Hai korang ! ingat lagi tak sebelum ni aku ada kongsi dengan korang mana nak tempat Buffet Ramadhan dan tempat nak makan Dim Sum Halal di Shah Alam yang best. Kali ni aku nak ajak korang dinner di Restoran Royal Songket Grand Blue Wave Shah Alam bertemakan 4 hidangan berbeza cara dan citarasa dalam 1 masa dan harga yang sama.

Buffet makan malam kali ini membawa 4 tema utama yang berbeza iaitu BBQ & Grill , Italian Dishes , Japanese Cuisine dan juga menu Malaysian Favourite.

Bila dah ada 4 pilihan maka makin rambanglah selera kau. Kalau boleh semua hidangan aku nak rasa dan selit kat celah2 perut yang ada.

Aku rasa aku suka semuanya dan buat pertama kalinya juga aku rasa buffet 4 in 1 kat sini buffet yang paling mesra kanak2. Banyak pilihan makanan untuk kanak2 yang aku rasa mereka akan suka.

Antaranya Cheezy Meatbball , Mini Pizza , French Fries , Corn on Cobs , Arabic Shawarma yang aku rasa sedap sangat dan juga Mini Burger.

Mee Goreng dia pun serius sedap dan memang tak pedas langsung. Itu pasal aku kata buffet kali ni sangat mesra kanak2. Aku sebagai mak pun tak akan rasa membazir atau rasa ralat kalau bayar buffet dinner 4 in 1 kat sini untuk anak-anak sebab banyak makanan yang diorang boleh makan.

Bagi orang dewasa macam kita lagilah banyak pilihan. Nak menu yang pedas ? berempah ? gril ? light2 ? manis2 semua ada.

Tapi macam biasalah aku kalau ke Grand Blue wave Hotel mesti aim bahagian dessert dulu. Antara sebab aku suka datang makan kat sini ialah disebabkan pencuci mulutnya yang sangat-sangat sedap. Aku sentiasa nikmati segala hidangan pencuci mulut dengan mata yang terpejam.

Antaranya, Coconut Pudding, Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple & Caramel Tart, Mixed Berry Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sago Soup, Mango – Mandarian Pudding dan banyak lagi! No regret at all.

Ni pun aku pejam mata sambil membayangkan alangkah indah jika kau dapat menikmati Buffet Dinner 4 in 1 lagi bersama orang tersayang.

Tumpuan utama bufet makan malam kat sini semestinya BBQ & Grill di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station), di mana pengunjung dapat menikmati hidangan seperti Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza. Selain itu, pengunjung boleh juga mencuba menu di gerai Seafood on Ice yang menghidangkan Udang Harimau dan Kupang. Terus teringat Melbourne.

Selain daripada gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station) dan seafood on ice, sajian bufet kali ini juga turut menghidangkan menu kegemaran Malaysia. Antaranya, Satay Ayam, Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur & Kacang Gajus, dan Ikan Goreng Masam & Manis.

Terdapat juga Gerai Jepun yang semestinya menarik minat pencinta makanan Jepun seperti Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati masakan Barat seperti Black Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel yang boleh didapati di Gerai Grill Section Meat & Seafood. Serius sedap. Aku makan berulang.

Masakan Itali yang menjadi salah satu tema bufet makan malam ini juga boleh di dapati di gerai Sri Tanjung BBQ dengan pilihan menu seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos.

Di gerai ini juga, terdapat pelbagai pilihan masakan lain seperti Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsicum & Cajun Spices, French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger Mini. Antara menu lain yang ditawarkan ialah Mee Mongolian BBQ, Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung. Ahhh wajib repeat nihhh.

BUFFET DINNER SEMINGGU 2 KALI

So ini detail yang aku janjikan nak bagi kat korang. 4-in-1 Buffet Dinner di Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam dan hanya berlangsung pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Harga yang ditawarkan ialah RM 95.00+ bagi seorang dewasa, manakala, RM47.00+ bagi setiap kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 11 tahun.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi :-

Telepemasaran : 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606

Email : telemarketing@bluewavehotels.com

Website : www.bluewavehotels.com

Harga : RM95.00+ setiap dewasa, RM47.00+ for children
Hari : Jumaat dan Sabtu
Masa : 6.30pm – 10.30pm
Tempat : Royale Songket Restaurant, Tingkat G
Pengurus Hotel : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Chef (Senior Chef De Cuisine) : Chef Al-Hafiz Bin Redzuan

Categorized in: