Mesti korang tertunggu-tunggu mana pulak lokasi Buffet Ramadhan 2019 aku yang seterusnya. Tapi sebelum tu aku nak minta maaf sebab kali ni lambat sikit aku tulis sebab banyak hal offline aku kena buat.

Ok , aku straight to the point tempat seterusnya ni boleh dikatakan kerap aku kunjungi bila ada masa terluang dan bila rasa nak makan kambing salai. Di Cafe Cerita Kambing daging kambingnya disalai dalam kebuk khas sehingga masak tapi hasil dagingnya tetap lembut, mudah dikunyah dan masih berjus.

Bukan hidangan kambing sahaja yang ada tapi aku difahamkan sebanyak 49 jenis menu akan disediakan sempena Buffet Ramadhan 2019 di Cafe Cerita Kambing , Anjung 7 Shah Alam dibelakang UNISEL.

Dan kali ni korang juga tak perlu risau pasal tempat duduk sebab ruang Cafe Cerita Kambing juga akan kerjasama Delisha Wedding House yang betul-betul berada disebelah Cafe Cerita kambing. Khemah tambahan dibahagian luar juga ada disediakan.

RASA KUIH MUIH TRADISI TAK PERNAH MENGECEWAKAN

Bila datang iftar kat sini korang jangan tak cuba kuih muih yang disediakan , sejak dari tahun pertama Buffet Ramadhan di CCK . Mereka hanya menempah kuih muih dengan orang yang sama.

Jujur aku memang puji akan konsisten rasa kuih muih yang dihidangkan dan belum ada pernah sekali rasa kuihnya mengecewakan aku dari segi rasa dan teksturnya.

Ada lagi kuih muih lain tapi aku tunjuk kat korang kuih yang aku suka sangat makan terutamanya Kuih Talam Suji.

Kuih Kemboja dan Kuih Koci Bersantan
kuih atas tu aku baru tahu namanya Talam Suji itupun lepas tanya tukang buat kuih tu sendiri dan kuih yang kat bawahnya pula kuih Seri Muka

NASI ARAB LAUK BRIYANI

Untuk hidangan utama pula akan ada pilihan seperti Nasi Arab , Nasi beriyani dengan lauk Kambing Masala , Ayam Masak Merah dan Acar Mentah sebagai pelengkap hidangan.

NASI PUTIH LAUK TRADISI MELAYU

Bagi yang gemar dengan hidangan lauk pauk Melayu, menu seperti Gulai Lemak Nenas Ikan Masin , Ayam Goreng untuk kanak2 , Ikan goreng , Ulam-ulaman dan lain2 lauk pauk yang sesuai dimakan dengan nasi putih juga ada disediakan.

*credit pic

LAKSA JOHOR PALING SEDAP DI SHAH ALAM

Kalau korang tanya aku Laksa Johor paling sedap aku pernah makan mesti aku akan jawab hanya Laksa Johor air tangan Kak Yan dari Cafe Cerita Kambing jer yang paling sedap aku pernah makan.

Laksa Johor ni biasanya aku akan makan selepas aku makan nasi. Kiranya macam penutup’lah. Dan tiap kali buffet Ramadhan kat CCK inilah hidangan yang aku tunggu sebab hidangan ni hanya akan dibuat semasa Buffet Ramadhan sahaja.

Selain dari hidangan sampingan seperti Laksa Johor , akan ada juga hidangan Soto Johor.

DAPATKAN DISKAUN 20% UNTUK SETIAP TEMPAHAN SEBELUM 3 MEI 2019

Berita baik bagi korang yang bercadang nak berbuka puasa disini, Aku syorkan korang buat tempahan early bird sebelum 3 Mei 2019. Dan jangan lupa call untuk booking seat sehari sebelum datang berbuka puasa disini supaya tempat duduk korang boleh disediakan awal oleh pihak CCK.

Delisha Wedding House by Cafe Cerita Kambing
Anjung 7, Jalan Zirkon B7/B Shah Alam
( Belakang UNISEL )

Kanak-kanak RM25 (7-12 tahun)
Dewasa RM49.90
Warga Emas RM39.90 (60 tahun)

Tempahan :
0192816308 (Pn Yan)
01131760227 (Chef Zack)
0107898798 (En Zamri)
01151680785 (Dato Zaini)
0355234614 (Office)

Categorized in: