Alhamdulillah sampai juga kita di penghujung entry Buffet Ramadhan 2019. Kiranya ini adalah entry penutup tirai bagi semua food review Buffet Ramadhan yang telah aku buat.

Ini adalah kali kedua aku datang makan di BBQ LAMB KL KEMENSAH. Tapi
apa istilah yang betul nak guna yer ? Makan dalam sungai ? makan atas air ? atau makan atas air dalam sungai ? hahahaha , entahlah sapa terer nanti komenlah betulkan yer. Yang penting masa makan tu kerusi dalam air kaki pun dalam air sungai mengalir. Nak basuh tangan pun tak payah susah pergi sinki tapi celup jer kat sungai tu haaa.

lajuuu lajuuu buai ku lajuu…aku nak khawan dengan anak raja…..

Air sungai air mutlak , jadi confirm sangat bersih dan suci. Jangan kata nak buat basuh tangan , nak buat mandi nak ambik wuduk pun boleh, cuma nak minum jer tak ada keberanian sangat.

Lepas ambik wuduk jamah sikit makanan untuk buka puasa pastu korang boleh solat kat surau yang disediakan.

Yang mana bawak anak2 kecik tu jangan lupa bawak baju spare, diorang mesti akan membasahkan diri sendiri dalam sungai tanpa disuruh.

MAKAN MALAM DALAM HUTAN ? TAK GELAP KER ?

Masa kali pertama aku datang waktu siang, tapi kali ni aku datang waktu malam sebab nak rasa pengalaman berbuka puasa dalam sungai. Memula terpikir jugak , tak gelap ker ? boleh nampak makanan ker nanti ?

Sekali dah sampaiii , haa kau terang gituuuu. kalau ada ikan berenang-renang dalam sungai tu pun boleh jer nampak .

Apa yang special makan kat sini selain sebab makan dalam sungai, makanan yang dihidangkan semuanya adalah di grill dan disalai, itu yang menjadikan semuanya lebih sedap dan lebih beraroma menaikkan selera.

Pilihan aku dah tentunya set yang ada daging itik. Seriusss weihhh memang daging itiknya sedap, lembut dan tak berbau.

Pastukan , biasanya ikan bakar ni aku pandang sebelah mata jer sebab dah biasa sangat makan ikan bakar. Tapi hari tu entah kenapa aku rasa ini antara ikan bakar tersedap aku pernah makan ?

Kerr sebab hanya itu jer yang ada ? ahahahaha

Tapi serius tau, aku ni kalau dibagi pilihan nak pilih set yang mana , semua set aku nak. Bukan sebab tamak tapi sebab aku nak menikmati hidangan yang ada sepuas-puasnya. Boleh ?

Nasi kuning ni pun sedap tau , lembut dan berasa. Tak cukup sepinggan rasanya.

salmon tu siyes sedapppp , aku suka
menisnya kurma ini
koktel ni sedap tapi aku tak boleh minum sebab ada epal, aku elergik dengan epal tapi dengan apple gigit sebelah aku ok…

HARGA HIDANGAN SET BBQ LAMB KL KEMENSAH

Hahaha, oklah jom tengok set apa yang ada kat sini. Sebaiknya sebelum datang korang buatlah tempahan dulu yer paling tidak 2 hari sebelum untuk diorang prepared portion. Kalau walk in tak jamin korang boleh dapat seat dalam sungai dan juga makanan yang korang nak.

In case korang rasa nak add on menu dari yang sedia ada pun boleh. Tak ada masalah. Tapi info awal-awal yer. Baru semuanya berjalan denggan lancar.

Setiap set cukup untuk 4 orang makan , tapi ada juga set single dan set couple. Set untuk vegetarian pun ada.

RAMADHAN OPERATION HOUR

Date : 6 May – 2 June 2019

River Dining
( For Non Muslim ) : 4pm – 6pm
Berbuka Puasa : 6pm – 10pm

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi http://wasap.my/60122114100

Lokasi
Google Maps :https://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p
Waze : bbq lamb kl kemensah

Facebook : BBQ LAMB KL KEMENSAH

Instagram : @bbqlambklkemensah

Alamat
Jalan Taman Zooview
Kuala Lumpur, Malaysia 68000

( belakang Zoo Negara )

Categorized in: