan (6 Mei 2019), dengan harga RM95.00+ bagi 10 orang dan ke atas manakala RM100.00+ untuk 9 orang dan ke bawah.
HARGA ISTIMEWA BAGI TEMPAHAN BERBUKA PUASA DARI SYARIKAT KORPORAT DAN ORGANISASI
Untuk tempahan majlis berbuka di dewan bankuet, harga ditawarkan ialah bermula dari RM75.00+ dengan minimum 100 orang. Promosi ini khas untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan bankuet yang berada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami. Pada bulan mulia ini juga, GBWHSA akan
menjalankan projek amal bagi meraikan anak-anak yatim.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran Grand Blue Wave Hotel di talian :
Phone : 03-5511 8811 sambungan 2801, 2804 atau 2806
Atau e-mail ke : [email protected]
Website : Grand Blue Wave Hotel Shah Alam
Facebook : Grand Blue Wave Hotel Shah Alam
Instagram : @grandbluewave_shahalam

TENTANG GRAND BLUE WAVE HOTEL SHAH ALAM
Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA)
Ia juga merupakan hotel pertama yang mendapat penarafan tertinggi seperti itu di Malaysia dan rantau ini.
Pengurus Hotel : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Fuhhh char kuey teow ngan cheese, rare tu. Teringin plak nak rasa. Yg lain pun semua nampak sedap!
Mama Kembar Tiga recently posted…Pakej Bersalin di Shah Alam: Hospital UMRA Nampak Menarik Je Ni…
Hadoi…. Menu malaysia kini memang rare!
Rugi nya la hai tak dapat pi tu ari. Semua nya menyelerakan. Pasti Bluewave jadi tumpuan warga Shah Alam berbuka puasa nanti.
tengok menu dia terus lapar la kakk. duhh sedapnyaa