Hai korang , mesti korang dah tak sabar-sabar nak tahu dimanakah lokasi buffet Ramadhan yang best bagi tahun 2019.
InsyaAllah satu persatu lokasi best Buffet Ramadhan untuk tahun 2019 ini aku akan kongsikan dengan korang semua. Jadi aku harap semua tenang-tenang yer sebab ini adalah Buffet Ramadhan yang pertama aku hadiri bagi tahun 2019.
Dimana ?
Buffet Ramadhan 2019 aku kali ni bermula di The View Cafe di Best Western i-City Shah Alam. Untuk pengetahuan korang ini adalah tahun kedua aku dijemput ke sini untuk menikmati juadah yang bakal dihidangkan sempena iftar bila tibanya bulan Ramadhan Al Mubarak.


ALADDIN and THE MALAYSIAN TREASURES SEBAGAI TEMA BUFFET RAMADHAN 2019
Aku suka Buffet Ramadhan kat sini sebab konsep kepelbagaian hidangan. selain dari menu tradisi pelbagai kaum di Malaysia, terdapat juga menu menu Western. Oleh kerana kali ni ada juga menu dari negara Timur Tengah maka wujudlah tema Aladdin and The Malaysia Treasures.
Berbuka puasa di Best Western i-City Shah Alam juga sangat selesa. Paling penting sebab senang nak dapat parking dan parking juga adalah percuma untuk semua pelanggan disini. Kemudahan surau di aras yang sama juga satu lagi tarikan kenapa ramai yang suka berbuka puasa disini. Terdapat ruang makan indoor dan juga outdoor. Bagi yang bawa anak-anak kecil juga tak perlu risau sebab kawasan di The View Cafe sangat mesra kanak-kanak yang aktif.
Tanpa membuang masa jom tinjau apakah menu-menu yang bakal dihidangkan dari hidangan buffet utama dan juga dari 13 gerai pelbagai konsep semasa berbuka puasa nanti.
Untuk pengetahuan korang Menu di buffet utama akan bertukar setiap hari yer.
HIDANGAN RAJA BUAH DURIAN DAN NANGKA SETIAP HARI


PROMOSI EARLY BIRD 13 MAC – 30 APRIL 2019
Macam biasa, The View Cafe @ Best Western i-City Shah Alam juga ada menawarkan pembelian awal Buffet Ramadhan bermula 13 Mac himgga 30 April 2019 yang cuma berharga Rm99 untuk seorang dewasa.
Dan ada lagi tawaran menarik iaitu untuk setiap bayaran 9 orang dewasa, korang boleh dapat 1 percuma. Maknanya korang hanya perlu ajak kawan-kawan korang beli Buffet Ramadhan kat sini dan korang sebagai orang ke sepuluh akan dapat makan percuma.
Harga tanpa promosi pula ialah Rm119 untuk dewasa dan harga untuk kanak-kanak dan warga emas pula Rm69.
Maklumat Lanjut & Tempahan Individu atau Berkumpulan Sila Hubungi :
Call Hotline: 03-55219000
Facebook:Best Western i-City Shah Alam
E-mail : enquiries@bestwestern-icity.my
Waze : Best Western i-City Shah Alam

MENU HIDANGAN THE VIEW CAFE BUFFET RAMADHAN 2019
Kat bawah ni adalah senarai hidangan yang akan disediakan sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya sedap, tapi antara menu yang aku dah rasa dan aku nak korang juga rasa seperti, Ayam Goreng Cili (menu baru yang bakal jadi favourite), Spaghetti Carbonara , Sotong Goreng Kunyit , Moggolian Beef (yang ni serius sedap sangat) , Bingka Ubi yang sentiasa menjadi favourite aku sejak pertama kali mencubanya.
Daily Menu
Bubur, Bubur Lambuk, Bubur Berempah
Sweet
2 type of sweet porridge
Assorted Dates (8 on display)

Bread Station
Selection of Homemade and Local Bread
Butter
Stall 1
Rojak Campur, Rojak Sotong

Stall 2
Cucur Udang, Keropok Lekor, Keledek Goreng, Cendawan Goreng, Assorted Cucur, buah Kurma, Keladi Goreng, Pisang Goreng
Dipping : Chili, Tomato, Thai Sauce, Condensed Milk
Stall 3 (Noodles Stall)
Laksa Sarawak/Laksa Penang/Laksa Johor/Belacan Noodles/Curry Mee/Kuey Tiaw Tomato/Mee Rebus (2 type on rotation daily)

Stall 4
Okonomiyaki,Teppanyaki
Stall 5
Roti Canai, Murtabak, Vegetable Dhall
Stall 6
Roti John Berinti , Shawarma
Stall 7
ABC with Condiments, Cendol with Condiments

Stall 8
Yong Tau Foo
Stall 9
Durian & Nangka
Stall 10
Pasta Station Spaghetti/Macaroni/Penne Bolognaise Carbonara Aglio Olio

Stall 11
Lala, Meat, Char Kuey Tiaw
Stall 12
Ikan Bakar (2 type) Lamb Shoulder Sliced Beef Sotong Otak2/Satar Ketam Udang Chicken and Beef Satay with Condiments Sauce Air Asam, Portuguese, Kicap Cili, BBQ, Peanut Sauce, Sambal

Stall 13
Arabic Marinating Roasted Whole Lamb Briyani Rice/ Arab Rice/ Nasi Minyak (1 type per day) Acar

Dessert
5 type of Malay Kuih Chilled Sago and Coconut Milk/Longan Almond Pudding/Lychee/Longan, 2 type of pudding/agar agar, Bread n butter pudding/Warm Chocolate Cake Ice Cream with Condiments (6 type tub/4 type stick or cup) 5 type of French Pastries, Assorted Mousse & Jelly, 4 type of cuts Fruits, 3 type of whole fruits Tapai, Dodol, Wajik – on availability, Baklava/Kunafa, Pop Corn, Chocolate Fountain,

Drinks Counter
Cold 10 type on daily rotation & Hot 4 type on daily rotation
ROTATION MENU-MONDAY
Kari Kepala Ikan, Rendang Daging, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Berempah, Ikan Tenggiri Masak Pindang Berbendir, Sayur Goreng Campur, Sotong Goreng Bercili, Udang Sambal Tumis Petai, Mutton Varueal, Keladi Tumis Cili, Sayur Campur & Cendawan Sos Tiram, Kentang Goreng Ikan Bilis, Ketam Bercili, Tahu Sambal, Ikan Goreng Berempah, Herb Baked Potato, Fish with Dill Creamy Sauce, Chicken Casserole, Stew Vegetables

ROTATION MENU- TUESDAY
Sotong Tumis Lada, Udang Tumis Serai, Ayam Ubi Kayu, Daging Goreng Halia, Daging Rusuk Masak Merah, Umbut Masak Lemak, Kambing Panggang Lada Hitam, Ikan Kukus, Sayur Asam, Ketam Goreng Berempah, Sotong Sambal Bawang, Ayam Penyek, Ikan Patin Masak Tempoyak, Kacang Panjang Goreng Belacan, Japanese Tofu with Salted Eggs, Udang Sambal Pedas, Baked Honey Pumpkin Roast Chicken with Au Jus, Lamb Shoulder with Mint, Creamy Sauce Gratin Vegetables

ROTATION MENU- WEDNESDAY
Teriyaki Honey Beef, Ayam Masak Rendang, Telur Masak Lemak Cili Api, Kambing Lada Hitam, Keli Masak Berlada, Daging Dendeng, Ayam Kapitan, Ikan Tenggiri Goreng Berempah, Udang Goreng Pegaga, Ketam Masak Nenas, Ikan Bilis Tempe Tahu Sambal, Kacang Panjang Goreng Belacan, Kambing Kuzi, Sotong Goreng Cili, Braised Tofu with Chicken, Meat Braised Roasted Carrot with Herbs, Grilled Dory with Tomato and Olive, Broccoli with Butter and Garlic Irish Lamb Stew

ROTATION MENU- THURSDAY
Udang Gulai, Ayam Percik Kelantan, Daging Rendang, Kambing Masak Kari, Ayam Masak Kicap, Perut Masak Berempah, Opor Ikan Tenggiri, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ketam Gulai Nenas, Sotong Sumbat, Kacang Buncis Lemak Putih, Ikan Pomfret Goreng Chili & Bawang, Pajeri Nenas, Udang Goreng Kunyit, Tahu Goreng Ikan bilis, Roast Chicken with Red Pepper Sauce, Potato Gratin Vegetable Panache Spanish Omelette
ROTATION MENU- FRIDAY
Udang Tumis Daun Kunyit, Ayam Palembang, Kambing Goreng Kicap Berempah, Daging Masak Merah, Batang Keladi Tumis Cili, Kambing Panggang Lada Hitam, Ikan Siakap Kukus, Terung Asam, Ketam Sambal, Sotong Goreng Bersayur, Ayam Ponteh, Ikan Keli Bercili, Sayur Santan Putih, Ikan Masak Sambal, Steamed Tofu with Minced Chicken, Peria Goreng berempah, Baked Potato with Herbs, Stir Fry Mixed Vegetables with Oyster Sauce, Beef Stroganoff, Fish Lemon Butter Sauce

ROTATION MENU- SATURDAY
Ayam Kukus Herbal, Daging Asam Pedas, Ikan Masak Lada Hitam, Sayur Rampai Cendawan, Kari Daging Berkentang, Daging Dendeng, Ayam Rendang, Ikan Masam Manis, Udang Goreng Berkrim, Ketam Masak Bercili, Ikan Bilis Tempe Tahu Sambal, Kacang Panjang Goreng Belacan, Kambing Goreng Berempah, Tahu goreng bercili, Sayur Petola Tumis Air, Baked Honey Chicken Wing, Vegetables Stew, Lamb in a Pot, Two Potato with Cheddar
ROTATION MENU- SUNDAY
Ikan Masak Asam Pedas, Rendang Daging Minang, Daging Salai Masak Lemak, Ayam Rendang, Ikan Lemak Merah, Sayur Lodeh, Sotong Goreng Berempah, Udang Assam, Kambing Masak Tomato, Kacang Panjang Goreng Sohoon, Pajeri Terung, Bamboo Clam with Chilli, Ketam Lemak Nenas, Ayam Bakar Sos Cili Pedas, Labu Lemak Udang Kering, Rosemary Potato, Steamed Fish Teochew Style, Mongolian Lamb, Stir Fry French bean with Streaky Beef




Terima kasih dan selamat mencuba.
Paling nina suka kat sini Ikan steam dia… Sedapnya berulang kita makan! HAhaa..
Nina Mirza recently posted…Dah tahu ke? Beli Happy Meal McDonalds dapat buku best Treetop Twins Adventures
Banyaknya pilihan! Makanan kat Best Western memang sedap, berbaloi.
Mama Kembar Tiga recently posted…Lebih Daripada Kelengkapan Haji dan Umrah, Macam Macam Ada di Galeri Muslim Senawang Ni Wehhh!
Durian tu memang lain dari yang lain. Jarang-jarang bufet ada durian.
Tema nampak sangat menarik sebab tema Aladdin kan?. Unik je tema ni. Makanan pun banyak untuk dipilih. Kalau harganya berpatutan boleh juga mencubanya. Bulan puasa makan pun kena berpada-pada sebab takut perut meragam. Nampak seleksi kat sini menyelerakan. Kalau nak pergi boleh la try masa hari minggu sebab jauh sikit dari rumah saya.
wow love the pics and the yummy food. until now we have not visit to this hotel, shall let my dear know of there’s buffet here to dine. I like to eat buffet as many choices of food and eat many times.
wow love the pics and the yummy food. until now we have not visit to this hotel, shall let my dear know of there’s buffet here to dine. I like to eat buffet as many choices of food and eat many rounds and kids love to eat too.
Sherry recently posted…Ibu Nakhoda Hidup 2019
masyallah..ada durian uols..amiklah makanlah puas2 spjg ramadan tu kan..berbaloi sgt haih..menu2 dia pun memang kena dengan tekak iols ni..
Wow the buffet look delicious. I have not been to the hotel yet. looks like a good choice to go with whole family for the buffet dinner soon. Nice one
Wow! Food on rotation – memang banyak la menunya kan. Bahagia la nak menjamu selera kat situ, berbekal view yang menawan kan. Buat yang suka durian, mula la mata tu bersinar ye. Haha.
banyaknya pilihan menu untuk berbuka. Kalau buffet yang saya paling suka semestinya dessert tu. Yummy sedapnya, terliur dah hahaha
ajumohit recently posted…Asmak Baby Care set penjagaan harian 5 dalam satu
sedap2nya makanan kat sini,,paling best sebab ada durian perghhh bulan puasa kalau dapat semua ni memang heaven…hotel ni agak dekat ngan rumah nanti bulan puasa bolehlah bawa famili datang bercuti ke sini
Cantiknya pemandangan waktu senja kat i-City ni memang menarik sambil makan buka puasa pastu tengok pemandangan yang indah membuka selera lagi lah. Maha dah lama tak pergi sana nanti buka puasa boleh lah makan kat sini hehehe sapa nak ikut wakakaka….
Durian tu… Banyak kita makan! Puas puas.. Hahaa.. Buh atas cendol. Vavaaa… Wallaaa!
Jom repeat
Banyak betul menu kat sini boleh rambang mata. Memang sesuai dengan harga Yang ditawarkan. Siap tema aladin lagi & kakitangan sana pun pakai baju ikut tema. Nak masukkan dalam list tempat berbuka nanti.
Meriahnya menu menu disana.
Ni orang kata kalau dah terhidang semua depan mata, kalau tak tahu nak makan apa, tak boleh kata apa la.
Semua menu sedap dan mengancam.
Siap ada raja buah lagi kat situ..
Kita ni jenis makan sikit, dah kenyang..
Mesti rugi tak dapat nak merasa semua kan. Hehe
Wahhh siap ada durian tu. Syiok oii berbuka gan durian..hehehe. banyak gak ya hidangan kat sana, ada rotation lagi. Bagus diorg buat mcm ni so boleh cuba mcm2 hidangan masa berbuka
Uish! Sedapnya menu bukak puasa dekat sini. Banyak betul pilihan. Iza tengok pun dah rambang mata dah. Ni kalau bulan puasa ni mau ambil semua menu sebab nak rasa.
Sekarang ni dah musim durian ke? Ya Allah suka nye bukak puasa nanti ada durian. Nangka tu pun tak pernah pernah lagi ada buffet ramadan lain buat
wah best nya dapat makan durian….time time ni la semua buffet keluar..lapar i tengok…nak pergi try la buffet ni semua makan nampak sedap.
i wanna go eat in this place again.. looks so nice… and the food are yummym too! nice nice nice
Buffet kat sini nampak mewah.. Mcm dalam hotel 5 bintang.. Hehhee.. Siap ada buah durian & nangka . Mesti bau semerbak harum je kan.. Best juga iftar kt sini
Uniknya tema.. Masya Allah, banyaknya pilihan makanan.. Terliur AM tgh malam2 nie.. Boleh la AM ajak boss buka puasa ramai2 kat sini nnti
Tempat cantik, makanan byk tukar2, suasana fefeeling Aladding tengok kambing golek. Seronok! Lagipun I-cIty kat bahagian Best Western ni tak risau pasal parking kan. Senang nak dapat~
[…] BEST WESTERN i-CITY, SHAH ALAM […]
so many yummy food to eat.. i also wanna go dine there.. i just watch aladdin movie.. this theme is suites the feel..
Wow thank you for the thorough and honest review. It was very helpful and informative. This is my first time reading your reviews and will continue to read more.
[…] 5. Best Western i-City , Shah Alam FB : https://www.facebook.com/bwicityBlog : https://saidila.com/buffet-ramadhan-2019-best-western-i-city-shah-alam-dengan-tema-aladdin-and-the-m… […]