“ramadhan tiba ramadhan tiba..” Mesti ramai yang dah tak sabar nak tunggu Ramadan datang kan ? Tahun ini selain dapat dapat buat solat Terawih berjemaah dekat masjid dan surau, InsyaAllah kita jugak dah boleh menikmati Buffet Ramadan 2022 di luar.

Rasa macam diberi nafas baru bila keluar SOP Ramadhan tahun ini. Maksudnya Ramadan tahun ini kita dah tak perlu berkurung lagi di kediaman masing-masing seperti 2 tahun yang lepas. Inilah masanya kita dapat berjumpa, berkumpul dan berbuka puasa bersama keluarga, saudara mara dan kawan-kawan di luar nanti.

Tapi teruja sekali macamana pun kita SOP mesti kena mau jaga yer gais. Kita jaga kita !

BUFFET RAMADAN 2022

Buffet Ramadan 2022 Di MZ Cafe

Since ada yang dah tanya aku “buffet Ramadan tahun ni kat mana yang best ?” . Jadi entry ni khas untuk yang bertanya. Yang tak tanya tu janganlah out dulu, korang pun boleh jer join sama baca.

Jadi Buffet Ramadan 2022 kali ni aku nak bawa korang semua berbuka puasa di MZ Cafe Garden Hall Bangi dan juga MZ D’Tasik Restaurant UNITEN.

Boleh katakan ini antara Buffet Ramadan 2022 paling awesome dekat dalam Selangor iaitu di MZ Cafe Garden Hall Bangi dan juga MZ D’Tasik Restaurant UNITEN .

Aku bukan nak cerita-cerita kosong tau, tapi sebab aku sendiri dah pergi dan rasa sendiri makanan yang ada, itu yang aku berani nak syorkan pada korang.

Sebagai peminat kuih muih melayu dan moden boleh kata tak ada kuih yang tak sedap melainkan sedap belaka. Mesti korang ingat aku propa jer kan. Tapi entahlah kenapa kali ni semua kuih yang aku makan semua kena dengan sekera dan tekak aku.

Sedap dari tekstur dan rasa. Sampai aku suruh orang yang semeja dengan aku cepat-cepat pergi ambik segala jenis kuih yang ada sebelum kehabisan sebab memang ianya sedap.

Kek-kek semua lembut dan tidak terlalu manis. Kuih muih tradisi pulak cukup sifat dan rasa. (aduihhh menyesal pulak sebut-sebut sebab aku dah craving balik nak makan segala jenis kuih muih yang ada hari itu)

Kuih Muih / Cake / Manisan / Buah

So jom kita post mortem sikit kenapa aku kata buka puasa kat sini dijamin best !

  • Ruang parking luas dan PERCUMA
  • Ada kemudahan surau
  • Dekorasi dewan yang cantik , luas dan tak sesak
  • Ada “live band”
  • Pelbagai pilihan makanan dari tradisi sehingga ke western
  • Pelbagai pilihan masakan asal melayu asli, pantai timur, utara, selatan dan juga street food
  • Kuih muih tradisi dan moden yang semuanya sedap
  • Harga buffet mampu milik dan berbaloi
  • Sesuai untuk iftar bersama keluarga dan rakan-rakan

Apa yang aku tunjuk ni hanyalah suku dari sebahagian makanan yang ada, nak letak semua kang tak cukup space pulak plus aku risau korang terjilat screen jer nanti. Ahahaha!

MZ GARDEN HALL
SURAU MZ CAFE BANGI

Waktu ni dah masuk azan Maghrib so staff akan umumkan waktu solat. Biasanya selepas berbuka sikit dengan kurma dan air aku akan terus pergi solat dulu then lepas tu barulah boleh makan apa yang ada dengan senang hati.

Pelbagai Pilihan Menu Citarasa 1 Malaysia

Korang yang berminat dah boleh mula buat tempahan awal dari sekarang hingga 3 April 2022. Selepas tu akan kira harga normal. Bos-bos yang dah lama tak belanja staff makan kat luar pun dah boleh suruh PA buat tempahan cepat.

InsyaAllah mesti staff makin sayang, makin rajin kerja dan makin bertambah rezeki masuk dekat company bos nanti.

RAMADHAN BUFFET MZ CAFE

Buffet Ramadan pula akan bermula pada 4 April sehingga 1 Mei 2022.

Harga Early Bird MZ Cafe X Garden Hall Bangi
Dewasa RM55
Kanak-Kanak / Warga Emas / OKU : RM35

Harga Early Bird D’Tasik Restaurant (UNITEN)
Dewasa RM65
Kanak-Kanak / Warga Emas / OKU : RM35

Untuk tempahan “early bird” hubungi : wasap.my/60163266464/nakbuffetcafeearlybird-fb

Call / Whatsapp : 016-3266464 / 017-9933057

Facebook : MZ Cafe Bangi I MZ Garden Hall I MZ D’Tasik

Instagram : MZ Cafe Bangi I MZ Garden Hall I MZ D’Tasik

Categorized in: