Akhirnya dapat jugak aku follow kawan-kawan blogger ker Food Review Ramadhan 2017 di Hotel Seri Pacific , Kuala Lumpur .
Target aku ialah nak mencuba sendiri kelazatan hidangan yang eksklusif disitu . Macamana rasanya ? benarkah indah khabar dan rupa ? atau indah khabar dari rupa ?
Jom teruskan pembacaan sambil layan lagu Permata Cinta by Aiman Tino .
Adapun untuk pengetahuan korang , gigih jugak aku mengharung 25 stesen LRT yang bermula dari stesen Putra Heights hingga ke stesen PWTC . Tapi yang penting jalan sehala dan tak perlu tukar train sehingga ke destinasi . Memang lebih mudah untuk ke sana jika menaiki train .
Mengimbau Kenangan Berbuka Di Kampung Halaman
Mesti korang yang duduk kat KL tu rindu dengan masakan ala kampung kan ? rindu aroma masakan dan juadah mak dan nenek-nenek time buka puasa . **huwaaa aku pun rindu gakk…
Kali ni Buffet Ramadhan 2017 di Pacific Ballroom Hotel Seri Pacific membawa tema Halaman Haji Saad yang menyediakan lebih dari 23 gerai untuk pelbagai jenis juadah berbuka puasa .
Antara gerai signature dish yang akan menjadi pilihan utama berbuka puasa nanti ialah Nasi Briyani Rusa , Kambing Golek , Seafood Grill , Sup Gear Box , Ikan Patin Tempoyak , Kuetiau Goreng , Roti John , Ikan Keli Sambal Hijau , Gulai Telur Itik dan Kupang Tumis Belacan .

set nasi briyani rusa ….aduiii kenapalah sedap sangatttt

chef haji saad di halaman sedang memanggang kambing…..

gulai telur itik yang menggoda dengan santan yang pekat dan rasa yang tak berapa pedas sangat
Boleh dikatakan hampir kesemua juadah hari tu aku ambik untuk rasa , tapi apa yang aku lebih higlightkan kat sini ialah apa yang aku makan dan apa yang aku suka makan . Pilihan terlalu banyak oii….kejap-kejap bangun tawaf kat keliling stall pastu cedok sikit demi sedikit demi sedikit makanan yang ada dan jadilah banyak pinggan kat meja .

ikan keli sambal hijau ni aku ratah gitu jerrr

adudududududu kenapa mesti ada patin pahang masak tempoyak nih ? paling suka sebab ikan tak bau minyak tanah langsung …
Pencuci mulut pulak dah tentu kuih muih tradisional melayu seperti kuih cara , kuih ketayap , pelbagai kek dan muffin , juga all time favourite pencuci mulut iaitu Pulut Serawa Durian yang lazat dan tak cukup semangkuk .

kuih ketayap yang comel dan sedap sekali ngap !

comel jer cupcake pisang nih siap ada krim dan buah strawberi …

juadah penutup kuetiau goreng yang super sedap sampai 2 kali tambah dan air pilihan aku iaitu sirap limau dan air kurma ….yummmehhh

antara kuih muih yang aku ambil sebagai juadah permulaan

first time makan terus jatuh hati….pulut dan serawa durian

i love you pulut serawa durian…..
Menu Berlainan Setiap Minggu
Setiap minggu puasa akan ada kelainan menu , contohnya menu pada gerai 3 untuk minggu 1 dan minggu 2 . Pada minggu pertama akan ada Mee Rebus dan minggu kedua pula akan dihidangakan pula Asam Laksa .
Selain dari lauk pauk kampung pelbagai pilihan lain seperti makanan Jepun , makanan arab , makanan cina , western , menu masakan mamak juga ada disediakan .
So , jangan ragu-ragu untuk memilih berbuka puasa di Hotel Seri Pacific , Kuala Lumpur . Dijamin berbaloi dan berpuas hati .

keterujaan seketul blogger bernama Yanty Lee menyedok pulut serawa durian….ehehehe
Kemudahan Tempat Letak Kereta & Surau
Selain dari train , pengunjung yang bawak kereta boleh parking di kawasan hotel . Surau juga luas dan selesa terletak dibahagian kiri luar Pacific Ballroom .Untuk pengetahuan Hotel Seri Pacific juga menyediakan 2 tempat berbuka puasa di dua restoran yang berlainan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan .
Harga Buffet Ramadhan Pacific Ballroom & Zende Restaurant
Pacific Ballroom bermula 27 Mei hingga 22 Jun 2017
Dewasa : Rm98
Kanak-kanak : Rm49
Zende Restaurant bermula 29 Mei hingga 24 Jun 2017
Dewasa : Rm138
Kanak-kanak : Rm69
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi :
Phone : 03-40425555
Email : sales@seripacific.com
Rindu koewteow dia