Apa perasaan korang kalau dapat berbuka puasa di ketinggian 282 meter dari aras bawah sambil menikmati penorama indah Kuala Lumpur dengan bermacam juadah yang menepati citarasa dan selera dari 6:30 petang hinggan 11 malam sambil berputar perlahan diiringi alunan muzik ghazal yang mengasyikkan. Haaa memang heaven kan ? sebab itulah apa yang aku rasa masa di jemput untuk ke food testing di Restaurant Atmosphere 360 , KL Tower.

REVOLVING RESTAURANT @ KL TOWER
Atmosphere 360 yang terletak di tingkat TH02 adalah sebuah restoran berputar yang moden dan elegan dan ianya teletak diatas menara tertinggi di Asia Tenggara iaitu di Menara Kula Lumpur.

Chef di restoran juga terdiri daripada pakar-pakar yang mahir di dalam bidang masakan dan pastinya mereka akan menghidangkan menu yang lazat. Setiap hidangan juga adalah rekaan khas Chef yang disediakan dengan penuh teliti bagi memenuhi citarasa para pelanggan.
Bagi yang tak tahu Restaurant Atmosphere 360 telah beroperasi sejak dari tahun 2011. Dalam tempoh itu juga telah lebih sejuta pelanggan datang ke Atmosphere 360 untuk menikmati juadah yang ada sehingga ke hari ini.

KEEP WARM FOOD
Perasaan aku masa menjejakkan kaki di lantai restoran Atmosphere 360 sangat dialu-alukan bila aku disapa “Selamat Datang” dengan mesra oleh staff yang bertugas.
Apa yang aku perhatikan, kebanyakkan dimana-mana buffet pihak restoran akan menyediakan bekas buffet yang besar untuk pengunjung. Tapi bila macam tu adakalanya makanan dah jadi sedikit bersepah dan mula menjadi sejuk.

Tapi kat sini tray buffet lauk pauk tak begitu kecil dan tak begitu besar. Yang bagusnya mereka sediakan staff yang cekap memantau lauk pauk untuk ditambah dengan kadar segera apabila lauk yang ada mula tinggal sedikit supaya pelanggan akan mendapat hidangan yang sentiasa nampak baru fresh dan masih panas.


JUADAH TRADISI MELAYU DAN ANTARABANGSA MENJADI TARIKAN
Menurut Chef Abdul Halim antara juadah yang bakal jadi killer dan juga menu signature Atmosphere360 adalah menu masakan tradisi melayu yang bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia sendiri tapi juga amat menarik minat dan selera pelancong asing yang datang untuk merasa dan menikmati masakan Melayu asli.
Antaranya menunya ialah, Asam Pedas Ekor lembu , Gulai Tempoyak Ikan Patin , Rendang Tok , Durian Pancake & Serawa Durian. Tak ketinggalan juga Sate.






Selain masakan Melayu, Restaurant Atmosphere 360 juga menghidangkan masakan dari negara Barat , Arab , Jepun, China dan India.












LIVE BBQ
Bagi korang yang suka makanan grill , kat sini memang special sikit sebab tak ada ready made grill. Korang pilih jer lauk pilihan yang dah diperap sesiap kemudian Chef yang bertugas akan grill makanan yang korang pilih tu depan mata korang sendiri. So korang akan dapat hidangan grill yang fresh dan sedap dimakan panas-panas gitu.
Tak percaya korang juga boleh baca kat blog Umminani , macamana terujanya dia dapat makan udang saiz XXL dengan perapan dan kombinasi sos yang sangat mencetus rasa nikmat didalam mulut.



MANISAN PILIHAN
Dan terakhir, section pecuci mulut dari buah, pelbagai kek modern dan juga kuih muih tradisi.






KAUNTER ZAKAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN
Haaa ini pun satu inisiatif dari pihak Atmosphere 360 mengenai zakat fitrah. Biasalah kita manusia , ada masanya kadang terlupa, cadang nak bayar hari ni tapi lupa sampai esok-esok. Pengunjung yang datang berbuka dan ingin membayar zakat fitrah boleh terus berbuat demikian
WAKTU OPERASI DILANJUTKAN
Ada lagi yer, belum habis. Ni nak kabo ke kome yang waktu operasi Restaurant Atmosphere 360 sepanjang bulan Ramadhan juga telah dilanjutkan.
Kalau dinner biasa akan ada waktu-waktunya tapi sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini Atmosphere 360 telah membenarkan pengunjung duduk makan di restaurant bermula pukul 6:30 petang sehingga 11:00 malam.
Wahhh ! ini macam barulah berbaloi dengan harga yang telah dibayar. Aku hari tu pun lepak dengan Umminani, Nina Mirza dan Miszdae pun sampai 10 malam. Mujur aku naik train, kalau drive sendiri mahu layan lepak situ sampai 11:00 malam agaknya.
DISKAUN SEHINGGA 50%
Bagi korang yang teringin sungguh nak rasa pengalaman makan di
Restaurant Atmosphere 360 @ Menara Kuala Lumpur dan menghayati keindahan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam sambil berputar di korang patut booking cepat-cepat sebab seat yang ditawarkan bersama diskaun 50% sangat-sangat limited.
Once diskaun 50% habis dibeli korang masih boleh grab harga diskaun yang ada seperti 40% dan 30%. Macam biasa kena grab cepat-cepat juga sebab seat untuk harga diskaun sangat-sangat terhad juga. habis kalu korang kena bayar harga normal.

Oh yer dan harga tawaran ni hanya untuk pemegang MyKad sahaja. Untuk warga asing, harga tetap Rm232nett. Buffet Ramadhan juga akan bermula pada 6 May – 4 June 2019.
Harga pakej Buffet Ramadhan juga telah termasuk untuk pergi ke observation deck. So lepas makan bolehlah turun ke observation deck atau bayar tambahan Rm50 untuk pergi ke Skydeck.
Sebarang pertanyaan dan tempahan juga korang boleh hubungi nombor-nombor dibawah :
https://www.wasap.my/60126604375 ( Shikin )
https://www.wasap.my/60126604370 ( Abdul Salam )
https://www.wasap.my/60126604371 ( Kim Cheah )
https://www.wasap.my/60126604374 ( Nazrin )
https://www.wasap.my/60126202052 ( Susan )
https://www.wasap.my/60126604373 ( Bob )


Website : www.atmosphere360.com.my
Insatgram : @atmosphere360
Facebook : @Atmosphere360
Ramadhan Kareem !
Teringin makan di sini.. Cuma tidak berkesempatan jer lg.. Hihihi
Best makan sambil menikmati pemandangan cantik.
Wahhhh, sambil jamu selera sambil tgk view dari atas gittew
Dura Norell recently posted…Koleksi Resepi | Mee Rebus Opah Yan
Bestnya, sambil makan sedap² sambil tengok permandangan indah!